Pantun |
Sumber |
Tema |
Apabila merasa hendak makan, Bawalah beras tanaklah nasi; Bila meminta hendaklah sopan, Supaya ikhlas orang memberi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila berjalan sambil berlari, Cepat Apabila puan memanggil kami, Apabila puan memanggil kami, Lambat kaki kepalaku dulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila suka mencangkung, Cepatlah koyak seluar; Apabila suka menyombong, Cepatlah nama tercemar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila meratah salai, Ingat terkena tulang; Apabila di tengah balai, Ingatlah petuah orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila menyenduk gulai, Jangan kuahnya tumpah; Apabila duduk beramal, Jangan suka memfitnah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila duduk menulis, Jangan mematah kalam; Apabila duduk di majlis, Jangan berlidah tajam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila duduk menulis, Jangan tertumpah dakwat; Apabila duduk di majlis, Jangan suka mengumpat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila membeli hati, Beli bersama empedal; Apabila mencari rezeki, Carilah secara halal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila menyukat lada, Jangan sampai terbuang; Apabila mendapat laba, Jangan melupakan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila menyukat padi, Hitungnya jangan salah; Apabila mendapat rezeki, Bersyukur kepada Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata apabila |
|
Puisi |
---|
|
Kait mengait serambi padi, Padi ini padi Mak Buruk; Apabila kena ular pun mati, Dapat sesuka hati kanda menjolok.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 500 When in Rome, do as the Romans do Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ. Di mana ranting patah, di situ air disauk You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do! Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Di mana ranting patah, di situ air disauk! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|