Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah perbezaan antara atur cara dengan tentatif?Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) takrifan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut:

atur cara
kata nama 1 senarai maklumat tarikh, masa, acara, tempat dsb mengikut urutan yang ditetapkan untuk sesuatu majlis: Susunan atur cara majlis perasmian orientasi terlalu padat.◊atur cara Sambutan Hari Kemerdekaan;

kata nama 2 kaedah atau aturan yang lazim atau sudah ditetapkan untuk melakukan sesuatu kerja atau urusan:penyelidikan yang mengikut tertib atau atur cara yang tepat dan positif;◊Harta benda kesatuan, selain kumpulan wang kebajikan tertakluk kepada atur cara sivil termasuk bagi mendapatkan wang yang terhutang.

kata nama 3 TMK jujukan arahan berkod yang diinput ke dalam komputer yang membolehkan arahan tersebut diproses;

tentatif

kata nama 1 atur cara atau jadual perjalanan sesuatu tugasan atau program, mis bengkel, ceramah atau seminar: Tentatif di atas boleh berubah bila-bila masa sahaja, tertakluk kepada pindaan yang dibuat oleh pihak penganjur.◊Berikut ialah tentatif perjalanan majlis penutup program tersebut.

kata adjektif 2 (berkenaan keputusan, hasil penyelidikan dan sebagainya) belum muktamad dan masih boleh diubah atau dipinda: Cadangan yang dihantar itu adalah tentatif.◊Pihak mereka memberikan tarikh tayangan tentatif di seluruh negara sepanjang tahun ini.

kata adjektif 3 (berkenaan langkah, teori, program dan sebagainya) sementara waktu sahaja: Jepun mengambil langkah tentatif ke arah memperbaik hubungan dengan Korea Utara.

Perbezaan antara dua kata ini adalah merujuk kelas/golongan kata dan makna dalam penggunaannya.

Makna19.09.2023
Yang manakah ejaan yg betul? 1.atur cara 2. Atur acara 3. Aturcara 4. Aturacara Untuk makluman kesemua ada dalam carian kata.Istilah yang mantap ialah "atur cara". Perkataan ini merupakan kata majmuk. Oleh yang demikian perkataan ini dieja sebagai dua perkataan, iaitu atur cara. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  Lain-lain16.09.2015
Atur cara atau Atur acara?Perkataan yang betul ialah atur cara.Ejaan02.10.2015
Aturcara @ Atur CaraEjaan yang betul ialah atur cara.Ejaan07.10.2013
atur cara atau aturcaraEjaan yang betul ialah atur cara.Ejaan15.11.2011
Aturcara atau Atur Cara ?Ejaan yang betul ialah "atur cara"Tatabahasa01.10.2014
yang mana betul & tepat atur cara atau atur acara?. terima kasihIstilah yang betul ialah atur cara.Istilah06.07.2011
ATURCARA @ ATUR CARA - MANA YANG BETUL URUSETIA @ URUS SETIA - MANA YANG BETULEjaan yang betul ialah atur cara dan urus setia (ejaan dijarakkan). Sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP,2020).Ejaan12.09.2023
Mengenalpasti ejaan aturcara, sama ada atur cara atau aturcara. mana yang betul. Terima kasihEjaan yang betul ialah atur cara.Ejaan06.07.2011
penggunaan perkataan yang mana adalah benar dalam sistem surat menyurat. Aturcara atau Atur Cara??Ejaan yang betul ialah atur cara.Ejaan01.04.2013
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atur cara