Azimut ialah ukuran di sepanjang ufuk sudut di antara objek dengan titik rujukan. Titik rujukan ini biasanya di utara, dan sudut ini diukur mengikut arah pusingan jam. Objek yang terletak di timur akan mempunyai azimut 90 ° . Angin dari arah 27 ° ialah yang bertiup dari barat. Azimut boleh juga diukur dari titik di selatan. Dalam kes ini, objek dengan azimut 135 ° akan terletak di barat laut. Titik rujukan boleh digambarkan dengan lebih jelas lagi dengan memberi arahnya sebagai S 135 ° B. |