Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah ayat-ayat di bawah adalah betul? 1. Rambut Ani, adik bongsu Ana terlalu amat hitam. (Adakah kata penguat amat dan terlalu boleh hadir serentak?) 2. Kakak memasukkan beberapa biji ais ke dalam minumannya. (Adakah penjodoh bilangan bagi ais ialah biji?) Sekian, terima kasih.Ayat Rambut Ani, adik bongsu Ana terlalu amat hitam tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah ... teramat hitam atau ... amat hitam sekali.Tatabahasa13.06.2012
nak wat ayat beraku mcm ana ?? tanpa tmbh imbuhanSila kemukan soalan dengan jelas dan menggunakan bahasa Melayu yang boleh betul.Tatabahasa13.02.2013
Saya berminat tentang sebuah karya klasik Melayu lama berjudul Hikayat Raja Muda, bolehkah saya dapatkan maklumat dan nasihat mengenainya?

Hikayat Raja muda ialah salah sebuah cerota Penglipur Lara. Hikayat ini telah diceritakan semula oleh Pawang ana dan dicatat oleh Raja Haji Yahya dari Perak. Hikayat ini kemudian telah diterbitkan oleh Oxford University Press pada tahun 1964 berdasarkan naskhah R.O Winstesdt dan A.J Sturrock. Untuk membuat rujukan tentang Hikayat Raja Muda ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3 DBP, Kuala Lumpur atau ke Perpustakaan Negara Malaysia.

 

Lain-lain29.09.2008
Assalamaualaikum, Manakah yang betul Soalan 1 a.Panduan Untuk Bakal Suami Isteri b. Panduan untuk Bakal Suami-Isteri c.Panduan Untuk Bakal Suami -isteri Soalan 2 al-Quran ATAU Al-Quran Soalan 3 a.Nasihat Kepada Anak-Anak b.Nasihat kepada Ana-anak Soalan 4 ibu bapa ibu-bapa Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah: 1. Panduan untuk Bakal Suami dan isteri; 2. al-Quran;  3. Nasihat kepada Anak-anak; dan 4. ibu bapa.Tatabahasa25.01.2012
Apakah berbezaan antara akronim dan singkatan? adakah kedua duanya membawa maksud yang seerti atau kedua duanya mempunyai fungsi yang berlainan. melalui pembacaan, saya dapati maksud kedua dua akronim dan singkatan adalah hampir sama. harap pihak tuan dapat memberikan saya penerangan lanjut berkaitan hal ini. sekian terima kasih ana

Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata). Singkatan pula merupakan perkataan tertentu yang disingkatkan sewaktu menulisnya dan hendaklah berhati-hati supaya tidak mengelirukan makna. Contohnya KSU (Ketua Setiausaha), cm (sentimeter), kg (kilogram), KL (Kuala Lumpur), Nov. (November), bil. (bilangan), dgn. (dengan), dll. (dan lain-lain).

Tatabahasa26.04.2010
apakah perbezaan penggunaan kata dapat dan boleh? bagaimanakah untuk bezakan situ dan sana,

"Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki).

Situ = (kata yang menunjukkan) tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara) manakala sana = tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Untuk keterangan lanjut boleh rujuk Kamus Dewan edisi ke-4.

Makna12.08.2009
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ana