Menganyam Kedukaan MENGANYAM KEDUKAAN Kalau buah dadaku tidak cukup menjadi pernyataan kedewasaanku, lihatlah punggungku. Aku sendiri bagai nak terseliuh urat leher berpaling ke kananpusing ke kin memer- hatikannyadi hadapan cerminpanjang di dinding almari baju setiap kali aku mendengar pujian lelaki nakal dan celopar. Setakat mni aku tidak marah kepada mereka. Buat apa marah- marah kepada orang yang ada hak sendiri untuk bersuara, untuk dijadikan tempat bergan- rung. Tentang kejujuran, kedua-duanya jujur, sekurang- kurangnya terhadap dirikudan padapenilaianku. Lainlah kalau kedua-duanya atau salah seorang daripadanyapandai bersandi- wara. Rosli sudah mengatakan sikapnya. ‘Perempuan bagiku, pakaian lelaki.’ Begitu mudah? Begitu kompleks sebenarnya. Tafsiran pakaian itu tidakiab seperti baju atau seluar tetapi sebagai manusia yang harus dijadikan hak milik yang halal,dijadikan ibu, dibimbing supaya mendidik anak
|
|
|