Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
dielectricPenebat elektrik yang boleh terkutub apabila dikenakan medan elektrik. Apabila bahan dielektrik diletakkan dalam medan elektrik, cas elektrik tidak mengalir melalui bahan tesebut tetapi hanya teranjak sedikit daripada kedudukan keseimbangan purata menyebabkan pengutuban dielektrik.
electrochromicKeadaan bagi bahan yang sifat optiknya berubah, seperti bertukar warna apabila bahan diletakkan dalam bahan elektrolit dan dikenakan medan elektrik luar. Perubahan sifat optik ini berlaku disebabkan oleh pengoksidaan atau penurunan bahan tersebut apabila disuntik dengan cas positif atau negatif. Perubahan ini dapat berbalik apabila arah medan elektrik luar disongsangkan. Kegunaan bahan elektrokromik adalah sebagai tingkap pintar. Contohnya, filem tipis tungsten dioksida, polianilina dan kromium oksida.
sputteringProses yang berlaku apabila zarah mikroskopik daripada pepejal dilenting keluar dari permukaannya apabila dihentam dengan zarah bertenaga kuat, plasma atau gas.
flocculationProses apabila pelarut terkeluar daripada suatu larutan dalam bentuk kepingan atau gumpalan. Proses ini berlaku apabila zarah halus mengelompok bersama membentuk kepingan atau gumpalan. Kepingan atau gumpalan ini kemudiannya timbul ke permukaan cecair atau mendap ke bawah dan dapat ditapis dengan mudah.
chemical sensor chemochromicPenderia yang dibuat berasaskan perubahan warna cahaya LED yang dipantulkan oleh pigmen filem tipis apabila terdedah kepada gas. Sistem sensor ini terdiri daripada berbilang LED yang mempunyai dua fungsi. Setiap LED menjadi pemancar cahaya apabila diberi pincang ke depan dan sebagai pengesan cahaya apabila diberi pincang songsang. Dengan mengenakan pincang secara ulang-alik, sistem ini dapat bertindak sebagai sensor yang tahan lasak, jimat dan jangka hayat yang panjang. Contohnya, dalam pengesanan gas hidrogen.
single electron tunnelingFenomena yang berlaku dalam sistem mekanik kuantum apabila elektron tunggal dapat melintasi kawasan tenaga terlarang disebabkan oleh sifat bak gelombangnya. Fenomena ini dapat dicerap apabila satu lapisan bahan penebat yang amat tipis, berketebalan beberapa nanometer, diapit oleh dua bahan konduktor. Fenomena ini digunakan dalam pembuatan transistor elektron tunggal.
magnetostrictive effectPerubahan dimensi suatu bahan apabila dikenakan medan magnet arus terus. Kesan ini digunakan untuk mengukur medan magnet sekecil 10-9 tesla dengan cara suatu palang tuas mikroelektromekanik (MEMS) disalut dengan bahan yang memberikan kesan magnetostriktif yang menyebabkan tuas tersebut melentur apabila dikenakan medan magnet dan seterusnya mengubah frekuensi resonans.
spiropyranSatu daripada molekul organik yang bersifat fotokromat. Pada keadaan asal, molekul ini tidak berwarna, dan apabila dikenakan sinaran ultralembayung, struktur molekulnya berubah sehingga kelihatan berwarna. Molekul itu kembali pulih kepada struktur asal dan tidak berwarna apabila dedahan kepada sinaran ultralembayung dihentikan.
adenosine triphosphate (ATP)Molekul biologi yang terdiri daripada tiga komponen, iaitu molekul gula, ribosa pada pusatnya, serta molekul adenina dan molekul kumpulan fosfat pada sisinya. Molekul ATP bertindak sebagai bateri kimia, menyimpan tenaga apabila tidak diperlukan dan membebaskan tenaga serta-merta apabila organisma memerlukannya. Molekul ATP merupakan pemacu kepada operasi nanomotor biologi. Sinonim molekul ATP.
bioavailabilityKeadaan apabila molekul drug atau ubat bertindak pada sasaran sel tubuh dengan tepat. Keadaan ini menggambarkan keberkesanan penghantaran drug ke bahagian sel tubuh yang ingin dirawat.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apabila

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.



Lihat selanjutnya...