Organ tangan ialah nama umum untuk beberapa jenis alat muzik yang menghasilkan muzik apabila pemainnya memutar hendalnya. Jenis yang paling umum ialah organ putar, atau organ piano, yang dimainkan oleh pemuzik jalanan. Alat ini terdiri daripada sebuah kotak yang mengandungi paip atau pipit lelidah logam dan silinder, yang dikenali sebagai tong, di mana pancang disusunkan. Apabila tong dipusing, pancang akan membuka injap pada paip tertentu. Putaran tersebut akan menyebabkan asakan masuk udara ke dalam paip yang terbuka lalu mengeluarkan muzik. |