PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
antibody-conjugated silica nanoparticle | | | Antibodi yang bercantum dengan kapsul zarah silika yang mengandungi beribu-ribu molekul pencelup berpendarfluor untuk digunakan dalam bioanalisis yang sangat peka. Dalam kaedah konvensional, satu molekul antibodi disangkutkan dengan hanya satu atau beberapa molekul pencelup supaya isyarat peristiwa ikatan antibodi-antigen menjadi amat kecil. Antibodi ini digunakan untuk mengesan sel bakteria dalam sampel, dalam tempoh kurang daripada 20 minit. |
autofluorescence | | | Proses pendarfluor yang berlaku dalam bahan asal suatu organisma. Proses ini dapat memberikan gangguan dalam penggunaan mikroskop pendarfluor organisma tersebut yang diberikan tompokan bahan berpendarfluor (seperti antibodi yang berlabel bahan pendarfluor). Gangguan ini dihasilkan apabila kesan autopendarfluor lebih besar daripada isyarat cahaya yang diperlukan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu autopendarfluor sangat berfaedah untuk dijadikan sebagai penanda diagnostik. |
biosensor | | | Peranti untuk mengesan analit yang menggabungkan komponen biologi dengan komponen pengesan fisikokimia. Biopenderia mengandungi beberapa komponen unsur peka secara biologi seperti tisu, mikroorganisma, organel, sel reseptor, enzim antibodi dan asid nuklid. Unsur peka dapat dibuat secara rekayasa biologi. Contoh biopenderia yang digunakan secara komersial ialah biopenderia glukosa darah yang menggunakan enzim untuk memecah glukosa darah. Peranti tersebut dapat memindahkan elektron ke elektrod dan menentukan kepekatan glukosa darah. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata antibodi |
|
|