Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
nascent stateSatu keadaan aktif suatu unsur kimia selepas dibebaskan hasil daripada tindak balas kimia. Unsur akan berada pada keadaan atom untuk beberapa ketika sebelum bertindak balas untuk menghasilkan molekul. Dalam masa tersebut, atom sangat mudah bertindak balas. Contoh nasen hidrogen terdiri daripada atom hidrogen bebas yang tidak terikat seperti molekul hidrogen biasa.
ion etchingProses punaran menggunakan plasma aktif kimia untuk menyingkirkan bahan yang terenap pada wafer. Teknologi punaran ini digunakan untuk mikrofabrikasi.
electromagnetic sensorPenderia yang menggunakan perubahan pada medan elektrik atau medan magnet secara pasif atau aktif yang berubah dengan masa untuk mengesan sesuatu parameter. Contohnya, penggunaan sistem radar untuk mengesan fenomena atmosfera yang berkemungkinan berbahaya kepada kapal terbang atau dalam penggunaan perisikan bagi mengesan isyarat mikrogelombang jarak jauh, kesan daripada pergerakan pernafasan manusia.
chiralitySifat sesuatu objek yang strukturnya tidak simetri, iaitu strukturnya berbeza daripada imej cerminnya. Sebatian kimia kekiralan biasanya bersifat aktif optik, dan terdapat pada kebanyakan molekul bahan organik. Salah satu struktur nanotiub karbon ialah kiral.
allergenBahan yang apabila dimakan, diminum atau dihidu mudah dikesan oleh sistem imun dan menimbulkan kesan alergi. Alergen digunakan dalam bidang nanoteknologi dengan meluas dalam industri kosmetik, farmaseutikal dan makanan. Namun demikian, bahan aktif tertentu yang diadun dalam nanozarah seperti polikaprolakton dapat mendatangkan alergi kepada manusia dan haiwan. Contohnya, habuk, debu bunga atau bulu haiwan, klorin dan minyak wangi.
glycineSebatian organik bersaiz sekitar 0.4nm dengan rumus kimia C2H5NO2 yang merupakan asid amino paling ringkas daripada 20 asid amino yang biasa terdapat dalam protein, haiwan. Sebatian ini merupakan satu-satunya asid amino yang tidak aktif optik, iaitu tidak mempunyai stereoisomer-D dan stereoisomer-L. Glisina tidak reaktif apabila digabungkan dengan protein tetapi dalam keadaan bebas, glisina terlibat dalam pelbagai tindak balas, contohnya, biosintesis heme.
molecular sieveBahan yang mengandungi liang halus bersaiz seragam yang digunakan sebagai penyerap gas dan cecair. Molekul kecil, seperti molekul air dapat melaluinya dan terjerap, manakala molekul lebih besar tidak dapat melaluinya. Contoh penapis molekul ialah tanah liat, kaca poros dan karbon aktif.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aktif