Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJARTUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJAR ( ? ?), bendahara kerajaan Melayu Melaka.  Nama asalnya ialah Raden Bagus.  Mengikut Sulalatus Salatin, dia adalah putera sulung Raja Muda Melaka yang telah menggantikan ayahandanya Raja Iskandar Syah sebagai raja Melaka.  Dia adalah menantu bendahara Tun Perpatih Tulus, iaitu bendahara Melaka yang pertama.  Setelah Bendahara Tun Perpatih Tulus meninggal dunia, Raja Muda telah melantik Raden Bagus menjadi bendahara dengan gelaran Tun  Perpatih Peramuka Berjajar.  Dia dan pembesar-pembesar lain telah berusaha membantu raja Melaka membangun dan memajukan Melaka.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SEMANGAT

Semangat merupakan sikap atau pandangan

umum seseorang individu atau sesuatu kumpulan

terhadap situasi tertentu. Ia mempengaruhi dan

dipengaruhi oleh faktor seperti sikap optimistik,

keyakinan, dan keazaman. Semangat boleh

mempengaruhi kesejahteraan dan prestasi, dan

berkaitan rapat dengan apa yang dikenali sebagai

semangat kekitaan . Apabila semangat tinggi, rasa

keyakinan seseorang individu atau kumpulan

biasanya bagus, dan menghasilkan prestasi tinggi.

Apabila semangat rendah, prestasi biasanya turut

rendah.

UMUM
RADEN NGABEHI RANGGAWARSITARADEN NGABEHI RANGGAWARSITA (18021873), pujangga Jawa Lama, Indonesia. Dia lahir pada 4 Mac 1802 di Kampung Kedhung Kol, Surakarta, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Bagus Burham tetapi nama ini terus tenggelam kerana dia lebih cenderung menggunakan gelaran Raden Ngabehi Ranggawarsita yang diperolehnya sewaktu menyandang jawatan Panewu Carik Kadipaten (Pujangga Istana) pada tahun 1831. Gelaran Kiai Sarataka yang diperolehnya pada tahun 1820-an juga tidak digunakanSASTERATokoh
HOESEIN DJAJADININGRAT

HOESEIN DJAJADININGRAT (1886-1960), sarjana Indonesia. Dia berasal daripada golongan Priyayi yang terkemuka di Banten, Jawa Barat pada abad ke-20. Dia lahir pada tahun 1886 di Kramat Watu, ketika ayahnya, Raden Bagus Djayawinata masih memegang jawatan wedana di daerah tersebut sebelum menjadi pegawai daerah Serang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagus

Puisi
 

Jika tuan memanting gambus,
     Gambus dipanting si burung pingai;
Bukan tuan memaksa bagus,
     Kami memaksa budi perangai.



Lihat selanjutnya...