Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PUSTAKA ANTARAPUSTAKA ANTARA,  penerbit  dan pembekal buku yang pertama di Semenanjung  Malaysia.  Pustaka Antara ditubuhkan pada tahun 1952, oleh Abdul Aziz bin Ahmad dan didaftarkan pada 13 Mei 1957.  Pada mulanya Pustaka Antara beroperasi secara kecil-kecilan di sebuah kedai di Jalan Raja Muda pada tahun 1956.  Pada tahun 1975, Pustaka Antara berpindah ke bangunan miliknya sendiri di No. 399A, Jalan tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.SASTERAInstitusi/Organisasi
SELAT

Selat ialah terusan air yang sempit di antara dua

jasad air yang besar. Banyak peperangan telah

berlaku dan perjanjian dirundingkan untuk

menguasai dan menggunakan selat-selat penting di

dunia. Antara selat yang terkenal termasuk Selat

Gibraltar di antara Lautan Atlantik dan Laut

Mediterranean, dan Selat Bosporus dan Selat

Dardanelles di antara Laut Mediterranean dan Laut

Hitam. Selat Magellan yang terletak di hujung

Amerika Selatan adalah satu-satunya selat di antara

Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik. Istilah selat,

laluan dan terusan biasa dipakai silih berganti

dengan satu dengan lain.

Lihat juga rencana berasingan dalam

Ensiklopedia Dunia tentang beberapa selat.

UMUM
PERJANJIAN DAMAI

Perjanjian damai ialah satu perjanjian antara

dua atau lebih negara yang bersetuju untuk

membincangkan perselisihan secara damai dan

bukan bertujuan menyerang antara satu dengan

lain. Antara Perang Dunia I (19141918) dan Perang

Dunia II (19391945), banyak negara telah

menandatangani perjanjian damai kerana tidak

ada kuasa antarabangsa yang cukup kuat untuk

mengelakkan peperangan.

UMUM
PERANG

Perang ialah suatu pertarungan antara dua

golongan besar yang berusaha untuk memusnah

atau mengalahkan lawan masing-masing.

Peperangan ada pelbagai jenis, misalnya

peperangan antara dua buah keluarga, kabilah

dengan kabilah dan antara pengikut satu agama

dengan pengikut agama yang lain.

UMUM
KESATUAN ANTARA-PARLIMEN

Kesatuan Antara-Parlimen ialah sebuah

organisasi yang terdiri daripada ahli parlimen

di seluruh dunia. Objektifnya adalah untuk

menggalakkan institusi perwakilan dan bekerja

bagi keamanan dan kerjasama antarabangsa.

UMUM
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA (1824)

Perjanjian Inggeris-Belanda (1824).

Perjanjian antara British dengan Belanda bagi

menyelesaikan masalah hubungan antara kedua-

duanya. Perjanjian ini ditandatangani pada bulan

Mac 1824. Masalah timbul apabila Singapura dan

pulau-pulau yang berhampiran dengannya diambil

oleh pihak British. Keadaan ini menyebabkan

timbulnya pertelagahan antara British dengan

Belanda. Britain juga bimbang jika pertelagahan

akan membawa kepada peperangan terbuka.

Suasana politik di Eropah ketika itu juga

menyebabkan kedua-dua pihak perlu mencari jalan

penyelesaian segera. Justeru itu, perjanjian ini

dimeterai.

UMUM
PERANG PELOPONNESIA

Perang Peloponnesia ialah pertempuran

antara negara kota Yunani, iaitu antara Athens

dengan Sparta dari tahun 431 S.M. hingga tahun

404 S.M. Mengikut Thucydides, ahli sejarah Yunani

yang hidup semasa peperangan ini, Liga

Peloponnesia mengandungi Sparta dan

perikatannya telah menyerang empayar Athenia

kerana bimbangkan kuasa Athens bertambah kuat.

UMUM
PERANG SIFFIN

Perang Siffin. Perang Siffin berlaku antara dua

puak orang Islam akibat pembunuhan Khalifah

Uthman ibn Affan. Perang ini berlaku selepas

perang Jamal pada tahun 37 H./657 M. Antara sebab

berlakunya perang ini ialah Sayidina Ali ibn Abu

Talib melucutkan jawatan beberapa gabenor Mesir

yang dilantik oleh Khalifah Uthman ibn Affan

berdasarkan aduan penduduk Mesir. Antara mereka

yang dipecat ialah Muawiyah ibn Abi Sufyan yang

merupakan orang yang bersungguh-sungguh

menuntut bela atas pembunuhan Khalifah Uthman.

Setelah Muawiyah tetap dengan penentangannya

terhadap Ali, dia berazam untuk memeranginya.

Tentera kedua-dua belah pihak bertemu di Siffin,

lalu berlakulah peperangan selama beberapa hari.

UMUM
SEKSTAN

Sekstan ialah alat optik yang mengukur jarak

sudut di antara dua titik, seperti di antara matahari

dengan garisan ufuk. Sekstan juga digunakan

untuk pengemudian dan kaji selidik. Alat ini

dinamakan menurut bentuknya iaitu lebih kurang

satu per enam daripada satu bulatan. Bingkai

sekstan menyokong satu lengkok (arka) yang

bersenggat, lengan indeks yang boleh digerakkan

yang mewakil radius bulatan itu, dua cermin dan

satu teleskop kecil.

UMUM
MUZIUM BRITISH

Muzium British, di London, adalah antara

muzium agung kebangsaan yang paling tua.

Koleksi yang dipamerkan adalah antara yang

terbaik di dunia. Muzium ini ditubuhkan pada

tahun 1753 melalui akta Parlimen selepas Sir Hans

Sloane, doktor British dan juga ahli botani

mewasiatkan kesemua koleksinya kepada negara.

Muzium ini dibuka pada 15 Januari 1759, di

Montagu House, West End; London. Pada tahun

1847, bangunan baru telah menggantikan

Montagu House dan penambahan koleksi telah

dilakukan semenjak tarikh tersebut. Muzium

British menarik lebih empat juta pengunjung

setiap tahun.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antara

Puisi
 

Banyak bulan antara bulan,
     Tidak sama bulan puasa;
Banyak Tuhan antara Tuhan,
     Tidak sama Tuhan Yang Esa.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
306

Let bygones be bygones

Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru.

Buang yang keruh, ambil yang jernih

We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let bygones be bygones.

Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...