Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
manakah parkataan yang sesuai diguna antara diolah dan diulas?dan apakah perbezaan makna perkataan tersebut? | Kedua-duanya betul dan boleh digunakan bergantung kepada konteks ayat kerana membawa maksud yang berbeza. Olah ialah 1. cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku, tingkah: bagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? 2. perbuatan, buatan, kerja: ini sudah tentu ~ anak saya; bukan ~ bukan buatan, bukan main; 3. perbuatan yg aneh-aneh, canda, tingkah: orang tua yg banyak ~nya; Ulas pula ialah juru~ orang yg menghuraikan (mengupas) sesuatu, jurutafsir; | Lain-lain | 14.08.2010 |
Mengapakah bahagian 'kamus sains' prpm begitu aneh dan tidak tersusun? | Sila gunakan kamus bahasa Melayu bagi mencari huraian sesuatu istilah. Kamus Sains masih lagi tidak boleh digunakan kerana sistem tidak dapat mencari istilah yang dicari. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. | Lain-lain | 15.03.2019 |
Apakah fungsi Kamus Thai Melayu Dewan dan Kamus Sains dalam PRPM? Formatnya aneh dan tidak mesra pengguna. | Kamus Thai Melayu Dewan dan Kamus Sains masih lagi belum digunakan. Sila gunakan kamus bahasa Melayu untuk membuat carian tentang sesuatu istilah. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi. | Lain-lain | 15.03.2019 |
Selamat petang. 1.Adakah "batu nadir" boleh digunakan untuk menghuraikan batu yang luar biasa yang jarang didapati? 2.Apakah nama yang sesuai untuk batu-batu aneh yang besar yang digunakan sebagai hiasan di dalam taman bunga? Terima kasih. | - Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, nadir bermaksud:
i. perahu (di Melaka); ii. titik paling rendah bagi sesuatu jasad cakerawala, yang terletak langsung di bawah kaki pemerhati; iii. bahasa Arab: jarang ada atau didapati ganjil. Oleh itu, “batu nadir” sesuai digunakan untuk menghuraikan batu yang luar biasa dan jarang didapati. - Untuk makluman tuan, berdasarkan carian dalam pangkalan data kami, tiada nama khusus yang sesuai digunakan bagi batu-batu aneh yang besar yang digunakan sebagai hiasan di taman bunga. Walau bagaimanapun, batu-batu yang digunakan dalam tujuan landskap kebiasaannya hanya disebut sebagai batu hiasan. Carian dalam pangkalan data kami juga, terdapat istilah batu monumental dalam bidang landskap iaitu blok batu yang luar biasa besarnya seperti batu yang digunakan sebagai batu peringatan, pembinaan air terjun atau mercu tanda. Untuk membantu tuan menyelesaikan hal berkaitan ini, tuan disarankan untuk membuat lebih banyak rujukan di perpustakaan atau boleh merujuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
| Lain-lain | 26.01.2021 |
Saya baru sahaja temukan perkataan alusmitai dalam pangkalan PRPM sebagai padanan kepada cotton candy. Bunyinya agak aneh bagi telinga Melayu saya, boleh saya tahu asal - usul perkataan tersebut? | Perkataan “alusmitai” terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan istilah bidang pentadbiran perniagaan, namun tidak dinyatakan asal-usulnya. | Istilah | 19.06.2018 |
Apa khabar, saya ingin bertanya tentang padanan istilah right-handedness iaitu 'penganan'. Padanan tersebut terdaftar dalam senarai Istilah Malaysia dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Adakah padanan ini tepat? Saya berasa aneh apabila merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Ke-4 di mana peganan diberi takrif berbagai-bagi jenis kuih dan kudap - kudapan. Harap diberi pencerahan. Terima kasih. | Untuk makluman, pengangan yang membawa maksud berbagai-bagai jenis kuih dan kudap-kudapan merupakan kata umum, manakala penganan yang merujuk kepada right-handedness pula ialah istilah yang membawa maksud orang yang menggunakan tangan kanan. | Istilah | 19.01.2018 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris scrupulousity / scrupulosity? Scrupulousity ialah sejenis penyakit psikiatri OCD melibatkan perasaan takut melampau yang tidak normal terhadap dosa dan keredaan Tuhan, diiringi dengan ritual yang "aneh pada orang ramai" untuk menghilangkan rasa takut tersebut. Adakah boleh diterjemahkan kepada "waswas"?, "waswasah"?, Ataupun skrupel? Ataupun terus kepada skrupulositi? | "Scrupulosity" dipadankan sebagai skrupulositi dalam istilah perubatan bahasa Melayu. | Istilah | 13.07.2020 |
Ada tak perkataan 'anekdot' dan apakah maksudnya secara terperinci? | Perkataan anekdot bermaksud kisah yang ringkas dan biasanya agak lucu tentang sesuatu kejadian (peristiwa) atau kisah pendek yang benar, lucu, aneh dan menarik tentang sifat atau fikiran khusus seseorang tokoh. | Makna | 07.09.2009 |
Nyatakan sama ada ayat yang dinyatakan menepati sistem tatabahasa yang sepatutnya? Jika tidak berikan sebab dan ayat yang sebetulnya. 1. Mereka mempamerkan ciri-ciri kanak-kanak autistik yang sebenar : suka bersendirian, tidak boleh bergaul langsung dengan kanak-kanak lain, menunjukkan tingkah laku aneh yang tidak boleh menggunakan atau memahami bahasa. 2. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. 3. Antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain... 4. ... ibu bapanya akan lebih sukar menjaganya. | Ayat 2 sepatutnya: Autisme ialah sejenis penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Dalam ayat ini, ejaan autisma sepatutnya autisme dan penggunaan kata sendi nama "ialah" hendaklah diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. Manakala kata "adalah" hadir di hadapan atau sebelum kata adjektif atau kata sendi dalam sesuatu ayat. Misalnya; Wang yang dikumpulkan itu adalah untuk tujuan amal. Ayat 3; agak mengelirukan, sepatutnya "Antara satu keluarga dengan keluarga yang lain” | Tatabahasa | 24.02.2009 |
Salam, saya ingin mengetahui jika terdapat terma dalam Bahasa Melayu bagi perkataan "queer" (dalam konteks LGBT). Terima kasih | Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan perkataan bahasa Inggeris queer bermaksud aneh atau pelik. | Makna | 22.08.2021 |