Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Puan Kamaria meletakkan ______di hadapan pintu masuk rumahnya. A. Alas kaki B. Alas pintu Apakah jawapan bagi soalan ini? Sila berikan penjelasan. Terima kasih | Jawapan yang betul ialah A. alas kaki . Untuk makluman, perkataan "alas pintu" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. "Alas kaki" merupakan padanan bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris "door mat". | Makna | 13.01.2014 |
roller bearing galas atau alas? dalam PRPM terdapat dua definisi ini, alas untuk roller adakah betul | 3. Menurut kamus bahasa Melayu DBP, alas bermaksud (Kej) bahagian-bahagian di dlm enjin yg memusingkan suatu gandar atau yg memegang gandar yg berpusing; . Oleh itu penggunaan yang tepat bagi roller-bearing ialah Alas Penggulling. | Istilah | 21.02.2019 |
Salaam. Apakah ada terma khas untuk "soft furnishing"? Jika dialih bahasa secara literal, soft furnishing bermaksud perabot lembut iaitu maksudnya kurang tepat. Soft Furnishing biasanya merujuk kepada barangan di dalam rumah seperti karpet, bantal, langsir, kelambu, alas kaki, alas kerusi & meja, dan sebagainya. Biasanya soft furnishing di perbuat dari benang, kapas, sutera dan sebagainya. Soalan saya, apakah terma yang sesuai dalam bahasa melayu yang merujuk kepada "soft furnishing"? Kerana menggunakan terma soft furnishing lebih tepat berbanding "perabot lembut" Terima kasih atas bantuan. | Kami mencadangkan padanan untuk perkataan soft furnishing ialah hiasan rumah atau kelengkapan rumah. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan hendak memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan padanan kata Melayu dengan bahasa asing, tuan boleh layari laman web Gerbang Kata DBP dan membuat pendaftaran kata pada bahagian Saran Kata. http://ekamus.dbp.gov.my/ http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx | Makna | 25.03.2021 |
Salam sejahtera..adakah ayat ini betul penggunaan penjodoh bilangannya? 1.Pak Abu makan dua biji ubi rebus sebagai alas perut 2. Dia mempunyai sebuah cita-cita | Ayat yang betul ialah: 1.Pak Abu makan dua batang ubi rebus sebagai alas perut. 2. Dia mempunyai sebuah cita-cita. | Tatabahasa | 16.10.2020 |
Apakah maksud: 1. Atur masa 2. Atur acara 3. Atur program 4. Alas pintu 5. Kereta dorong 6. Kereta angkat 7. Reka atur Terima kasih atas penjelasan tuan. | Hanya perkataan atur cara yang mempunyai makna yang khusus (kata majmuk), iaitu jadual pelbagai acara yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan. Perkataan yang lain ialah kata nama am yang dirangkaikan dengan perkataan yang kedua tetapi maknanya merangkumi makna perkataan yang pertama dan kedua seperti alas pintu, iaitu sesuatu yang dijadikan lapik dan digunakan di hadapan pintu. Untuk melihat makna perkataan yang lain, sila rujuk kamus atau layari www.prpm.dbp.gov.my. | Makna | 10.01.2014 |
Apakah kesalahan bahasa dalam ayat yang di bawah?Boleh terangkan? Puan May membeli alas meja bunga plastik untuk mengalas meja di ruang tamu rumahnya. Dan apakah maksud bertatacara , beraturcara, bertatatertib? Boleh jelaskan?(atau tidak ada dalam kamus dewan?)Dan apakah perkataan yang kata dasar ialah tatacara atau tatatertib atau aturcara?Terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah Puan May membeli alas meja plastik untuk mengalas meja di ruang tamu rumahnya. 2. Bertatacara bermaksud mempunyai tatacara, dan bertatatertib bermaksud berkelaluan mengikut tatatertib. Tiada kata terbitan beratur cara. Lazimnya frasa atur cara majlis digunakan bagi merujuk sesuatu majlis itu mempunyai atur cara. | Tatabahasa | 25.04.2023 |
What's the BM translation for 'travel mat'? | Alas kembara | Istilah | 13.11.2006 |
Apa yang dimaksudkan "asas kemahiran" dan "kemahiran asas". Bagaimana pula dengan "asas akademik"? Terima kasih. | Asas bermaksud 1. alas, dasar, tapak; atau 2. sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain. Oleh itu, asas kemahiran bermaksud dasar kemahiran dan kemahiran asas merujuk kepada kemahiran tahap awal/bahagian sebelah bawah dari sesuatu (tapak). | Makna | 27.06.2011 |
Erti Perkataan "PANTRI". TQ | Pantri ialah almari atau bilik kecil di dalam rumah tempat makanan disimpan; atau bilik tempat menyimpan pinggan mangkuk, alas meja, dan sebagainya di hotel atau kapal. | Makna | 18.03.2008 |
Soalan berkaitan ejaan tepat berikut: "Di rantau Alam Melayu pula, beberapa suku masyarakat di Sumatera seperti Batak dan Rejang didapati menggunakan kulit kayu sebagai alas tulisan mereka " Perkataan Alam Melayu di eja sebagai alam Melayu atau Alam Melayu dalam konteks ayat tersebut? Terima kasih. | Kata "alam" dalam frasa "alam Melayu" dalam ayat tersebut dieja dengan huruf kecil kerana perkataan "alam" bererti kerajaan atau negeri yang umum sifatnya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:53). Keadaan ini berbeza jika frasa ini telah mengandungi konsep tertentu dan dijadikan kata nama khas. | Lain-lain | 15.10.2022 |