Nash, Beau (16741762) ialah peraga Inggeris yang terkenal dengan pakaiannya yang menarik dan gayanya yang anggun. Pada tahun 1704, dia menjadi pengacara majlis di Bath. Banyak bangunan dan jalan yang cantik di Bath, serta kejayaannya sebagai tempat peranginan adalah berpunca daripada pengaruh Nash. Nash lahir di Swansea dan diberi nama Richard Nash. Dia menuntut di Oxford University dan kemudian belajar undang-undang di Temple, London. Dia menjadi pegawai tentera dan juga seorang kaki judi. |