1) Apakah perbezaaan antara presiden, pengerusi dan yang dipertua? Presiden - Merupakan ketua negara dalam sesebuah negara republik dan gelaran untuk ketua negara republik atau orang yang menjadi ketua sesuatu persatuan, pertubuhan dan lain-lain. dipertua - orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu perkumpulan (persatuan dan lain-lain) pengerusi - ketua dalam mesyuarat dan lain-lain. atau pemimpin jawatankuasa, pertubuhan dan lain-lain. 2) Apakah perbezaaan antara timbalan dan naib? timbalan - ialah penolong ketua dan lain-lain naib - ialah pengganti atau wakil 3) Apakah perbezaaan antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat? setiausaha - Seseorang yang diambil bekerja untuk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dan sebagainya). Melaksanakan kerja untuk orang perseorangan atau untuk sesebuah pertubuhan. setiausaha kehormat - setiausaha yang menjalankan tugas atau yang berkhidmat secara sukarela yang tidak diberi gaji atau upah. 4) Apakah perbezaaan antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat? bendahari - pegawai yang menguruskan harta benda kerajaan atau menguruskan wang persatuan dan lain-lain. bendahari kehormat - pegawai persatuan yang bertugas tanpa dibayar 5) Apakah perbezaaan antara lajnah dan unit? lajnah - sebuah badan yang menjalankan (mengurus, mengelola) kerja sesuatu pertubuhan dan lain-lain, jawatankuasa kerja. unit - bahagian terkecil daripada sesuatu yang dapat berdiri sendiri. 6) Apakah perbezaaan antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif? ahli jawatankuasa - orang yang dipilih untuk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dan sebagainya) majlis eksekutif - sebuah Badan tetap UPU yang ditugaskan oleh kongres untuk menentukan kesinambungan tugas-tugas pentadbiran, mengawasi kegiatan kerjasama teknikal, perundangan, juriselidik dan sebagainya. Untuk maklumat lebih lanjut, pihak tuan boleh merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat di Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih. |