Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Pengesahan Bahasa ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
inelastic electron tunneling spectroscopy (IETS)Kaedah untuk mengkaji mod getaran molekul yang terserap pada permukaan lapisan oksida logam.
phononTenaga yang terkuantum hasil getaran anjal dalam kekisi hablur. Konsep fonon amat penting dalam mengkaji sifat fizik pepejal seperti kekonduksian terma dan kekonduksian elektrik. Fonon dapat bertindak balas dengan elektron seperti yang berlaku dalam fenomena superkekonduksian.
air bagMembran atau sampul anjal yang dapat menggelembung untuk mengisi udara atau gas lain. Beg udara dipasang pada kenderaan bagi tujuan keselamatan. Apabila berlaku kemalangan, beg udara akan menggelembung setelah dipicu oleh satu sistem nanosensor yang terdiri daripada mikroelektromekanik (MEMS) atau nanoelektromekanik (NEMS) yang dilekatkan pada beg udara tersebut. Contoh membran ialah nilon 6,6 atau poliester.
small-angle neutron scattering (SANS)Kaedah yang menggunakan neutron anjal, tersebar pada sudut sebaran kecil untuk mengkaji struktur pelbagai bahan pada skala mikroskopik di antara 1 100 nm.
secondary electronJenis elektron tenaga rendah yang dihasilkan daripada tindak balas tidak anjal, antara alur elektron primer dan sampel. Elektron tenaga rendah amat berguna bagi tujuan pemeriksaan topografi permukaan sampel.
linker regionSatu kawasan antara manik histon yang disambung dengan dwilapisan DNA. DNA tersebut dikenali sebagai kromatin sementara manik histon dengan garis DNA dikenali sebagai nukleosom. Kawasan ini memberikan kemampuan yang anjal bagi urutan nukleosom melakukan lingkaran seterusnya dan berdiameter 11 nm.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjal