Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
MAT JENIN

MAT JENIN, cerita jenaka Melayu.  Biasanya cerita ini dituturkan pada waktu tertentu sebagai bahan hiburan.  Cerita ini bermula dengan watak Mat Jenin, seorang pemuda miskin yang kerjanya mengambil upah memanjat pokok kelapa.  Sambil memanjat pokok kelapa dia berangan-angan untuk menjadi kaya.  Upah yang diperoleh daripada memanjat pokok kelapa itu akan dibelinya ayam.  Ayam itu kemudian dijualnya dan dibelinya kambing.  Kambing itu dijual dan dibelinya lembu. Kemudian lembu itu dijual, lalu dia membeli kerbau.  Kerbau itu dikumpulkannya dan dibelinya rumah dan tanah.  Apabila kaya, dia akan berkahwin dengan puteri raja.  Oleh sebab terlalu gembira dengan angan-angannya, tangannya terlepas daripada memegang pelepah kelapa.  Dia jatuh ke tanah lalu mati.

SASTERAKarya
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angan-angan

Puisi
 

Pergi seberang berangan-angan,
     Membeli ikan ditimbang kati;
Banyak orang melarang jangan,
     Saya seorang mengikut hati.



Lihat selanjutnya...