Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Katan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Penat sahaja membeli badik, Badik dibeli tidak berbaja; Penat sahaja menanti adik, Adik menanti tidak setia.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang hulu membeli badik, Badik dicuci lalu disental; Tidur malam mimpi memeluk adik, Bila kujaga kulihat bantal.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Badik diasah berulang kali, Untung berperang melawan musuh; Adik gelisah mengenang janji, Ku tengok abang kian menjauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila badik jadi senjata, Siang malam hati berani; Bila adik berjanji setia, Abang pendam dalam hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila badik diasah orang, Tentu tanda melawan musuh; Bila adik berpatah arang, Tentu hamba akan menjauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila badik berkering basah, Tentulah mudah dimakan karat; Bila adik berpaling tadah, Tentulah hamba takut mendekat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila badik sudah diasah, Tentulah senang membela diri; Bila adik sudah bersumpah, Tentulah abang setia menanti.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Banyaklah badik diasah orang, Untuk senjata membela diri; Banyaklah adik menyusahkan abang, Duduk berjaga sepanjang hari.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayangnya badik tiada tajam, Sekali belum dibawa berperang; Kupandang adik bermuka tembam, Hendak kuciumlah punya orang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sekali badik dicabut, Pantang disarung lagi; Sekali adik mengikut, Abang dukung sampai mati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badik