Kata |
Takrif |
Sumber |
antibodi | ist bahan yg terbentuk dlm darah yg dpt mencegah pembiakan bakteria dsb atau memusnahkannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
antibodi | (Ubat) sj bahan yg terbentuk dlm darah dan dapat menghalang tindakan atau memusnahkan bakteria yg memudaratkan atau membahayakan tubuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
antibodi | ist bahan yg terbentuk dlm darah yg dpt mencegah pembiakan bakteria dsb atau memusnahkannya. | Kamus Pelajar |
imun | (Ubat) terlindung drpd atau tidak dapat diserang oleh sesuatu penyakit tertentu kerana adanya antibodi, inokulasi dsb, lali: ~ terhadap rubela; mengimunkan membuat seseorang imun terhadap sesuatu penyakit atau jangkitan, terutamanya dgn menyuntiknya dgn vaksin, melalikan: mereka sudah diimunkan terhadap cacar; keimunan keupayaan manusia dan haiwan melawan sesuatu penyakit, jangkitan dsb melalui tindakan antibodi atau vaksin: ~ terhadap polio; pengimunan perihal (tindakan, proses dsb) melindungi seseorang drpd penyakit dgn memberi suntikan vaksin, pelalian: program ~ orang ramai terhadap virus hepatitis B. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
antitoksin | ist antibodi yg terbentuk dlm tubuh badan, yg berfungsi meneutralkan toksin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aglutinin | ist antibodi yg menyebabkan sel bakteria tertentu melekat antara satu dgn yg lain utk membentuk gumpalan yg akan dimusnahkan oleh sel darah putih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aglutinin | (Ubat) antibodi yg menyebabkan sel bakteria tertentu melekat antara satu dgn lain utk membentuk gumpalan yg akan dimusnahkan oleh sel darah putih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lisin alfa | sj antibodi yg dapat memecahkan sel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
antiserum | (antisérum) (Ubat) serum darah yg mengandungi antibodi melawan antigen tertentu, digunakan utk merawat atau melindungi seseorang drpd sesuatu penyakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kolostrum | ist susu atau rembesan pertama (yg kaya dgn antibodi) dr kelenjar susu pd akhir kehamilan sehingga beberapa hari selepas kelahiran bayi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
antibody | n antibodi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
natural | adj 1. of, connected with the external physical world, alam semula jadi: ~ scenery, pemandangan alam semula jadi; ~ landscape, landskap alam semula jadi; a ~ phenomenon, fenomena alam semula jadi; 2. not caused or produced by man, semula jadi: ~ vegetation, tumbuh-tumbuhan semula jadi; a ~ harbour, pelabuhan semula jadi; ~ antibodies, antibodi semula jadi; in its ~ state, dlm keadaan semula jadi; an animals ~ instincts, naluri semula jadi binatang; ~ sentiments, perasaan semula jadi; growth is a ~ process, pertumbuhan ialah proses semula jadi; die /a ~ death, from ~ causes/, mati biasa; 3. in accordance with individual nature, a. (of person) sifat semula jadi: she bore the ordeal with the patience that was ~ to her, dia menanggung pengalaman pahit itu dgn kesabaran yg merupakan sifat semula jadinya; b. (phys) tabii: ~ convection, olakan tabii; ~ oscillation, ayunan tabii; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
non-neutralizing antibodi | antibodi tak meneutral | antibodi tak meneutral | antibodi tak meneutral | Perubatan |
antibody | antibodi | antibodi | antibodi | Penternakan |
antibody | antibodi | antibodi | antibodi | Veterinar |
antibody | antibodi | antibodi | antibodi | Perhutanan |
antibody | antibodi | antibodi | antibodi | Farmasi |
antibody | antibodi, penangkis | antibodi | antijasad/antibodi | Biologi |
residual antibody | residu antibodi | antibodi residu | antibodi residu | Veterinar |
cross-reactive antibody | antibodi reaksi silang | antibodi tindak balas silang/ antibodi reaksi silang | antibodi tindak balas silang | Perubatan |
reticulin antibody | antibodi retikulin | antibodi retikulin | antibodi retikulin | Veterinar |
precipitating antibody | antibodi endap | antibodi pemendak | antibodi pemendak | Veterinar |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
enzyme linked immunosorbent assay (ELISA) | ELISA | Bioteknologi | Tiada | Teknik analisis peka yang menggunakan enzim yang dikomplekskan kepada antigen atau antibodi. Substrat dicampur untuk memberikan warna yang berkadar dengan jumlah pengikatan. Dalam teknik fasa pepejal, antigen ditambah kepada tiub yang dilapisi antibodi. Antibodi yang berlabelkan enzim juga ditambah untuk membentuk kompleks dengan antigen. |
fluorescent antibody | antibodi berpendarfluor | Sains Forensik | Tiada | Antibodi yang telah dilabelkan dengan pewarna berpendarfluor. Antibodi berpendarfluor digunakan untuk mengesan kehadiran antigen yang khusus terhadap antibodi ini. Melalui pengujian terhadap antigen tertentu, antibodi berpendarfluor boleh digunakan dalam pengujian forensik untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang darah seperti darah daripada orang dewasa atau darah kanak-kanak. Lihat juga pendarfluor. |
