Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
DUBUK

Dubuk ialah mamalia yang terkenal kerana

lolongannya yang aneh seperti hilaian orang yang

diserang histeria. Dubuk memburu haiwan sebagai

makanannya. Ia juga memakan sisa-sisa bangkai

haiwan.

UMUM
DUCCIO DI BUONINSEGNA

Dubuk ialah mamalia yang terkenal kerana

lolongannya yang aneh seperti hilaian orang yang

diserang histeria. Dubuk memburu haiwan sebagai

makanannya. Ia juga memakan sisa-sisa bangkai

haiwan.

UMUM
PERANG 1812

Perang 1812 ialah peperangan antara Great

Britain (kini dikenali sebagai United Kingdom)

dengan Amerika Syarikat. Ia merupakan peperangan

aneh yang mungkin boleh dinamakan sebagai

Perang Kesilapan Komunikasi. Dua hari sebelum

perang diisytiharkan, kerajaan British menyatakan

bahawa ia akan memansuhkan undang-undang yang

menjadi sebab utama meletusnya pertempuran.

Sekiranya wujud komunikasi telegraf antara

Amerika dengan Eropah, peperangan itu mungkin

boleh dielakkan.

UMUM
SPARK, MURIEL

Spark, Muriel (1918 ) ialah wanita British yang

terkenal kerana novel pendeknya. Spark mengisi

novelnya dengan dialog yang berjenaka, watak

aneh, dan peristiwa pelik. Unsur ini biasanya humor,

tetapi Spark mengolahnya untuk mendalami

persoalan moral dan agama yang serius.

UMUM
MIN MIN

Min min ialah nama yang diberi oleh Orang Asli

Australia kepada will-o-the wisp yang ditemui di

kawasan pedalaman Australia satu cahaya aneh

yang kadangkala terkatung-katung di udara di

kawasan tanah paya.

UMUM
KUMBANG TENGKORAK

Kumbang tengkorak atau dalam bahasa

Inggeris dinamakan Deathwatch ialah nama yang

diberi kepada beberapa jenis kumbang kecil

berwarna perang. Ia mempunyai tabiat aneh, iaitu

menghantukkan kepalanya pada kayu. Perbuatan

ini menghasilkan bunyi tik atau tap yang aneh.

UMUM
TAMAN NEGARA BRYCE CANYON

Taman Negara Bryce Canyon, yang terletak

di selatan Utah, Amerika Syarikat, merupakan salah

satu kawasan di dunia yang mengandungi batuan

yang berbentuk aneh dan warna yang cantik. Ia

meliputi 14 500 hektar wilayah Grand Canyon di

Dataran Tinggi Colorado. Namanya adalah

sempena nama Ebenezer Bryce, perintis yang

menetap di wilayah ini pada tahun 1875.

UMUM
DINESEN, ISAK

Dinesen, Isak (18851962) ialah nama pena

Baroness Karen Blixen-Finecke, pengarang

Denmark yang menulis dalam bahasa Inggeris dan

bahasa Denmark. Karya-karyanya membicarakan

manusia dan situasi yang aneh, tidak

munasabah dan ganjil.

UMUM
SURAH AL-KAHFI

Surah al-Kahfi ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-18 mengikut susunan surah-surah

al-Quran dan mengandungi 110 ayat. Surah

ini dinamakan al-Kahf (Ashab al-Kahf) kerana

kandungannya menceritakan mengenai mukjizat

Tuhan dalam sebuah kisah yang aneh dan ajaib,

iaitu kisah Ashab al-Kahf. Surah ini adalah surah

Makkiyyah, yang bertujuan memperbaik akidah

dan tauhid. Ia juga adalah salah satu daripada lima

surah yang bermula dengan perkataan

(alhamdulillah). Lima surah yang bermula dengan

(alhamdulillah) ialah surah al-Fatihah, al-Anam,

Saba, dan Fatir. Surah al-Kahfi bermula dengan

pujian kepada Allah S.W.T., memuliakan-Nya,

pengiktirafan keagungan dan kebesaran serta

kesempurnaan-Nya.

UMUM
NAMA PADANG

Nama padang mungkin memerikan bentuk

padang, kualiti dan lokasinya. Sesetengah padang

diberi nama mengambil sempena nama orang atau

peristiwa bersejarah. Nama seperti brade, balk, flat

dan shute merujuk kepada bidang tanah di padang

terbuka pada Zaman Pertengahan. Sesetengah

nama padang berasal daripada kata lama bagi

pastura dan kandang haiwan. Beberapa nama aneh,

nama julukan, dan nama ironik juga diberikan

kepada padang.

UMUM
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aneh