Kata |
Takrif |
Sumber |
alim-alim kucing | pura-pura alim; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
al-Alim | (al-Alim) Ar Yang Maha Mengetahui (satu drpd 99 nama Allah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alim | 1 pandai dlm hal agama; mempunyai pengetahuan: ~ ulama orang-orang yg pakar dlm hal-hal agama. 2 sungguh-sungguh mengerjakan perintah Allah; soleh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alim II | sj damar yg dipakai utk ubat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alim ulama | pakar-pakar agama Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alim | 1. pandai dlm hal agama; mempunyai pengetahuan: ~ ulama orang-orang yg pakar dlm hal-hal agama. 2. sungguh-sungguh mengerjakan perintah Allah; salih. | Kamus Pelajar |
kiai | Jw 1. gelaran bagi alim ulama Islam; 2. orang yg berpengetahuan tinggi dlm hal-hal agama Islam, alim ulama; 3. gelaran bagi guru ilmu ghaib (tasawuf): ~ Salleh dikatakan boleh menjadikan orang kebal; 4. ketua atau pegawai daerah (di selatan Kalimantan); 5. panggilan bagi sesuatu (benda, senjata, dll) yg bertuah; ~ Tunggulwulung panggilan bagi bendera pusaka di istana Jogjakarta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alim I | 1. mempunyai pengetahuan yg mendalam tentang agama Islam di samping memiliki sifat warak, zuhud, dan takwa: meminta petunjuk dan nasihat mengenai hukum agama drpd orang yg ~; ~ ulama pakar-pakar agama Islam; 2. patuh kpd ajaran agama (Islam) serta rajin beribadat, soleh: ayahnya seorang yg ~; 3. bp sangat baik sifat dan akhlaknya (spt orang alim): nampaknya ~, rupanya orang bangsat; ~-~ kucing pura-pura alim; kealiman 1. perihal (sifat) mengetahui dgn mendalam mengenai agama, perihal sungguh berpengetahuan (tentang agama); 2. kepatuhan kpd ajaran agama (Islam) serta kesungguhan beribadat, kesolehan; 3. bp kebaikan tingkah laku (sifat dan akhlak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malim | 1 orang yg alim ttg agama Islam; ulama. 2 penunjuk jalan; pemimpin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ijmak | kesepakatan pendapat antara alim ulama berhubung dgn sesuatu masalah (hal agama dll) dgn berdasarkan Quran, hadis atau qias. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
good | b. (of food, taste, smell) sedap, enak: this soup tastes ~, sup ini sedap rasanya; c. (of fire) menyala dgn /baik, elok/; d. (of view) dgn /jelas, terang/: we have a ~ view of the harbour, kita dapat melihat pelabuhan itu dgn jelas; 2. not decayed, broken, damaged, etc, baik, elok, bagus; (of teeth) sihat, kuat: is the meat still ~?, daging ini masih elok?; ~ eyesight, penglihatan yg baik; 3. virtuous, morally admirable, baik: a ~, pious woman, perempuan yg baik dan alim; do a ~ deed, berbuat /amal, baik/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
nazam | nazam | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris mengikut gaya timbangan syair Arab. Setiap baris itu mempunyai persamaan bunyi di hujungnya. Secara umumnya, puisi ini tidak begitu popular dalam kalangan alim ulama. Mereka mencipta nazam dengan melagukannya sebagai puji-pujian, khususnya terhadap Nabi Muhammad SAW. Contohnya, sebahagian daripada nazam Pujio atau Jawahir Sunniah oleh A.H. Edrus (Persuratan Melayu 2, 1960): Muhammad yang dibangkitkan akan dia, Dengan surah tauhid Tuhan yang sedia. Pada masa sangat umum syiriknya, Dengan sebab sangat banyak jahilnya. Maka menunjuklah ia akan kita, Dengan bujuk lagi nasihat yang nyata. Tunjuk pula hingga perang dengan pedang, Maka nyatalah agama putih terang. Mudah-mudahan membalas akan dia, Dengan baik bagi pihak yang mulia. Istilah nazam berasal daripada bahasa Arab nazm yang bermaksud susunan. |
huitain | huitain | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lapan baris dalam satu rangkap. Teromba atau sesomba adalah bentuk puisi lama yang menggunakan bentuk huitain ini. Contohnya, Jika cerdik teman berunding Jika bingung disuruh arah Yang buta disuruh menghembus lesung Yang patah disuruh menunggu jemuran Yang pekak disuruh mencucuh meriam Yang berani dibuat kepala lawan Kalau kaya hendakkan emasnya Kalau alim hendakkan doanya. |
prediction/ forecast | ramalan | Kesusasteraan | Tiada | Jalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT. |
exemplum | cerita moral | Kesusasteraan | Tiada | Cerita pendek tentang sesuatu watak atau peristiwa yang mengandungi pengajaran moral yang lebih umum. Cerita moral biasanya mudah difahami dan menampilkan kisah atau perbuatan seseorang tokoh atau kejadian sesuatu peristiwa. Cerita moral membawa unsur nasihat dan pengajaran seperti nilai baik, pemurah, berani, sabar dan rajin. Contohnya, seorang pencerita ingin menyampaikan tema umum tentang cerita Orang Tamak Selalu Rugi. Tema cerita akan dihuraikan dengan beberapa contoh cerita yang berkaitan dengan kisah orang yang rugi akibat bersifat tamak. Ada juga kisah yang bersifat negatif seperti perbuatan jahat, kedekut, penakut, pemarah dan zalim. Kisah negatif dijadikan perbandingan dengan ciri-ciri perbuatan positif seperti sifat baik dan mulia. Dari segi sejarah di Eropah, cerita moral berasal daripada cerita nasihat yang terdapat dalam syarahan agama yang diberikan oleh paderi di gereja yang wujud pada akhir abad pertengahan. Contoh koleksi cerita moral yang terkenal ialah Teh Nuns Priests Tale oleh Chaucer. Cerita moral banyak terdapat dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional, khususnya dalam karya kitab agama Islam. Pengarang kitab zaman silam sering menghuraikan sesuatu perkara yang berkaitan dengan nilai moral manusia dengan selingan cerita nasihat bersumberkan pelbagai kitab Arab, khususnya yang berkaitan dengan kehidupan para nabi, ulama, raja dan orang alim. Cerita moral juga menjadi bahan penceritaan yang penting dalam sastera kanak-kanak untuk menyampaikan pengajaran kepada golongan pembaca berkenaan. Lihat juga anekdot, fiksyen moral. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
alim | sejenis buah dalam golongan embacang | - | - | - | - | - | Flora dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
alim | alim [alim] | Melanau Dalat | |
warak | alim [alim] | Melanau Dalat | |
rahib | alim [alim] | Melanau Dalat | |
kudus | alim [alim] | Melanau Dalat | |
alim | alim; | kedayan | |
alim | alim. | Melanau Mukah | |
keramat | alim keramet [alim kramt] | Melanau Dalat | |
halim | alim; ~-~ biha ki pura-pura alim, berpura-pura alim. | Melanau Mukah | |
alim, jak | alim | TETAW | |
alim | ~ ulama alim ulamak. | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
alim | [Öa.lim]/[a.lim] | عاليم |
alim (berilmu) | [Öa.lim]/[a.lim] | عاليم |
alim (sj damar) | [a.lim] | اليم |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata alim |
|
Puisi |
---|
|
Tak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam.
Lihat selanjutnya... |
|