Kata |
Takrif |
Sumber |
anggun II | ® anghun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggun I | elok, tampan (pakaian, tingkah laku, gaya): elok bentuk mukanya, putih kuning cahaya warna kulitnya, hebat ~ jalannya; begitu ~ baju baldu hitam yg berpotongan kebaya itu; keanggunan keelokan, ketampanan: ia tersenyum mengagumi ~ perkembangan fikirannya sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anggun | elok, bergaya dan menarik (bkn cara berpakaian, tingkah laku, gaya): Dia kelihatan begitu ~ berpakaian begitu. keanggunan keadaan atau sifat anggun: Para penonton terpesona dgn ~ penyanyi itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
antun | sl anggun, kacak; orang ~ pesolek; berantun berhias, bersolek: sedikit bekerja, banyak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
apas I | sl anggun, kocak, tampan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
elegan | (élégan) tampan, rapi, anggun: dia kelihatan begitu ~ dgn mengenakan pakaian yg dicipta khas oleh pereka fesyen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaun | sj baju perempuan cara barat yg anggun atau utk pakaian formal; bergaun memakai gaun: dia ~ putih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cun II | bp 1. kata yg mengandungi konotasi padan, anggun, dsb utk dikaitkan dgn sesuatu sifat spt merdu, cantik: Wah, ~lah rambut awak! 2. tepat mengenai sasaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
elegance | n 1. dignified grace in appearance, movement, keanggunan, anggun: to walk with ~, berjalan dgn anggun; 2. good taste, design, style, etc, anggun, elegan: ~ of dress, baju yg anggun; 3. st elegant, (sst) yg /anggun, elegan/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
elegant | adj 1. graceful, refined, a. (gen) anggun, elegan; b. (in dress, movement, etc) anggun, bergaya, elegan: you look very ~ in your new uniform, kamu kelihatan anggun sekali dgn pakaian seragam yg baru; c. (in manners, life-style) berbudi bahasa, beradab: my father was an ~ aristocrat who always treated his servants politely, ayah saya ialah bangsawan yg beradab yg sentiasa memperlakukan orang gajinya dgn bersopan santun; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
soignée | adj anggun: she looks very ~ in her new dress, dia kelihatan sungguh anggun dgn baju barunya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
sleek | 2. elegant, uncluttered, stylish, anggun: as the ~ limousines drove up one by one, the fans rushed forward to get a glimpse of the movie stars, apabila limusin yg anggun tiba satu demi satu, peminat-peminat meluru ke hadapan utk melihat bintang-bintang filem itu; ~, slender girls who looked like models, gadis-gadis langsing yg anggun yg kelihatan spt peragawati; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
well dressed | adj (smart) berpakaian kemas; (elegant) berpakaian anggun: well-dressed women, wanita-wanita yg berpakaian anggun. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
posh | adj (colloq) 1. elegant, smart, mewah dan anggun: a ~ London restaurant, sebuah restoran yg mewah dan anggun di London; 2. (sometimes derog) upper-class,/spt, seolah-olah/ orang golongan atasan: shes so ~ these days, and has forgotten her old friends,dia seolah-olah orang golongan atasan sekarang ini, dan sudah lupa akan kawan-kawan lamanya; ~ talk,cakap spt orang golongan atasan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
haute couture | n busana anggun. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
inelegant | adj 1. lacking beauty, grace, tdk anggun; 2. coarse, crude, tdk manis: she made an ~ gesture, dia membuat gerak isyarat yg tdk manis. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
inelegance | n 1. lack of beauty, grace, tdk anggun; 2. coarseness, crudeness, tdk manis. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
particularly | 2. more than normally, sangat, begitu: she looks ~ chic this evening, dia kelihatan sangat anggun dan bergaya malam ini. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
ideal | ideal | ideal | anggun/ideal | Kesusasteraan |
well-made novel | novel rapi/novel sempurna | novel sempurna/novel rapi | novel anggun | Kesusasteraan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
anggun | gap [gap] | Melanau Dalat | |
ginin | anggun | TETAW | |
cun I | bp padan, anggun, cantik, dll. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
melan-melan Ib | kelihatan cantik, anggun, menawan daripada segi penampilan, atau rimbunan pokok. | Pada suatu hari Aji telah pergi menyumpit di tempat kayu ara yang tumbuh dua berkembar yang disebut sebagai pokok ara dapan melan-melan dimakan burung bedidi, pokok ara riong yang tumbuh bertentang berdekatan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
anggun | [ang.gun] | اڠݢون |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggun |
|
|