Ayak-ayak ialah nama yang popular bagi sejenis serangga berkaki panjang yang juga dikenali sebagai lalat janjan ( crane fly ). Ia mempunyai badan yang langsing dan kaki yang sangat panjang. Ayak-ayak dewasa terbang dengan perlahan dan lazimnya terdapat di kawasan berumput dan berhampiran dengan air. Ayak-ayak betina bertelur, kemudian telur tersebut menetas menjadi larva yang dikenali sebagai Leather-jacket . Makanan utama leather jacket ialah akar tumbuhan. Sesetengahnya haiwan perosak bagi tanaman bijirin. |