Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KELESUAN

Kelesuan ialah istilah lain bagi keletihan.

Seseorang itu sering mengatakan bahawa dia

berasa lesu apabila letih. Apabila seseorang itu

bekerja kuat, bermain bersungguh-sungguh,

kurang rehat atau kurang tidur, dia boleh berasa

lesu. Dalam kes seperti itu, kelesuan adalah

normal. Daripada pengalaman, adalah diketahui

bahawa perasaan ini akan hilang selepas berehat.

Tetapi kadangkala, kelesuan merupakan suatu

gejala penyakit. Orang yang mengalami penyakit

jasmani sering berasa lesu walaupun hanya

selepas membuat kerja ringan atau menggunakan

sedikit tenaga. Orang seperti ini memerlukan rehat

yang banyak, sering kali jauh lebih banyak

daripada yang diperlukan sekiranya mereka sihat.

Doktor mendapati bahawa kelesuan sering berlaku

jika seseorang itu menghidap banyak jenis

penyakit.

UMUM
TAKAT EMBUN

Takat embun ialah suhu apabila lembapan dalam

udara mula terpeluwap. Takat embun sama ada

lebih rendah daripada suhu udara atau sama

dengan suhu udara apabila kelembapan relatif

adalah 100 peratus. Embun terbentuk apabila

lapisan udara yang nipis, yang bersentuhan dengan

permukaan, disejukkan di bawah takat embun.

Penyejukan udara ini menghasilkan embun di

permukaan atau kabut di udara, apabila takat embun

di atas takat beku. Jika suhu udara dan takat embun

di bawah takat beku, fros terbentuk di permukaan,

atau hablur ais terbentuk di udara. Kabut dan awan

terbentuk apabila banyak udara disejukkan di

bawah takat embun.

Lihat juga Embun; Fros; Kabut; Kelembapan.

UMUM
SARAH AIS

Sarah ais atau dinamakan pek ais. Apabila

permukaan air laut di kawasan Artik membeku, ia

menjadi lembar ais. Apabila angin bertiup kencang,

ia boleh memecahkan lembar ais ini. Kepingan ais

yang besar juga boleh memecahkan lembar ais

apabila bahagian tepinya mencair pada musim

panas. Kepingan ais leper yang terapung yang

dikenali sebagai flo ais , boleh terbentuk semula

bersama sarah ais , sama ada terapung di lautan

atau tersusun di pinggir pantai. Sarah ais juga

dikenali sebagai ais sarah.

Lihat juga Aisberg; Antartika; Lautan Artik.

UMUM
ELASTOMER TERMOPLASTIKBahan polimer yang boleh diproses seperti termoplastik apabila dipanaskan pada suhu tinggi. Ia bersifat elastik seperti getah apabila disejukkan pada suhu ambien. Peralihan perlakuan ini, iaitu daripada satu leburan termoplastik kepada satu elastomer adalah berbalik. Ini bermakna bahan ini tidak mempunyai ikatan paut silang tetap yang biasanya dihasilkan melalui proses pemvulkanan. Oleh sebab itu, bahan jenis ini boleh diproses semula tanpa sebarang masalah.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
KUSAM

Kusam. Apabila logam berkarat, atau berpadu

dengan oksigen, ia menjadi kusam. Apabila

permukaan logam atau mineral kehilangan

kilauannya, ia juga menjadi kusam.

UMUM
DEMAM

Demam ialah keadaan apabila suhu tubuh

meningkat lebih tinggi daripada aras biasa. Demam

ialah salah satu gejala penyakit yang paling biasa.

Apabila demam menjadi gejala utama suatu

penyakit, ia mungkin sebahagian daripada nama

sesuatu penyakit seperti demam skarlet atau

demam kuning. Istilah perubatan bagi demam ialah

pireksia.

UMUM
TASIK LADAM

Tasik ladam ialah tasik berbentuk anak bulan

yang terbentuk apabila aliran sungai terputus dari

sungai utama. Tasik yang sedemikian terbentuk

apabila sungai mengubah haluannya ke arah yang

lebih terus menuju ke laut. Sungai itu meninggalkan

longgokan tanah di kedua-dua bahagian hujung

lingkungan laluannya, dan longgokan tanah ini

akhirnya memisahkannya daripada sungai utama.

Tasik ladam biasanya agak cetek. Ia mungkin

dipenuhi mendapan akibat banjir sungai dan

tumbuhan yang mati, dan akhirnya lenyap.

UMUM
KESAN ZEEMAN

Kesan Zeeman ialah pemisahan suatu garis

spektrum apabila sumber cahaya dikenakan pada

medan magnet. Garis-garis cahaya spektrum

terbentuk apabila elektron dalam atom bertukar

dari satu paras tenaga ke satu paras tenaga yang

lain (lihat Cahaya [Sumber cahaya]).

UMUM
ASID HIPOKLOROS

Asid hipokloros ialah asid organik lemah yang

membentuk klorin apabila dicampurkan ke dalam

air. Asid ini tidak stabil dan mengurai dengan

cepat apabila didedahkan ke haba atau cahaya.

UMUM
ZARAH BETA

Zarah beta ialah elektron yang dibebaskan oleh

nukleus atom radioaktif apabila terjadi

transformasi nuklear. Kebanyakan zarah beta

bercas negatif dan terbentuk apabila neutron

bertukar kepada proton.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apabila

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.



Lihat selanjutnya...