Kata |
Takrif |
Sumber |
pukau | sj tepung (drpd biji kecubung dll) atau jampi serapah (tangkal dsb) yg digunakan utk memabukkan orang atau membuat orang tidur lelap; kena ~ a) ki hilang akal, tidak dapat berkata (berbuat) apa-apa, bingung, terdiam; b) dipukau (oleh pencuri); memukau 1. mengenakan (membubuh) pukau; 2. ki memperdaya, mengakali, menipu; 3. memikat hati, mempesonakan, mengagumkan: kerajinan serta ketekunan orang Jepun membangunkan negara mereka ~ seluruh dunia; terpukau 1. tertidur (mabuk) kerana kena pukau; 2. ki terpedaya, tertipu; 3. terpesona, terpikat (hati): ribuan penonton ~ oleh persembahan yg agak luar biasa itu; pukauan hasil perbuatan atau usaha memukau: dia membaca sedikit mantera utk menyedarkan anaknya drpd ~ itu; pemukau orang yg mengenakan pukau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lengkap | 1. genap, tidak ada yg kurang: lingkaran yg ~; 2. sedia dgn alat senjata dll, cukup, sempurna: aku lihat di sana sini orang Jepun ~ dgn alat senjatanya; selengkap (dgn) sepenuh atau secukup (pakaian dll): Kasim menceritakan kisah Dolah ~nya; berlengkap 1. bersiap sedia (dgn apa-apa yg perlu): maka Demang Lebar Daun pun ~ hendak memandikan Sang SaPurba; 2. = berlengkapkan telah disediakan atau dipersiapkan dgn: dgn ~ pengetahuan ini orang Belanda telah sanggup menduga laut di Timur; melengkapi 1. menokok tambah supaya lengkap: pengantin itu dilengkapi sepertinya: 2. mempersiapkan, memperalati (dgn senjata dll) supaya lengkap: kilang itu dilengkapi jentera-jentera moden; melengkapkan menjadikan lengkap, mencukupkan, menyempurnakan: lengkapkan semua gajah dan kuda; aku serba kekurangan utk ~ engkau sbg seorang isteri yg sempurna; memperlengkap menjadikan lebih lengkap; kelengkapan 1. perihal lengkap, kegenapan: pengetahuan bahasa Inggeris ialah satu ~ hidup di bawah kerajaan Inggeris; 2. sesuatu yg telah dilengkapkan (angkatan tentera dll): maka tukang kesaktian itu pun lalu mengadap tuanku Malim Deman laki isteri persembahan sudah siap ~ itu sekaliannya; 3. = ~ kapal sl angkatan laut; 4. peralatan, perkakas: ~ memasak; ~ rumah; berkelengkapan mempunyai kelengkapan; perlengkapan alat (perkakas dll) yg digunakan utk melengkapkan sesuatu: barang-barang yg diberikan itu terdiri drpd sepasang pakaian dan ~ bersolek; pelengkapan perihal melengkapi (melengkapkan, memperlengkap): ia juga berguna kpd pelajar-pelajar menengah atas dan institusi pengajian tinggi sbg bacaan tambahan dan ~ kpd pembelajaran mengenai teori-teori ekonomi; pelengkap 1. sesuatu yg digunakan utk melengkapi (melengkapkan); 2. (Lin) kata yg menerangkan kata kerja dll; 3. yg melengkapkan: badan manusia mempunyai anggota utama dan anggota ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buat | 1. bp = berbuat, membuat: dia tu sehari dua ini ~ duit betul; 2. untuk, bagi: ~ sementara, rumah ini didirikan bukan ~ kita laki-laki; wang ~ beli baju; 3. dijadikan sbg: ~ penghibur di kala sunyi; ~ kawan (teman);berbuat 1. mengerjakan (melakukan) sesuatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai; membuat 1. = memperbuat membikin, membentuk, mencipta: ~ rumah; ~ surat; 2. mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan: apa yg hendak dibuat, nasi telah menjadi bubur; 3. menyebabkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan: ~ bagus; ~ buruk; ~ malu; ~ marah; ~ takut; ~ bodoh a) membodohkan; b) berpura-pura bodoh; 4. memperlakukan (orang dll): saya tak tahan melihatkan Narto dibuat begitu; 5. menggunakan utk, memakai utk: janganlah kain itu dibuat baju; 6. = membuat-buat berpura-pura, berlaku pura-pura, berbuat seakan-akan: senyuman yg dibuat-buat; ~ mahu, menuras tidak prb orang yg mencuba hendak membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas mempelajarinya; membuatkan membuat sesuatu utk: ia ~ adiknya segelas minuman;memperbuatkan membuat (dgn usaha): bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pd Bendahara;terbuat dibuat (drpd): dinding rumah itu ~ drpd papan peti susu;terperbuat telah dibuat (dikerjakan dll); jika yg baik ~ bersilang cerana datang, jika yg buruk ~ bersilang telunjuk di bibir prb perbuatan baik dapat pujian, perbuatan buruk dapat celaan; buatan 1. hasil pekerjaan: kasut ~ tempatan; baju ~ sendiri; 2. sesuatu yg dikerjakan, kerja: tak lain ~nya hanyalah berleter setiap hari; 3. cara (pekerjaan) membuat: rumah ini baik ~nya; 4. yg dibuat (manusia), dr alam (tidak asli): baja ~; bunga ~; 5. hasil ilmu ghaib: penyakitnya ini ~ orang; 6. = buat-buatan yg dibuat-buat, tidak sungguh-sungguh, pura-pura: sakit ~; tidur ~; bukan ~ bukan main-main, amat sangat;perbuatan segala yg dibuat, kerja, tindakan: dibuatnya segala ~ yg salah; ~ siapa ini?; ia melarat kerana ~nya sendiri; pembuatan perihal (kegiatan, usaha, dsb) membuat: perjanjian ini mengehadkan ~ kapal perang oleh Jepun;pembuat (orang dll) yg membuat: kilang ~ paku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahu | 1 mengerti sesudah mempelajari (menyaksikan atau mengalami) sesuatu; maklum akan keadaan sebenarnya: ~lah dia bahawa kalau dia datang lambat, dia akan dimarahi gurunya. 2 cekap lagi pandai melakukan sesuatu; bijak: Dia seorang saja yg ~ membuatnya. 3 kenal akan; mengenali: ~kah kamu siapa orang itu? tahu-tahu 1 dgn tidak disedari; dgn tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu. 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai. tahu-menahu; tidak ~ tidak tahu apa-apa; tidak tahu sama sekali. mengetahui 1 tahu akan sesuatu; memaklumi: Sekarang barulah aku ~ mengapa aku dipanggil. 2 tahu dan faham setelah melihat atau mengalaminya: Drpd peristiwa buruk yg menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita ~ betapa kuatnya kuasa bom atom itu. ketahuan sudah diketahui; menjadi jelas; nyata: Akhirnya tujuannya yg jahat itu ~ juga. pengetahuan 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Sepanjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas. setahu 1 sepanjang atau sebanyak yg diketahui: ~ saya, buku itu akan diterbitkan pd tahun depan. 2 (dgn) diketahui atau dimaklumi: Dia pergi dgn tidak ~ ibunya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampak I | 1. tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan: di sana sini ~ pula pohon kelapa; 2. memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul, timbul (bulan, matahari): lama benar ia tidak ~; pd bulan ~ Id pd satu hari bulan; 3. nyata kelihatan, ketara: ~ kasih sayangnya; ~ duri tak akan mengait = ~ ranggas tak akan meleting prb mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut; tampaknya kelihatannya, pd zahirnya, rupanya: