Tolong betulkan kalau ada kesalahan. (a) Kata ganda yg membawa maksud tunggal atau satu (frasa nama) Tambah perkataan banyak/ramai/semua yg membawa maksud jamak(lebih drpd satu) (1) biri-biri (2) gula-gula (3) orang-orang (4) kura-kura (5) rama-rama / kupu-kupu (6) ampai-ampai / ubur-ubur (7) kanak-kanak (8) jentik-jentik (9) anai-anai (10) api-api / kelip-kelip / kunang-kunang (11) sumpah-sumpah (12) labi-labi (13) langit-langit (14) labah-labah (15) angkut-angkut (16) labu-labu (17) ubun-ubun (18) undang-undang (19) ura-ura (20) beri-beri (21) oleh-oleh (22) jemput-jemput (23) agar-agar (24) cita-cita (25) epok-epok (26) gado-gado (27) kuda-kuda / para-para (28) dekak-dekak (29) siku-siku (30) tupai-tupai (31) layang-layang (32) mata-mata (33) patung-patung (34) orang-orang | Kata ganda ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, separa atau berentak. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM. | Tatabahasa | 21.01.2022 |
"Obor-obor" (ejaan perkataan yang digunakan merata-rata) tiada dalam Kamus Bahasa Melayu - kerana rupa-rupanya, ejaan sebenarnya ialah "ubur-ubur". Tapi di bahagian Istilah MABBIM, perkataan "obor-obor" pula digunakan. Boleh beri pencerahan tentang ejaan ini? Terima kasih. | Menurut kamus terbitan terkini DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1554 dan 2454): obor-obor ubur-ubur ubur-ubur1 kata nama haiwan laut tidak bertulang belakang, berbadan lembut dan kebanyakannya lut sinar, bentuk badannya seperti payung yang terbuka, bersesungut terjurai ke bawah, dan sesetengah spesies mempunyai sengat yang beracun untuk menangkap mangsa dan mempertahankan diri; sinonim: ampai-ampai; lambur; Nama saintifik: Rhopilema esculenta Kata padanan bagi jelly fish yang telah disepakati MABBIM juga pengesahan pakar bidang Perikanan, Sains Marin dan Geografi ialah ubur-ubur atau ampai-ampai. Kami mengambil maklum tentang hal ejaan kata ini. | Ejaan | 24.05.2023 |