Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah maksud perumpamaan SEPERTI HATI DAN HEMPEDUPerhubungan yang sangat akrab.Makna08.09.2009
Tuan, kata sapaan seperti mak cik, pak cik, abang, kakak dan adik kerap kedengaran digunakan di gerai dan kedai, terutamanya di kampung. Kebanyakan orang suka panggilan hormat ini kerana berasa hubungan sesama sendiri akrab. Ada pula ahli/guru bahasa mengatakannya tidak sesuai. Bagaimana?Kata sapaan tersebut sesuai dalam konteks tidak rasmi bagi menimbulkan kemesraan atau keakraban.Lain-lain04.11.2009
Apakah faktor-faktor yang mengakibatkan murid-murid tidak menguasai "kata banyak makna" dan bagaimanakah caranya untuk menguasai "kata banyak makna"??Antara faktor pelajar tidak menguasai perbendaharaan kata bahasa Melayu ialah tidak menjadikan kamus sebagai 'teman akrab', iaitu dengan membawanya ke mana sahaja dan sering merujuk kamus. Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain04.03.2012
berikan saya konsep dan jenis ayat sapaan di Malaysia (Bahasa Malaysia)BM mempunyai sapaan yang berbeza daripada bahasa lain dan setiap penuturnya mesti menggunakannya dengan betul dalam konteks yang sesuai. Dalam situasi tidak formal, penutur menggunakan sapaan yang merujuk hubungan akrab dengan lawan tutur. Biasanya pengguna BM menggunakan perkataan yang menunjukkan rasa hormat terhadap lawan tutur mereka. Contoh Saudara/saudari sapaan kepada orang yang baru dikenali Saya Digunakan apabila bertutur dengan orang yang dihormati dan berstatus tinggi. Tuan Orang yang mempunyai kedudukan tinggi daripada penutur. Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin dan dipakai bersama nama atau jenis jawatan spt. Puan Pengetua. Yang di-Pertuan Agong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Menteri Besar Ketua Menteri Yang Amat BerhormatTatabahasa26.06.2008
Assalamualaikum... Saya hendak bertanya. Sekarang tular di fb mengenai terjemahan perkataan foodtruck kepada BM menjadi kendera saji. Adakah benar? Terima kasih.Antara prinsip pembentukan istilah ialah mengambil bentuk bahasa Melayu yang lazim, seperti food truck diberi padanan trak makanan. Bentuk lazim biasanya lebih akrab dan mudah diterima pengguna.Istilah08.09.2017
Assalamualaikum... Saya hendak bertanya. Sekarang tular di fb mengenai terjemahan perkataan foodtruck kepada BM menjadi kendera saji. Adakah benar? Terima kasih.Antara prinsip pembentukan istilah ialah mengambil bentuk bahasa Melayu yang lazim, seperti food truck diberi padanan trak makanan. Bentuk lazim biasanya lebih akrab dan mudah diterima pengguna.Istilah08.09.2017
Apakah perbezaan makna " MISI" dengan " VISI". Jasa baik Tuan dipohon agar menyediakan contoh-contohnya.Misi bermaksud tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan, seperti Misi organisasi saya ialah mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan perhubungan yg paling akrab dgn keperluan negara. Visi bermaksud tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, atau disebut juga sebagai wawasan, contohnya Pemimpin yang mempunyai keperibadian yg utuh serta visi dalam kepimpinan.Makna02.01.2012
KGND I 'aku' lazimnya digunakan kepada rakan. KGND I itu agak kasar tetapi bersifat mesra. Kenapakah 'aku' digunakan untuk Tuhan? Apakah hujahnya? Tolong jelaskan penggunaan kata 'sang' dan 'si' dengan terperinci?Aku, kata ganti nama diri pertama yang selalu digunakan dalam perhubungan yang akrab antara sesama kawan dan begitu juga antara manusia dengan tuhan. Oleh itu, aku sebagai laras bahasa yang sering digunakan dalam doa untuk merujuk keakraban antara manusia dengan pencipta-Nya. Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain, seperti: Sang Arjuna; dan Sang kancil. Si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, seperti Si Bongsu dan Si Ahmad.Tatabahasa11.11.2010
1. Pegawai pendidikan atau pegawai pelajaran. Frasa manakah yang betul? 2. Ali meneriak meminta tolong kerana terjatuh ke dalam sungai.. Sila betulkan kesalahan dalam ayat ini. 3.Sue dan May begitu keakraban.Adakah ayat ini gramatis? 4.Sila berikan penjelasan tentang penggunaan menanti dan menantikan. Terima kasih.1. Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat.

2. Ali menjerit meminta tolong kerana terjatuh ke dalam sungai.

3. Sue dan May begitu akrab.

4. Menurut Kamus plejar Edisi Kedua, menanti bermaksud duduk di sesuatu tempat sehingga tiba sesuatu atau sehingga berlaku sesuatu; menunggu: Kami akan menanti di sana. Manakala menantikan pula bermaksud menunggu ketibaan sesuatu; menunggu akan: Dia menantikan ibunya di stesen kereta api.
Tatabahasa15.12.2014
saya ada pertanyaan tentang istilah Hari Raya. Rata-rata semua sedia maklum perkataan 'Aidilfitri' dieja sedemikian. Namun, jika dilihat daripada istilah asal Bahasa Arab, agak sedikit berbeza, iaitu Eid-ul Fitr. Malah, jika dilihat Bahasa Indonesia juga dieja sebagai Idul Fitri. Mohon penjelasan. Terima kasih."Perkataan "Aidilfitri" telah mantap penggunaannya dalam wacana bahasa Melayu. Penggunaan Eid-ul Fitr atau Idul Fitri oleh sebilangan pengguna merupakan proses biasa dalam kalangan pengguna bahasa moden seperti bahasa Melayu yang akrab dengan istilah serumpun dan konteks penggunaannya (agama/bahasa Arab).Istilah04.08.2014
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akrab