meletusnya perang dgn Jepun ~ tidak dapat dielakkan lagi; tampak-tampak 1. = ~ apung tidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan sebentar tidak; tidak ~ tidak kelihatan-kelihatan (muncul-muncul); 2. sebentar-sebentar terbayang (dlm ingatan, fikiran, dll); menampak (dapat) melihat, nampak: kalau ia berjalan-jalan dlm kota dan ~ rumah yg besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia tegak tercengang; menampakkan menjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan: kemudian perasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat;tertampak terlihat, kelihatan, ternampak; ketampakan keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dlm keadaan cahaya atau cuaca tertentu: istilah ini ditakrifkan sbg kekaburan yg ~nya kurang drpd satu kilometer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerita | 1 pertuturan atau tulisan yg menerangkan sesuatu perkara (peristiwa dll); kisah: Mereka ternganga mendengar ~ bagaimana aku terselamat drpd perompak itu. 2 karangan (yg benar ataupun rekaan) yg mengisahkan sesuatu perkara: ~ Abu Nawas. 3 lakonan (sandiwara atau wayang) yg dipertunjukkan atau ditayangkan: Lakonan dan teknik filem itu boleh dikatakan baik tetapi ~nya sukar difahami. 4 apa-apa yg dituturkan bohong belaka; omong kosong; dongeng; jangan banyak ~ jangan banyak bercakap yg tidak-tidak; itu ~ saja itu bohong belaka. ~ berbingkai sesuatu cerita yg di dlmnya banyak terdapat cerita lain (spt Hikayat 1001 Malam). ~ jenaka cerita-cerita yg menggelikan hati. ~ pendek cerita yg pendek saja tetapi lengkap; cerpen. ~ rakyat cerita rekaan dr zaman dahulu yg disukai ramai dlm sesuatu masyarakat, yg masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan drpd satu generasi kpd generasi lain secara lisan. ~ rekaan cerita ttg sesuatu perkara yg terhasil drpd daya khayalan penulis atau pengarangnya; cereka. bercerita menuturkan sesuatu cerita: Ketika guru ~, murid-murid semuanya diam. menceritai bercerita kpd: Nenek ~ aku kisah kehidupan pd zaman Jepun. menceritakan 1 menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2 mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. penceritaan hal atau perbuatan menceritakan. pencerita orang yg bercerita atau yg menceritakan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
balas | 1 kata-kata utk menjawab percakapan orang; jawab; sahut: Engkau tidak pergi ke sekolah, Ali? Pergi, ~ Ali. 2 perbuatan yg dilakukan kpd orang lain sebagaimana orang itu melakukan kpd kita: ada budi ada ~. berbalas saling menyoal dan menjawab: Peraduan ~ pantun. berbalas-balas sama-sama melakukan sesuatu dlm perlawanan, permainan dsb utk mengalahkan lawan; saling menjawab: Pasukan polis hutan telah ~ tembak dgn penjahat-penjahat di kawasan sempadan Malaysia-Thai. berbalas-balasan sama-sama membalas apa-apa yg dilakukan; bersahut-sahutan: Meriam berbunyi ~ semasa upacara pertabalan tsb. membalas 1 memberikan jawapan; menjawab: Saya belum lagi ~ surat yg saya terima drpd ayah saya. 2 berbuat sesuatu kpd orang utk memulangkan perbuatan yg telah dikenakan oleh orang itu kpd kita: Sepasukan askar Jepun telah ~ kekalahan mereka terhadap tentera sekutu di Sungai Kwai. 3 memberikan sesuatu sbg tanda berterima kasih: Utk ~ jasanya itu, baginda telah menaikkan pangkat Sabur