blocking antibody | antibodi penghalang | Perubatan | Tiada | Antibodi yang mempunyai kekhususan yang sama dengan antibodi lain dan mengganggu kegiatan antibodi itu. |
polyclonal antibody | antibodi poliklon | Bioteknologi | Tiada | Antibodi yang terhasil sebagai gerak balas keimunan normal terhadap antigen yang mengandungi bilangan protein yang berhubungan tetapi tidak serupa. Variasi menunjukkan bahawa antibodi ini dibentuk oleh limfosit yang berlainan dan berbeza dengan antibodi monoklon yang dibentuk oleh klon sel yang serupa. bd. antibodi monoklon. |
macroglobulin | makroglobulin | Kimia | Biokimia | Imunoglobin yang terdiri daripada 5-10% antibodi serum, termasuk antibodi heterofil dan wasserman, agglutinin sejuk, isohemaglutinin dan antibodi terhadap endotokrin bakteria gramnegatif. |
antigen excess | lebihan antigen | Sains Forensik | Tiada | Nisbah antigen yang tinggi berbanding antibodi dalam campuran antigen-antibodi yang mengakibatkan kompleks antigen-antibodi terlarut. Semasa pengujian serologi forensik, lebihan antigen boleh mengakibatkan mendakan tidak kelihatan dan boleh membawa kepada ujian negatif palsu. |
immunoglobulin | imunoglobulin | Bioteknologi | Tiada | Protein jenis globulin (biasanya gama globulin) yang mempunyai aktiviti antibodi atau bertindak sebagai antibodi. Protein ini terbahagi kepada 5 kelas berdasarkan keheterogenan jenis antibodi yang terkandung, iaitu IgG, IgA, IgM, IgD, dan IgE. |
agglutination | aglutinasi | Sains Forensik | Tiada | Penggumpalan sel darah merah akibat tindak balas dengan antibodi tertentu. Dalam ujian serologi forensik, penggunaan antibodi A atau antibodi B ke atas kesan darah yang ditemui akan menentukan kumpulan darah seseorang bagi membantu penyiasatan. Sinonim pengaglutinatan. |
antibody-conjugated silica nanoparticle | antibodi berkonjugat nanozarah silika | Fizik | Nanoteknologi | Antibodi yang bercantum dengan kapsul zarah silika yang mengandungi beribu-ribu molekul pencelup berpendarfluor untuk digunakan dalam bioanalisis yang sangat peka. Dalam kaedah konvensional, satu molekul antibodi disangkutkan dengan hanya satu atau beberapa molekul pencelup supaya isyarat peristiwa ikatan antibodi-antigen menjadi amat kecil. Antibodi ini digunakan untuk mengesan sel bakteria dalam sampel, dalam tempoh kurang daripada 20 minit. |
monoclonal antibody | antibodi monoklon | Bioteknologi | Tiada | Antibodi yang terhasil secara pengkulturan jenis sel tunggal, dan dengan itu mengandungi spesies tunggal molekul imunoglobulin. Warisan dihasilkan melalui pertaupan sel tersebut dengan sel mieloma yang berupaya menghasilkan antibodi dan mengekalkan pembahagian dan pertumbuhan. bd. antibodi poliklon. |
Kamus Sains.indb Kamus Sains.indb 40 7/8/08 11:45:56 AM 41 alloacheiria (alokeiria) Keadaan apabila cucukan pada sesuatu anggota dirasai anggota yang sebelah lagi. Sinonim alloesthesia. (UBAT) alloantibody (aloantibodi) Antibodi hasil rangsangan aloantigen. (BIO) alloantigen (aloantigen) Antigen yang merangsang tindak balas keimunan apabila dimasukkan ke dalam satu individu daripada spesies yang sama tetapi berbeza dari segi gene- tik. (BIO) allochromy antiemetik) Agen yang dapat mencegah muntah atau melegakan rasa loya. (UBAT) antienzyme (antienzim) Polipeptida atau protein seperti perencat protease dan perencat tripsin kacang soya yang bertindak sebagai perencat enzim atau antibodi. Perencat ini mem- bentuk kompleks dengan enzim tertentu dan tidak mudah terurai. Antienzim anticyclogenesis antienzyme Kamus Sains.indb 78 7/8/08 11:46:03 AM 79 juga digunakan untuk
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
antibodi | [an.ti.bo.di] | انتيبودي |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
antibodi | antibody | Bahan yang terbentuk dalam darah dan dapat mencegah pembiakan atau pemusnahan bakteria. | Sekolah Rendah |
antibodi | antibody | Protein yang dihasilkan oleh sel darah putih (limfosit) sebagai gerak balas terhadap antigen yang dihasilkan oleh patogen yang menyerang badan. | Menengah Atas |
antiserum | antiserum | Serum darah dengan antibodi khusus untuk melawan antigen tertentu, yang digunakan untuk merawat atau melindungi seseorang daripada sesuatu penyakit. | Menengah Atas |
imunoglobulin | immunoglobulin | Kumpulan protein yang berkebolehan bertindak sebagai antibodi. | Menengah Atas |
pengaglutinatan | agglutination | Proses penggumpalan sel darah akibat tindakan antigen dan antibodi dalam darah. Sel darah merah bergumpal apabila darah daripada kumpulan darah yang berbeza dicampurkan. | Menengah Rendah |
antigen | antigen | Protein atau karbohidrat asing pada patogen yang berupaya merangsang penghasilan antibodi. | Menengah Atas |
sistem peredaran darah | blood circulatory system | Sistem rangkaian salur darah yang membawa darah, oksigen, nutrien, antibodi, hormon dan bahan kimia ke seluruh badan. | Menengah Rendah |
limfosit | lymphocyte | Sel darah putih yang kecil, mempunyai satu nukleus, tidak bersifat fagosit, dan menghasilkan antibodi. Limfosit dihasilkan oleh tisu limfa, dan terdapat dalam darah dan limfa. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata antibodi |
|
|