Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Soalan : Apabila hari mulai hujan, saya telah menutup semua tingkap dan pintu. Apakah jawapan yang sesuai? Apabila hari mulai hujan, semua tingkap dan pintu telah saya tutup. Atau Semua tingkap dan pintu telah saya tutup apabila hari mulai hujan. | Ayat asal ayat ini ialah Saya menutup semua tingkap dan pintu apabila hari mulai hujan. Apabila disongsangkan ayat ini menjadi Apabila hari mulai hujan, saya menutup semua tingkap dan pintu. | Tatabahasa | 05.08.2015 |
Apabila saya ingin melihat makna sesuatu kata di laman prpm, tiada maklumat yang dipaparkan. Laman tersebut hanya mempamerkan "Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini." Saya juga sudah mencuba untuk mencari makna bagi kata lain juga tapi paparan nya juga sama. Sebelum ini tiada masalah seperti ini berlaku. Laman web prpm mempunyai masalahkah? | Puan, laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu mengalami masalah sistem pada 27 – 30 Disember 2022. Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 31.12.2022 |
Apabila menggunakan frasa 'bunting padi', perlukah disertakan dengan kata betis? Contohnya dua ayat ini: 1) Gadis itu berbunting padi. 2) Gadis itu berbetis bunting padi. Bolehkah kata betis itu ditiadakan? | Untuk makluman perkataan betis tidak boleh digugurkan bagi merujuk ayat yang diberikan. Ayat yang tepat ialah Gadis itu berbetis bunting padi. | Lain-lain | 22.06.2018 |
Apabila saya menulis 'Kamus DBP Dalam Talian', terdapat 31 entri dalam PRPM, salah satu katanya iaitu pemongam diberi takrif menggunakan dialek Negeri Sembilan. Apakah sebenarnya Kamus DBP Dalam Talian? | Kamus DBP Dalam Talian ialah datanya bukan daripada sumber bercetak seperti Kamus Dewan. | Lain-lain | 14.03.2018 |
Apabila kita menulis perkataan semenanjung dalam konteks di dalam Malaysia, perlukah kita menulis perkataan Malaysia atau memadai perkataan semenanjung sahaja. Sebagai contoh: Pegawai Undang-Undang seluruh Semenanjung; atau Pegawai Undang-Undang seluruh Semenanjung Malaysia. Maklum balas tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. | Pihak kami mencadangkan supaya diletakkan perkataan Malaysia kerana semenanjung boleh membawa maksud yang lain. Sehubungan dengan itu, ayat yang tepat ialah Pegawai Undang-undang di seluruh Semenanjung Malaysia. | Lain-lain | 29.06.2016 |
Apabila menggunakan kata nama khas bahasa asing dalam bahasa Melayu, perlukah dicondongkan seperti kata nama am bahasa asing? Contoh: nama-nama majalah, tempat dsb | Kata (kata nama am atau kata nama khas) dan ayat dalam bahasa asing ditulis condong dalam teks bahasa Melayu. | Tatabahasa | 01.01.2015 |
Apabila menulis Abdul Rahman dalam tulisan Jawi, patutkah Abdul () dijarakkan dengan Rahman () seperti ( ) atau disambungkan ()? | Abdul Rahman dieja dalam dua perkataan, dalam tulisan Jawi ( ). | Ejaan | 22.06.2014 |
Apabila mengakhiri sesuatu surat rasmi, dalam keadaan manakah lebih sesuai digunakan "Sekian, terima kasih" atau"Sekian, harap maklum". | Di Dewan Bahasa dan Pustaka, surat rami menggunakan Sekian. Terima Kasih atau Sekian, terima kasih. Namun, ini bergantung pada gaya penulisan (house syle) organisasi masing-masing. | Tatabahasa | 26.03.2014 |
apabila saya cuba membuat carian kata, saya mendapat error : The service is unavailable. Ini telah berjlanjutan sejak pagi tadi. | Sehingga kini tiak ada masalah dalam laman web kami, carian data dapat dibuat seperti biasa. | Lain-lain | 19.09.2013 |
Apabila terjaga daripada tidur, aku dapati diriku berada di bawah katil. perkataan "dapati" boleh digantikan dengan "mendapati"? Kedua-dua perkataan boleh digunakan dlm ayat ini? Adakah apa-apa perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut? | Kedua-dua perkataan mendapati dan dapati boleh digunakan dalam ayat. | Tatabahasa | 22.07.2013 |