Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
6.Apakah perbezaan antara perkataan kunci dengan anak kunci? Mengapakah perkataan anak digunakan sebelum kunci dan apakah maksud yang dibawa olehnya? 7.Sebahagian daripada buku di dalam kotak kepunyaan Ali, Sebilangan daripada buku di dalam kotak kepunyaan Ali. Ayat manakah yang betul? Apakah perbezaan antara sebilangan dengan sebahagian. Bolehkah penggunaan kedua-dua perkataan tersebut ditukar ganti? 8.Jemput datang ke rumah saya kerana saya akan mengadakan kenduri kesyukuran, Sila datang ke rumah saya kerana saya akan mengadakan kenduri kesyukuran. Ayat manakah yang betul? Bolehkah jemput dan sila ditukar ganti? 9. Sila betulkan kesalahan dalam ayat berikut: Elok agak kita ke kantin untuk membeli makanan. 10.Apakah maksud kata ganda tepi-tepian? Bagaimanakah penggunaannya dalam ayat? Sila berikan contoh yang sesuai. Sila berikan tunjuk ajar. Tunjuk ajar pihak dbp amat dihargai. Terima kasih.

Jawapan

 

1.   Sila lihat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat untuk memahami maksud kunci dan anak kunci:

1.    alat yg terdiri daripada mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) untuk mengancing sesuatu (seperti pintu, peti, beg, dan lain-lain): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yang dimasukkan ke dalam lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) untuk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dan lain-lain), alat yang dikancingkan atau dipasang pada pintu dan lain-lain dan dapat dibuka dengan anak kunci.

 

2.    Kedua-dua sebilangan dan sebahagian boleh digunakan untuk ayat tersebut. Kedua-duanya boleh ditukar ganti mengikut konteks ayat. Sebahagian bermaksud separuh atau setengah. Sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak.

 

3.    Jemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat: Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yang pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dengan hormat supaya ..., jemputlah, sudilah:

 

4.    Ayat yang lebih baik boleh ditulis begini: Elok kita ke kantin untuk membeli makanan atau Baik kita ke kantin untuk membeli makanan.

 

5.    Dalam data kami tiada kata ganda tepi-tepian.  Yang ada hanya tepi-tepi atau tepian sahaja.  Contoh ayat:  Batu-batu yang cantik ini dipungut di tepi-tepi sungai. Tepian bermaksud 1. tempat mandi di tepi sungai; tempat yang di tepi sesuatu (sungai, laut dan lain-lain) atau 2. bahagian tepi sesuatu benda: Lanset ialah pisau pembedahan yang mempunyai dua tepian tajam dan hujung yg menirus

 

Lain-lain30.10.2014
Salam Tuan/Puan Bolehkah pihak DBP memberi komen kepada hasil nukilan saya seperti di bawah. Untuk pengetahuan pihak DBP saya tidak berapa pasti apakah hasil nukilan saya ini puisi atau sebaliknya. Saya juga ingin mendapatkan komen daripada pihak DBP sama ada hasil nukilan ini layak untuk di siarkan di mana-mana majalah atau surat khabar. Terima kasih dengan komen yang akan diberikan. Anak-anakku kau umpama cahaya matahari Yang tidak pernah jemu menyinari bumi Begitu juga kalian menyinari kehidupan ayah dan umi Anak-anakku Kecerian terpancar di wajah dan senyum di bibir kalian Sungguh mendamaikan dan menyejukkan umpama air sungai yang mengalir tenang Anak-anaku Kaulah harta yang paling bernilai di dunia ini Diri kalian tidak boleh di jual beli Jika hilang tidak akan muncul kembali Anak-anakku tanpamu kalian di sisi umpama langit yang gelap yang tidak berbintang penuh diselubungi awan hitam Anak-anakku Ayah dan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian Agar menjadi anak-anak yang soleh dan taat Dengan perintah TuhanWaalaikumsalam puan, Bagi mendapatkan sebarang ulasan  entang hasil nukilan puan, sebaik-baiknya puan hantarkan puisi tersebut mengikut format puisi yang sebenar kepada e ditor Dewan Sastera di Bahagian Majalah DBP, atau fadhli@dbp.gov.my.  Setiap puisi yang dihantar perlu dinilai terlebih dahulu oleh editor bagi memastikan bahawa puisi tersebut menepati kriteria yang ditetapkan dan sesuai untuk diterbitkan.Terima kasih.Lain-lain30.11.2013
Assalamualaikum. Jawapan yang diberi oleh panel DBP bertarikh 18.07.2018 saya rujuk. [Dengan ini, kita dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam menjalankan urusan rumah tangga]. Soalan saya, dalam bahasa Melayu, "dalam" hanya ada 3 fungsi setakat ini, iaitu sebagai: 1. Kata adjektif Contoh; Air sungai itu dalam dan deras. 2. Kata sendi nama Contoh; Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi anak-anak. (selepas "dalam" KN) 3. Kata arah Contoh; Baju itu ada di dalam almari. Setakat ini, Tatabahasa Dewan dan Nahu Mutakhir belum lagi memasukkan "dalam' sebagai kata hubung keterangan. Oleh hal yang demikian, jawapan yang diberikan oleh DBP [dalam menjalankan urusan rumah tangga] itu mengikut rumus apa? Saya memerhatikan bahawa ramai pengguna bahasa Melayu sekarang ini cenderung menggunakan "dalam" selepasnya kata kerja. Adakah ayat itu gramatis? atau pengguna bahasa perlu menambah kata "usaha" seperti dalam usaha menjalankan urusan rumah tangga. Mungkin boleh juga digantikan dengan tatkala atau ketika. Sekian, harap maklumKami bersetuju dengan pandangan tuan, kata "dalam" hanya berfungsi sebagai kata sendi nama, kata adjektif dan kata arah. Oleh itu, ayat yang betul ialah "... dapat mengurangkan beban ibu bapa untuk menjalankan urusan rumah tangga." Kami mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dalam jawapan kami sebelum ini.Tatabahasa18.04.2019
Adakah ayat di bawah salah: 1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. 3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. 4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Pada pendapat saya, 3 & 4 tidak mempunyai kesalahan tetapi 1 & 2 sepatutnya, 1. Tiap-tiap/ Setiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak mematuhi larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. atau ( patuh akan larangan ) Apakah pendapat tuan/ puan. Terima kasih.1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. Betul kerana tiap sama dengan setiap dan tiap-tiap.
2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. Salah, yang betulnya ... tidak mematuhi larangan ....
3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. Tiada kesalahan.
4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Tiada kesalahan.

Tatabahasa17.10.2012
apakah karya terbaru elias haji idris? apakah anugerah yang ernah dirangkul oleh beliau? apakah laman web yang menceritakan tentang beliau secara terperinci?

Sdr.

Karya terkini Elias Hj. Idris adalah  Kembang tak jadi, Anak perempuan kabaret, Tebingan sungai, dan  Musim buah-buahan 2007). Karya tahun 2008 adalah Gadis terbuang, Semadi cinta di Kuala Lumpur, Luka siapa dan 2 judul buku politik iaitu Siapa PM selepas ini dan 51 dalil Anwar jadi PM. Beliau adalah penerima Anugerah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia - Novel Terbaik 1994 bagi buku Kehilangan dan Anugerah Kerajaan Negeri Perak - Novelis Perak 1995.

Lain-lain17.03.2008
Selamat pagi, Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang perbezaan maksud dan cara menggunakan perkataan berikut: dekat dan berdekatan. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dekat bermaksud:
1. tidak jauh jaraknya atau antaranya dari, hampir. Contohnya, 'rumahnya dekat dengan kedai'; 'Sungai Siput letaknya dekat sahaja dengan Kuala Kangsar'.
2. hampir (berkenaan waktu, masa, jumlah, dll). Contohnya, wang yang dikumpulkannya sekarang ini sudah dekat seribu ringgit.
3. tidak lama lagi, hampir (akan berlakunya sesuatu). Contohnya, 'Peperiksaan akhir tahun sudah dekat'. 
4. rapat (berkenaan hubungan persaudaraan, persahabatan dll), karib Contohnya, 'penghulu kampung itu dekat benar dengan anak buahnya.' 

Berdekatan pula bermaksud berada atau terletak dekat (dengan sesuatu tempat), berhampiran. Contohnya, rakit itu kemudiannya dihanyutkan dihanyutkan ke dalam sungai  yang berdekatan.'
Makna20.01.2012
APAKAH PERBEZAAN SETAKAT DAN SEHINGGA? BAGAIMANAKAH PENGGUNAANNYA?Perkataan setakat, yang kata akarnya ialah takat digunakan bagi sesuatu had atau peringkat  pada sesuatu ukuran.

Contoh: Dalamnya sungai itu takat pinggang sahaja; 

            Setakat  itu saja yg dapat saya ceritakan.
            
            Setakat manakah hasil yang didapati daripada pengajaran yang telah diberi­kan?


Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa , waktu atau tempat.

Contoh : Pegawai itu berjaga hingga pagi.
            Anak-anaknya belajar hingga peringkat universiti.


Manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan.

Contoh : Kami akan bersama-sama sehingga akhir hayat.
               Pasangan itu berjanji akan setia sehingga hujung nyawa.
Tatabahasa08.05.2015
Nenek merebus ubi kayu itu sehingga_____untuk dibuat kuih lepat ubi. a. Lembut b. Lemau c. Lembik d. Empuk apakah jawapan? Apakah perbezaan antara keempat-empat pilihan di atas?Jawapan yang sesuai ialah empuk. Keempat-empat perkataan ini ada maksud tersendiri yang bergantung kepada konteks penggunaan:
 1. Lembut - tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit.
2. Lemau - tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian
3. Lembik - terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebab­kan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan.
4. Empuk - lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu.
Makna03.05.2014
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih.Ayat tersebuat semua betul. Makna mengikut ialah 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat).Tatabahasa12.04.2010
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak sungai

Puisi
 

Anak punai anak merbah,
     Terbang bersama membuat sarang;
Anak sungai lagi berubah,
     Inikan pula hati orang.



Lihat selanjutnya...