Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah terjemahan "outstanding amount" dalam bahasa malaysia. Outstanding amount yang dimaksudkan adalah merangkumi bayaran/ansuran terdahulu yang mungkir dibayar dan bayaran semasa yang masih belum dibayar. Bagi menceritakan dua keadaan tersebut, adakah terjemahan "outstanding amaun" adalah "amaun tertunggak"?. Terima kasih. | Padanan outstanding amount ialah amaun berbaki. | Tatabahasa | 24.05.2012 |
at the moment, at this amount | pada masa itu, pada amaun ini | Lain-lain | 23.02.2009 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin meminta bantuan untuk istilah yang tepat bagi istilah inggeris 'turnover' atau pemberhentian pekerja/ahli dalam sesebuah organisasi. Terima kasih. | Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin meminta bantuan untuk istilah yang tepat bagi istilah inggeris 'turnover' atau pemberhentian pekerja/ahli dalam sesebuah organisasi. Terima kasih. Dalam istilah perniagaan istilah 'turnover' diberi padanan 'pusing ganti' yang dihuraikan sebagai 'amaun urus niaga perniagaan bagi sesuatu tempoh masa, seperti sejam, sehari sebulan dan sebagainya. Terdapat istilah 'labour turnover' yang diberi padanan ' pusing ganti buruh' yang dihuraikan sebagai 'aliran keluar masuk pekerja dalam sesuatu organisasi dalam tempoh tertentu'. | Istilah | 29.05.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata amaun |
|
|