Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Benarkah angka 1, 2, 3 dan seterusnya dinamakan angka Arab? Jika benar, mohon nyatakan sebabnya. | Angka 0, 1, 2, 3 .... 9 digelar angka Arab kerana angka-angka tersebut berevolusi daripada angka Arab. Angka tersebut dikatakan diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-10 oleh orang Arab daripada Afrika Utara dan istilah "angka Arab" digunakan hinggalah hari ini. | Istilah | 16.11.2009 |
Salam, Adakah ayat di bawah ini boleh diterima? Adryan menghubungi pihak bomba dan penyelamat dengan mendail angka 999 untuk melaporkan kebakaran. "Bolehkah digunakan "mendail angka 999" selain ayat kebiasaan "mendail nombor 999". Terima kasih. | Nombor ialah angka dan angka ialah nombor. "Mendail angka" atau "mendail nombor", kedua-duanya boleh digunakan, namun perlu diingat penggunaan "mendail nombor" telah mantap dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 24.02.2016 |
Mohon pencerahan mengenai gaya penulisan angka yang betul: 1.Angka 10,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 10,000 atau jarak seperti 10 000 atau ditulis rapat seperti 10000. 2.Angka 7,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 7,000 atau jarak seperti 7 000 atau ditulis rapat seperti 7000. 3.Angka 200,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 200,000 atau jarak seperti 200 000 atau ditulis rapat seperti 200000. | Merujuk kepada soalan anda, angka bagi ketiga-tiga soalan menunjukkan bahawa jumlah digit melebihi empat digit. Oleh itu, susunan yang betul ialah tiada koma tetapi dijarakkan seperti 10 000, 7 000 dan 200 000 atau lebih mudah dijadikan 10 ribu, 7 ribu dan 200 ribu. | Lain-lain | 07.07.2017 |
ANGKA ATAU HURUF mohon kepastian daripada pihak DBP bagi penggunaan yang betul berdasarkan persoalan di bawah: 1. hari raya kelapan atau hari raya ke-8? 2. sembilan atau 9? 3. kesepuluh atau ke-10? 4. hari raya kesebelas atau hari raya ke-11? 5. hari raya pertama atau hari raya 1 | Penggunaan yang betul ialah hari raya pertama, hari raya kelapan, hari raya kesembilan, hari raya ke-10, hari raya ke-11. | Ejaan | 07.07.2015 |
Adakah penggunaan `baru-baru` dalam ayat berikut betul? ~Pengawas yang segak itu baru -baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. penggunaan kata`haluan` ~haluan ke rumahnya sangat sempit ~pakar bahasa diminta untuk menyemak haluan kata buku karangan penulis itu ~para peserta yang bertanding dalam kira cepat itu dikehendaki menjumlahkan angka-angka dalam masa yang ditetapkan ~jarang sekali dia balik ke kampung selepas pindah ke K.L ~penduduk taman itu menceritakan tentang masalah serangan anjing liar ~cikgu memaklumkan bahawa peperiksaan akan dijalan dalam masa 2 minggu | Pengawas yang segak itu baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. Laluan ke rumahnya sangat sempit. Manakala soalan-soalan yg lain, sila diolah semula agar pihak kami dapat bertindak selanjutnya. T.kasih. | Lain-lain | 11.09.2008 |
Salam sejahtera tuan/puan Untuk angka nombor 125 & 1895 (seperti dalam lampiran), jikalau digantikan dengan tulisan jawi, bagaimanakah penggunaannya (satu dua lima, atau pun seratus dua puluh lima dsb.) jikalau keseluruhan tulisan dibuat dalam jawi sahaja tanpa menggunakan angka nombor. Terima kasih. | Penulisan angka dalam Jawi sama seperti penulisan angka rumi iaitu 1 hingga 9. Oleh yang demikian, penulisan angka dalam lampiran yang disertakan sudah betul. | Lain-lain | 04.12.2020 |
Minta pihak tuan jelaskan cara menulis angka dalam penulisan. Bilakah masanya kita menggunakan angka, huruf dan kedua-duanya? | Penulisan nombor dalam ayat adalah seperti yang berikut: nombor dari satu hingga sembilan hendaklah dieja penuh, manakala nombor 10 dan keatas hendaklah ditulis dengan angka. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
penggunaan perkataan dan angka. Contoh: '....memberi tiga puluh (30) hari notis bertulis' Pertanyaan saya, perlu guna kedua-duanya atau guna salah satu. Jika guna perkataan 'tiga puluh' tak perlu lagi letak angka dalam kurungan. | Puan, Kedua-duanya boleh digunakan. Penggunaan angka adalah untuk memperjelas maksud yang hendak disampaikan. | Ejaan | 03.09.2010 |
Tuan, angka perlu ditulis terpisah dengan unit, seperti 2 m, 5 km, 2000 km/j, dan 100 oC, atau dieja bercantum dengan unit, iaitu 2m, 5km, 2000km/j, dan 100oC? | Dieja terpisah. | Lain-lain | 16.06.2015 |
Cara menulis angka dalam sebutan ayat yang betul dalam penulisan cek atau surat berkaitan kewangan. Adakah: 1. RM150.20 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh dan Dua Puluh Sen Sahaja); atau 2. RM150.20 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh dan Sen Dua Puluh Sahaja)? Mohon penjelasan kepada unit Sen samada perlu diletakkan di belakang atau di hadapan selepas perkataan dan. | 1. RM150.20 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh dan Dua Puluh Sen Sahaja.
| Tatabahasa | 26.06.2014 |