Salam Hormat Tuan/Puan, Saya ingin mengesahkan penggunaan imbuhan yang betul. Adakah imbuhan "di-vaksin-asi" ialah penggunaan imbuhan yang betul? Jika salah, apakah yang betul? Adakah "divaksin"? Pertanyaan saya ini kerana kini ramai yang menggunakan kad yang tertera tulisan "Saya telah divaksinasi". Sekiranya salah, ada baiknya ia diperbetul kerana akan mengelirukan ramai pihak, lebih-lebih lagi para pelajar. Sekian pertanyaan daripada saya yang ingin tahu. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan vaksinasi membawa maksud proses menyuntikkan vaksin ke tubuh seseorang sebagai langkah perlindungan mencegah sesuatu penyakit, pemvaksinan. Oleh itu, divaksinasi boleh digunakan untuk membentuk kata kerja pasif yang membawa maksud telah mengambil vaksin. | Tatabahasa | 10.07.2021 |