Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
neuro-electronic interfaceAntara muka yang menggunakan peranti nano untuk membenarkan komputer dihubungkan dengan sistem saraf. Antara muka ini memerlukan pembinaan struktur molekul bagi membolehkan kawalan dan pengesanan denyutan saraf oleh komputer. Struktur molekul ini mestilah terdiri daripada molekul konduksi yang membenarkan pengaliran arus elektrik dihasilkan daripada pergerakan ion pada sistem saraf tersebut.
nanostructureObjek yang mempunyai saiz di antara struktur molekul dengan struktur mikroskop. Struktur ini dibezakan mengikut bilangan dimensi pada skala nano. Contohnya, bintik kuantum mempunyai diameter 5 nm - 100 nm, mempunyai sifar dimensi pada skala nano, filem tipis berketebalan antara 0.1 nm - 100 nm adalah nanostruktur berdimensi satu. Sementara nanotiub dengan diameter tiub antara 0.1 nm - 100 nm mempunyai dua dimensi pada skala nano. Sfera nanozarah mempunyai tiga dimensi pada skala nano dengan saiz antara 0.1 nm - 100 nm.
atomic forceDaya tindak balas antara atom termasuk daya tarikan atau tolakan yang bertindak antara atom dan juga atom-atom yang berdekatan.
nanoclusterGugusan nanozarah berbagai-bagai saiz antara 1 nm - 100 nm. Nanogugusan mempunyai sifat tertentu, iaitu antara sifat molekul dan sifat bahan pukal. Nanogugusan logam dipakai dalam proses sintesis kimia sebagai pemangkin.
semiconductorBahan pepejal berhablur yang mempunyai kekonduksian elektrik antara logam dengan penebat. Contohnya, germanium dan silikon. Bahan semikonduktor mempamerkan sifat kekonduksian berkadaran dengan suhu yang digunakan sebagai termistor, berkadaran kepada voltan yang digunakan sebagai varistor. Dengan membuat sambungan yang sesuai antara bahan semikonduktor, pelbagai peranti elektronik dapat dihasilkan. Sifat optik bahan semikonduktor juga penting untuk menghasilkan peranti seperti fotodiod, laser dan sel suria.
entanglementKeadaan zarah kuantum seperti elektron, foton atau kubit berinteraksi dalam bentuk pasangan tanpa mengira jarak pemisahan antara mereka. Sekiranya berlaku perubahan keadaan suatu zarah kuantum, keadaan kuantum pasangannya juga akan berubah. Contohnya, keterlibatan antara kubit dalam sistem pengkomputan kuantum.
field effect transistor (FET)Transistor yang bergantung pada medan elektrik untuk mengawal kekonduksian arus dalam peranti semikonduktor. Dalam peranti ini, punca disambung pada tapak dan voltan dikenakan antara get dengan sumber yang akan memodulatkan arus antara sumber dengan saliran. Kawalan arus terdiri daripada dua mod, iaitu mod penguat dan mod penyusutan. Bagi mod penguat, voltan dikenakan kepada get bagi menambahkan aliran arus daripada sumber ke saliran dan dikenali sebagai OFF. Manakala mod penyusutan pula dikenali sebagai ON dengan voltan dikenakan untuk mengurangkan aliran arus daripada sumber ke saliran. FET digunakan sebagai suis elektronik seperti dalam pemprosesan komputer.
Volmer-Weber growth (VW)Satu pertumbuhan filem tipis di atas substrat dengan cara beberapa lapisan permulaan tumbuh sebagai pulau yang berpusat pada tapak penukleusan. Pulau ini akan membesar sehingga menyentuh antara satu sama lain. Pertumbuhan Volmer-Weber berlaku apabila saling tindakan antara atom jerap lebih kuat berbanding saling tindakan atom jerap dengan permukaan substrat. Filem tipis yang dihasilkan melalui pertumbuhan Volmer-Weber adalah kasar. Pertumbuhan Volmer-Weber digunakan untuk memfabrikasi bintik kuantum. Sinonim pertumbuhan VW.
photochromismTransformasi boleh balik antara dua spesies kimia yang menyerap pancaran elektromagnet pada spektrum penyerapan yang berbeza. Hal ini boleh dijelaskan sebagai perubahan warna boleh berbalik apabila terdedah kepada cahaya.
radiationless transitionPeralihan antara dua aras tenaga sistem tertentu, iaitu tenaga yang dihasilkan diserap oleh sistem lain sehingga tidak berlaku pemancaran cahaya oleh sistem pertama. Contohnya, kesan Auger dan pengujaan atom atau molekul semasa pelanggaran dengan atom atau molekul yang lain.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antara

Puisi
 

Banyak bulan antara bulan,
     Tidak sama bulan puasa;
Banyak Tuhan antara Tuhan,
     Tidak sama Tuhan Yang Esa.



Lihat selanjutnya...