Antigua dan Barbuda ialah negara pulau yang merdeka di Laut Caribbean. Ia terdiri daripada pulau-pulau Antigua, Barbuda, dan Redonda. Kumpulan pulau ini terletak di Antilles Kecil di Hindia Barat. Ia terletak kira-kira 48 kilometer di utara Guadeloupe, 400 kilometer di tenggara Puerto Rico, dan 700 kilometer di utara Venezeula . Ibu negara Antigua ialah St. Johns dan ibu negara Barbuda ialah Codrington. Redonda ialah pulau yang berbatu-batu dan tidak didiami penduduk. Antigua and Barbuda ialah tempat lahir beberapa orang pemain kriket berbakat, terutamanya bekas kapten pasukan Hindia Barat dan pemukul bola yang terkenal, Viv Richards (lihat Richards, Viv ). |