Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Pan- Asian atau pan- asian? Ejaan yg betul ialah?Ejaan yang betul ialah pan-Asia.Tatabahasa01.10.2013
Salam Tuan, Terdapat pertanyaan dari segi penggunaan perkataan yang diitalickan dalam penerbitan surat, artikel dan sebagainya? Contohnya : Asian Network for Free Elections (ANFREL) Penggunaan perkataan berbahasa Inggeris akan dicondongkan (italic) manakala perkataan berbahasa melayu adalah seperti biasa. Soalan saya, adakah perkataan di dalam kurungan iaitu "(ANFREL)" perlu juga dicondongkan (italic) atau memadai hanya perkataan "Asian Network for Free Elections" dicendongkan manakala perkataan "(ANFREL)" dikekalkan? Pohon penjelasan dari tuan.Perkataan Asian Network for Free Elections hendaklah ditulis dengan huruf condong manakala singkatan ditulis dengan huruf normal, Asian Network for Free Elections (ANFREL).Lain-lain28.03.2017
Apakah istilah African American/ Japanese American / Asian American dalam Bahasa Malaysia? orang Afrika Amerika dan Jepun Amerika? Perlukah saya meletak "-" seperti berikut? Afrika-Amerika, Jepun-Amerika?Penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut:
  1. Orang Amerika Afrika
  2. Orang Amerika Jepun
  3. Orang Amerika Asia 
Lain-lain22.10.2020
#3 Apakah maksud sesuai untuk perkataan cosplay dalam ayat ini. We've turned Southeast Asian identity into a kind of cosplay - Terima kasih.Sila huraikan makna cosplay untuk carian padanan perkataan dalam bahasa Melayu.Lain-lain11.08.2020
Apakah ASEAN dalam bahasa Melayu? Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara atau Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara?ASEAN bermaksud Association of Southeast Asian Nations (sebuah gabungan yg dianggotai oleh negara-negara Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura utk menjalin hubungan dan kerja­sama yg lebih erat, terutamanya dlm bidang ekonomi, kebudayaan, dan sosial).Lain-lain04.01.2018
Assalamualaikum. Tuan , mohon pencerahan tentang konsep amalgamasi kaum dan asimilasi kaum. Amalgamasi membawa maksud proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras baharu, cth Pan-Asian, Chindian dll tetapi tiada bukti ketara adanya budaya baharu wujud. Berbanding dengan contoh asimilasi kaum, di mana percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama, contoh masyarakat Indonesia, Cina Peranakan, Chitty Melaka. Bagaimanapun bukan kedua contoh terakhir masyarakat Cina Peranakan dan Chitty Melaka lebih menepati konsep amalgamasi dengan kewujudan ras yang baharu dan budaya yang baharu memandangkan bukan semua budaya masyarakat ini seratus peratus sama dengan bangsa masyarakat tempatan (melayu). Mohon pencerahan terhadap konsep ini dalam konteks hubungan etnik. Terima kasih.Untuk makluman, amalgamasi tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Akan tetapi, merujuk kepada Sains Politik, dari segi bahasa, amalgamation bermaksud gabungan/penggabungan.Makna26.01.2017
Klinik Kesihatan Kampung Labu, Jerantut, Pahang dalam ejaan jawiKlinik Kesihatan Kampung Labu, Jerantut, Pahang. 

asian: normal; font-stretch: normal; font-size: small; line-height: 1.5;">
, ,  .

Ejaan15.01.2021
"THE INSTITUTION OF STRUCTURAL ENGINEERS, MALAYSIA REGIONAL GROUP" Apakah nama yang sesuai untuk di bahasa melayukan? Asalnya adalh:- "THE INSTITUTION OF STRUCTURAL ENGINEERS, MALAYSIA DIVISION" (INSTITUSI JURUTERA STRUKTUR, DIVISYEN MALAYSIA) Apakah kata yang tepat untuk "REGIONAL GROUP" untuk di bahasa melayu kan. Harap pihak tuan dapat membantu memandangkan REGISTRAR OF SOCIETY memerlukan nama ENGLISH & MELAYU serentak. Kami dalam proses menukar nama pertubuhan. Terima kasihDalam istilah Sains Politik, istilah South Asian Regional Cooperation (SARC) diterjemahkan kepada Kerjasama Serantau Asia Selatan. Berdasarkan data yang ada kami mencadangkan Malaysia Regional Group diterjemahkan kepada Kumpulan Serantau Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan07.05.2015
Bagaimana untuk menulis bibliografi untuk yang berikut mengikut Gaya Dewan: Ogilvy, D. 1965. The Creative Chef. in The creative organization , edited by Gary A. Steiner, 199-213. Chicago: University of Chicago. Denton, R. M. dan C. I. Pogson. 1985. Kajian Dasar dalam Biologi:Pengawalan metabolisme. Johari Mohd. Saleh, (sunt.) Kuala Lumpur: DBP. Chua, T. E. (1991). Managing coastal resources for sustainable development: the ASEAN initiative. Dalam T.E. Chua & L. F. Scura (Eds.). Managing ASEANs coastal resources for sustainable development: Roles of policymakers, scientists, donors, media and communities (pp. 21-35). Phillipines: ICLARM. Dalam Muzzneena, A. M. et. al., Kepentingan Rangka Perundangan dan Peraturan Dalam Pemeliharaan dan Pengurusan Paya Bakau di Malaysia. Dalam R. Omar (Ed.). (2002). Proceeding of The Regional Symposium on Environment and Natural Resources (Vol. 1: 612-619). 10-11th April 2002. Malaysia: Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Sodhi, N. S., Koh, L. P., Brook, B. W., & Eng, P. K. L. (2004). Southeast Asian Biodiversity: An Impending Disaster. Trends in Ecology and Evolution. 19(12): 654-660. Dalam Mohd. Azlan, J. A. G. A. (2012). Biodiversity Conservation Strategy in Malaysia: A Review From An Islamic Perspective. Jurnal Hadhari 4 (1): 129-136. Imam az-Zahabi. (2009). Cara makan dan berubat Nabi SAW. Terj. Dr Muhammad Amar Adly. Berlian Publication: Selangor

Contoh bibliografi yang diberikan terlalu panjang dan agak sukar untuk dipecah-pecahkan. Sehubungan dengan itu, diberikan beberapa contoh yang mungkin boleh dijadikan panduan dalam penulisan tersebut.
1. Buku:              
Farid M. Onn, 1980. Bunga-bunga Suci. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.
Karya Editor:
Anwar Ridhwan (ed.), 1976. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Majalah
Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-43, Mac 1977.

4. Kertas Kerja
Othman Puteh, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang”. Kertas Kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991.

Bersama-sama ini dilampirkan juga lampiran penulisan bibliografi yang dipetik daripada buku Gaya Dewan untuk rujukan dan penelitian pihak puan.
Lain-lain25.08.2015
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asian