menjadi bendahari. balasan 1 jawapan: Surat permohonannya itu masih belum ada ~ lagi. 2 pemberian atau perbuatan sbg membalas pemberian atau perbuatan orang kpd kita: Si Tenggang telah menerima ~nya kerana ia menderhaka kpd ibu bapanya. pembalasan perbuatan atau hal membalas: Pasukan polis telah mengadakan suatu serangan ~ terhadap pengganas-pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cerita | 1. pertuturan atau tulisan yg menerangkan sesuatu perkara (peristiwa dll); kisah: Mereka ternganga mendengar ~ bagaimana aku terselamat drpd perompak itu. 2. karangan (yg benar ataupun rekaan) yg mengisahkan sesuatu perkara: ~ Abu Nawas. 3. lakonan (sandiwara atau wayang) yg dipertunjukkan atau ditayangkan: Lakonan dan teknik filem itu boleh dikatakan baik tetapi ~nya sukar difahami. 4. apa-apa yg dituturkan bohong belaka; omong kosong; dongeng; jangan banyak ~ jangan banyak bercakap yg tidak-tidak; itu~ saja itu bohong belaka. ~ berbingkai sesuatu cerita yg di dlmnya banyak terdapat cerita lain (spt Hikayat 1001 Malam). ~ jenaka cerita-cerita yg menggelikan hati. ~ pendek cerita yg pendek saja tetapi lengkap; cerpen. bercerita menuturkan sesuatu cerita: Ketika guru ~, murid-murid semuanya diam. menceritai bercerita kpd: Nenek ~ aku kisah kehidupan pd zaman Jepun. menceritakan 1. menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2. mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. penceritaan hal atau perbuatan menceritakan. pencerita orang yg bercerita atau yg menceritakan sesuatu. | Kamus Pelajar |
sungguh | 1 sesuai dgn keadaan sebenarnya; benar; betul: Adakah ~ engkau hendak pergi ke Kuantan? 2 terlalu sekali; amat; sangat: Panas ~ hari ini. sungguh-sungguh tidak main-main; dgn segenap hati; dgn tekun: Belajarlah ~. sungguhpun di samping perkara itu; juga; walaupun; meskipun: ~ begitu, telur penyu tetap menjadi barang perniagaan yg menguntungkan. bersungguh-sungguh bekerja atau berusaha dgn sepenuh hati: Pasukan Askar Melayu telah ~ mempertahankan Tanah Melayu drpd serangan Jepun. menyungguhkan 1 mengakui kebenaran sesuatu; membenarkan; mengiakan: Kami semua mengangguk, ~ kata-katanya. 2 mengusahakan benar-benar supaya tercapai apa-apa yg dicita-citakan; berusaha sungguh-sungguh utk. kesungguhan 1 keadaan sungguh; kebenaran: ~ pengakuannya itu masih diragui. 2 perbuatan yg bersungguh-sungguh; ketekunan: Dgn berkat ~ hatinya, sampailah Marco Polo di Negeri China. sesungguhnya sebenarnya; sebetulnya: ~ hanya Engkaulah tempat kami meminta pertolongan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghambat | menahan, menghalang, menyekat, merintangi: pertempuran satu lawan satu telah ~ kemajuan tentera Jepun; kapal perang itu telah ~ pelayaran kami; Islam tidak akan ~ kemajuan kerana apa yg dikaitkan dgn kemajuan juga dibendung oleh hukum-hukum alam yg mengikut kehendak Allah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kamus Parsi.indb هچ )chahār( راهچ )chahārdah( هدراهچ )Chahārshanbe( هبنشراهچ )chahārṣad( دصراهچ )chahārom( مراهچ )che rangī?( ؟ىگنر هچ )chehre, ṣūrat( تروص ،هرهچ berapa? cakar kuku garpu kayu tiang bendera penyangkut baju seperti, contoh apa? empat empat belas Rabu empat ratus keempat apa warnanya? muka how many? claw fork wood flagstaff hanger like what? four fourteen Wednesday four hundred fourth what colour? face تروص ،هرهچ ؟ات دنچ Kamus Parsi.indb 51 5/18
