Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU

PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU, persidangan yang menilai serta mengkaji kedudukan dan perkembangan semasa dalam berbagai-bagai-bagai aspek bidang pengajian Melayu.  Persidangan ini berlangsung dari 21 hingga 23 Ogos 1989 bertempat di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.  Persidangan yang bertemakan Melayu: Persoalan Warisan dan Kini, menyatakan pentingnya kepekaan terhadap kesinambungan perkembangan dunia Melayu dari dahulu hingga kini.

BAHASAPeristiwa
PERSATUAN BAHASA MODEN MALAYSIA

PERSATUAN BAHASA MODEN MALAYSIA, persatuan bahasa.  Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.  Persatuan ini dianggotai oleh penyelidik, guru dan pengamal berbagai-bagai-bagai bahasa moden yang ada dan diajarkan di beberapa insitutisi pendidikan di Malaysia, iaitu di Universiti, Institut Teknologi MARA, dan pusat-pusat pengajaran bahasa swasta.  Setakat ini bahasa yang di bawah naungan persatuan bahasa berkenaan ialah bahasa Arab, Belanda, Burma, Cina, Filipina, Iban, Inggeris, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Melayu, Perancis, Portugsi, Rusia, Sepanyol, Tamil Thai dan Urdu.  Pada 1 November 1989, keahliannya meluas di seluruh Semenanjung. Sabah dan Sarawak.

BAHASAPersatuan
TERRACOTTA

Terracotta ialah sejenis barang tembikar yang

keras dan tahan lama. Seperti barang tembikar

yang lain, terracotta dibuat daripada sejenis tanah

liat yang dibakar. Warnanya berbagai-bagai, iaitu

daripada warna kuning pucat dan warna coklat

hinggalah kepada berbagai-bagai warna merah.

Terracotta biasanya tidak diglis. Terracotta

digunakan dengan meluas untuk membuat pasu

bunga, air pancut, jubin, hiasan seni bina, dan arca

hiasan taman. Oleh sebab terracotta mudah

dibentuk, ramai pengarca menggunakannya untuk

membuat model awal. Terracotta berkembang

pada zaman prasejarah. Orang Yunani dan Rom

purba menggunakan bahan ini untuk membuat

objek hiasan, di samping talang, paip, dan bahan

binaan lain. Perkataan terracotta berasal daripada

perkataan Itali yang bermaksud tanah masak.

UMUM
SENAPANG ELEKTRON

Senapang elektron ialah nadi bagi berbagai-

bagai peranti elektron. Ia termasuk tiub televisyen,

tiub osiloskop, mikroskop elektron dan mesin

sinar-x. Dalam tiub televisyen, senapang elektron

menghasilkan alur elektron yang tajam seperti

pensel, yang dipecut ke arah skrin pendarfosfor.

Elektron mengenai fosfor pada skrin dan

menyebabkan ia berkilau. Alur menulis gambar

pada skrin sama caranya seperti pensel menulis

pada kertas. Semakin tinggi halaju elektron,

semakin terang imej pada skrin. Dalam penerima

televisyen, senapang elektron menulis ratusan

garis mendatar bagi setiap gambar. Ia menulis

setiap garis dalam masa satu per 60 juta saat.

UMUM
KUPU-KUPU

Kupu-kupu ialah satu daripada berbagai-bagai

jenis serangga yang berkait rapat dengan rama-

rama. Kesemua rama-rama dan hampir semua

kupu-kupu mempunyai dua pasang sayap -

sepasang sayap hadapan yang besar dan sepasang

sayap belakang yang lebih kecil. Kupu-kupu dan

rama-rama, kedua-duanya membentuk kumpulan

serangga Lepidoptera. Nama Lepidoptera berasal

daripada perkataan Yunani: lepis yang bermaksud

sisik dan pteron, bermaksud sayap. Nama tersebut

merujuk kepada sisik yang berserbuk halus yang

melitupi sayap rama-rama dan kupu-kupu.

UMUM
MINDA

Minda. Ahli psikologi, ahli psikiatri, dan ahli falsafah

mempunyai berbagai-bagai pandangan tentang sifat

semula jadi minda. Sehingga kini, mereka masih

belum mencapai persetujuan tentangnya.

UMUM
TELEMETRI

Telemetri bermakna mengukur dari jauh. Ahli

sains dan jurutera menggunakan telemetri dalam

berbagai-bagai cara. Ahli sains menghantar belon

cuaca setinggi 30 kilometer atau 50 kilometer ke

udara untuk mengukur suhu, tekanan, dan

kelembapan udara di bahagian atas bumi. Pemancar

radio yang dipasang pada belon menghantar semula

maklumat tersebut ke bumi.

UMUM
PSIKOSIS

Psikosis ialah istilah yang digunakan untuk

menerangkan penyakit mental yang teruk. Psikosis

dicirikan dengan berbagai-bagai gejala yang

dianggap tidak normal oleh kebanyakan orang.

Gejala ini termasuk halusinasi , seperti mendengar

suara sedangkan tiada sesiapa pun di sekitarnya,

dan delusi , seperti perasaan sedang diseksa atau

ada orang sedang membuat rancangan jahat

terhadapnya (liha t Delu si; Halusinasi ).

UMUM
AUTOMASI

Automasi ialah penggunaan mesin untuk

melakukan kerja yang memerlukan keputusan dibuat.

Automasi digunakan untuk berbagai-bagai jenis kerja

yang sangat membosankan, kompleks atau

berbahaya untuk dilakukan oleh manusia.

UMUM
KUARZA

Kuarza ialah sejenis mineral yang biasa didapati

dalam berbagai-bagai jenis batuan. Kuarza tulen

tidak berwarna dan lut sinar. Ia terdiri daripada

silikon dioksida dan formula kimianya ialah SiO2.

Kuarza mempunyai banyak kegunaan penting

dalam bidang sains dan industri.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagai

Puisi
 

Pisau lipat di atas geta,
     Ilmu jatuh ke padang;
Bagai disifat bagai dipeta,
     Haram tak jemu mata memandang.



Lihat selanjutnya...