Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MENGAWAL BERAT BADAN | Mengawal berat badan ialah proses mengawal amaun lemak badan. Ia berdasarkan kaitan antara amaun makanan yang dimakan oleh seseorang dengan amaun senaman yang dilakukannya. Semakin kurang seseorang makan dan semakin banyak senaman dilakukan, semakin kurang lemak dalam badan. Mengawal berat badan mempunyai kepentingan perubatan kerana menjadi obes (terlalu gemuk) boleh membawa kepada masalah kesihatan yang teruk. Masalah emosi dan sosial yang serius juga boleh berlaku akibat keobesan. | UMUM | |
REOSTAT | p> Reostat ialah alat yang menaikkan atau menurunkan amaun rintangan dalam sesuatu litar elektrik. Dengan mengubah amaun rintangan, reostat mengawal aliran arus elektrik melalui sesuatu litar. Banyak jenis reostat digunakan dalam motor elektrik, pemancar radio, penjana, dan lainlain jenis kelengkapan elektrik. | UMUM | |
SPIROMETER | Spirometer ialah alat untuk mengukur amaun udara apabila seseorang bernafas. Doktor menggunakan spirometer terutamanya untuk mendiagnosis gangguan pernafasan tertentu dan untuk menilai rawatan. | UMUM | |
KELEMBAPAN | Kelembapan ialah istilah yang memerikan amaun wap air dalam udara. Kelembapan berbeza-beza mengikut suhu dan tekanan udara. Semakin panas udara, semakin banyak wap air boleh ditampung. Apabila udara mengandungi sebanyak wap air yang boleh ditampung pada suhu dan tekanan tertentu, udara dikatakan tepu dengan wap air. | UMUM | |
MOL | Mol ialah unit yang digunakan dalam kimia untuk mengukur amaun sesuatu bahan. Satu mol bahan mengandungi kira-kira 602 213 670 000 000 000 000 000 (602.214 bilion trilion) entiti unsur yang membentuk bahan itu. Entiti ini mungkin molekul, atom, ion, elektron, atau zarah subatom yang lain, atau kumpulan zarah. Bilangan yang besar ini dikenali sebagai Avogadro constant, sempena nama ahli fizik Itali, Amedeo Avogadro. | UMUM | |
MESIN DAFTAR TUNAI | Mesin daftar tunai ialah mesin yang merekod dan memaparkan amaun jualan. Kebanyakan mesin daftar tunai mempunyai laci untuk menyimpan wang tunai. Apabila juruwang merekodkan sesuatu jualan dalam mesin daftar tunai, harga pembelian tertera di jendela paparan di mesin tersebut. Mesin daftar tunai ini juga mencetak resit butiran yang mencatatkan rekod penjualan untuk kegunaan pelanggan. | UMUM | |
MARL | Marl ialah nama biasa bagi batu lumpur berkapur, iaitu sejenis batuan yang mengandungi amaun tanah liat dan kalsit atau dolomit yang hampir- hampir sama. | UMUM | |
KEGRAVITIAN | Kegravitian ialah daya tarikan yang bertindak di antara semua objek kerana jisimnya iaitu, amaun jirim bahan yang membentuknya. | UMUM | |
KEMARAU | Kemarau ialah keadaan yang berlaku apabila purata hujan bagi sesuatu kawasan turun jauh di bawah amaun normal bagi tempoh yang lama. Anak sungai, kolam, perigi sering kali kering semasa kemarau. Bekalan air untuk kegunaan pertanian, perindustrian dan persendirian berkurangan dengan banyak. Biasanya tanah atas yang kering dan berderai terbang ditiup angin panas kering (lihat Ribut debu). Di kawasan yang tidak diairi kekurangan hujan menyebabkan tanaman ladang menjadi layu dan haiwan ternakan mati. | UMUM | |
KECEKAPAN | Kecekapan, dalam bidang kejuruteraan dan fizik, ialah nisbah kerja yang dihasilkan oleh mesin dengan amaun tenaga yang dimasukkan ke dalam mesin. | UMUM | |