|
Kamus Sains.indb bagi beban rintangan dalam litar arus ulang-alik dikenali sebagai komponen bertenaga atau komponen aktif. (KEJ) active force (daya tindakan) Daya luar yang bertindak pada jasad dan berkebolehan melakukan kerja apa- bila jasad mengalami sesaran. (FIZ) active star (bintang aktif) Topologi rangkaian perhubungan data yang mempunyai tatasambung yang terdiri daripada nod luar yang bersambung pada nod pusat dalam bentuk bin- tang ada secara kongenital atau akibat perdarahan. (BIO, UBAT) aflatoxin (aflatoksin) Toksin yang dikeluarkan oleh kulat Aspergillus flavus yang biasanya terdapat pada bijirin. Toksin ini sering kali dikaitkan dengan keracunan makanan apa - bila bijirin yang tercemar dimakan, dan seterusnya mungkin boleh membawa maut. Toksin ini mungkin juga mengakibatkan ketoksikan atau kanser pada hati. (BIO, TEKMA, UBAT) aerometer aflatoxin Kamus Sains.indb 27
|
Kamus Thai 2.indb 2.indb 316 4/15/2008 11:12:04 AM ร 317 รับรู ้ [-ru:] ก mengambil tahu: เขาไม ่ รับรู ้ ในสิ่ งที่ ลูกชายเขากระทำ Dia tidak me ngambil tahu apa-apa yang dilaku- kan oleh anak lelakinya. รับสมัคร [-samak] ก merekrut, mengambil: บริษัทนั้ นรับสมัครพนักงานใหม ่ หลายตำแหน ่ ง Syarikat itu merekrut be- berapa orang pegawai baru. รับสินบน [-sinbon] ก makan suap
|
Kamus Thai 2.indb ก ้ มหน ้ า [-na:] ก tunduk: ผู ้ กระทำผิดคน น ั ้นเอาแต ่ ก ้ มหน ้ าโดยไม ่ ยอมพูดอะไรเลย Pe- salah itu hanya tunduk dengan tidak berkata apa-apa. ก ้ มหัว [-hua] ก 1 menundukkan kepa- la: น ั กเรียนก ้ มห ั วเล็กน ้ อยเมื่ อเดินผ ่ านหน ้ า ประธาน Murid-murid menundukkan kepala |
Kamus Thai 2.indb dalam peperiksaan. 3 barulah: เมื่ อเขารวย เขาจึงจะซื้ อรถยนต ์ Apabila dia kaya baru lah dia hendak membeli kereta. จืด [c:t] ว (รสชาติ) tawar: อาหารญี่ ปุ ่ นมัก จะมีรสจืด Makanan Jepun biasanya ta war. จืดจาง [-ca:] ว menurun, mengu- rang: ยิ่ งนานวันความรักของทั้ งคู ่ ยิ่ งจืดจางลง Kian hari perasaan kasih sayang pa sangan itu kian menurun. จืดชืด [-c:t] ว merun dingkan: รัฐบาลอินโดนีเซียกำลังเจรจาวิธีการ สร ้ างสันติภาพที่ อาเจห ์ Kerajaan Indonesia sedang merundingkan cara mewujud kan keamanan di Acheh. เจริญ [car:n] ก 1 maju: ญี่ ปุ ่ นเป็นประเทศ ที่ เจริญมาก Jepun ialah negara yang sa ngat maju. 2 berkembang: เมืองหาดใหญ ่ เจริญอย ่ างมากในช ่ วงสิบปีนี้ Kota Hadyai berkembang pesat dalam tempoh 10 tahun ini. 3 membaca: พระสงฆ ์ เจริญ พระพุทธมนต
|
Kamus Thai 2.indb pakati] ว biasa ปฏัก [patak] น tombak ปฎิกรรมสงคราม [patikamso kra:m] น pampasan perang: ญี่ ปุ่ นต ้ อง จ ่ ายค ่ าปฏิกรรมสงครามให ้ แก ่ ประเทศที่ ตนเอง เคยยึดครอง Jepun mesti membayar pam- pasan perang kepada negara yang per- nah ditaklukinya. ปฏิกิริยา [patikiriya:] น reaksi ปฎิคม [patikom] น penyambut tetamu: ปฏิคมงานประสาทปริญญาของ มหาวิทยาลัยเอกชนนั้ นทำหน ้ าที่ ได ้ ดีมาก Pe- nyambut tidak dapat memenangi peperangan kali ini. เผดิม [pad:m] ดู ประเด ิ ม เผ ่ น [pen] ก cabut lari: โจรเผ ่ นเมื่ อได ้ ยิน เสียงคนเปิดประตู Pencuri cabut lari apa- bila terdengar bunyi orang membuka pintu. เผย [p:y] ก memperlihatkan: หลักฐาน ทั้ งหมดนั้ นเผยให ้ เห็นความโหดเหี้ ยมของสงคราม Semua bukti itu memperlihatkan keke- jaman peperangan. เผยอ [pay:] ก terbuka sedikit |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata apa jepun |
|
|