Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Aizat Akmal SAT 12:25 asalamualaikum dbp. saya nak bertanya ttg kamus dewan online. adakah kamus tersebut mengalami sebarang masalah. hal ini kerana, lama tersebut tidak dapat di buka. masalah ini telah sekian lama berlaku. saya juga cuba buka melalui ejen pencarian lain selain google tp hasilnya ttp lah sama. mohon penjelasan.Aduan tuan telah kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat. Pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.Lain-lain11.03.2017
Saya Akmal Saleh sedang belajar bahasa Melayu dasar, di Universiti Fatoni selatan Thailand, ingin bertanya DBP tentang peribahasa berapakah bahagian peribahasa, terima kasih.Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas. Setiap peribahasa terdiri daripada bait-bait kata yang mengandungi makna tersirat yang menggambarkan betapa luasnya renungan, fikiran dan pengalaman hidup penyusunnya.Tatabahasa08.12.2013
1)Akmal menendang sekuat hati bola itu.2)Nisa menyuap dengan tertib makanan itu. 3)dengan bersukan , badan menjadi sihat. 4)Pak Mail memukul ular itu dengan sebatang kayu.Ayat pertama dan kedua salah kerana memisahkan kata kerja transitif dengan objeknya. Ayat kedua dan keempat betul kerana mengikut rumus tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa10.03.2011
Adakah ayat ini betul? 1.Ayahlah yang membangunkan kawasan ini? 2.Saya tidak tahu bila dia akan datang. 3."Mengapakah kalian menangis?"tanya Akmal kepada kanak-kanak perempuan itu. Sila beri penjelasan bagi ayat-ayat di atas. Kanak-kanak menunjukkan ramai atau sikit?

1.Ayahlah yang membangunkan kawasan ini? - betul

2.Saya tidak tahu bila dia akan datang. - betul

3."Mengapakah kalian menangis?"tanya Akmal kepada kanak-kanak perempuan itu. - betul. Kanak-kanak boleh menunjukkan seorang atau ramai, bergantung pada yat yang digunakan dan dalam ayat ini jelas menunjukkan ramai dengan adanya kata kalian. 

Tatabahasa19.09.2008
Istilah "dekan pengasas" digunakan secara luas di universiti-universiti, namun tiada rujukan yang dapat diperoleh dari laman PRPM berhubung dengan istilah ini. Apakah maksud benar bagi istilah ini? Muhammad Qamarul Akmal bin Abd Wahab Institut Terjemahan & Buku Malaysia BerhadUntuk makluman, istilah "dekan pengasas" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Istilah tersebut digunakan oleh pihak universiti dan mungkin dicipta oleh pihak universiti. Kami mencadangkan tuan menghubungi universiti yang menggunakan istilah tersebut untuk mendapatkan maksud "dekan pengasas".Istilah04.02.2013
1.Bagaimanakah cara mengeja Yang dipertuan Agong dengan betul? 2. Pada waktu tengah hari, pekerja-pekerja itu baring-baring di bawah pokok yang rendang. Betulkah penggunaan baring-baring dalam ayat tersebut? Adakah salah jika kita menggantikannya dengan perkataan berbaring/ berbaring-baring? 3. Segala apa yang terjadi antara Akmal dan teman-temannya masih segar dalam ingatannya. Bolehkah "apa" digunakan dalam ayat tersebut?1.Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong.2. Perkataan baring-baring dalam bahasa baku perlu ditambah imbuhan beR- untuk menunjukkan perbuatan. Oleh itu, ayat yang betul ialah 'Pada waktu tengah hari, pekerja-pekerja itu berbaring/berbaring-baring di bawah pokok yang rendang. 3.Ayat 'Segala yang terjadi antara Akmal dan teman-temannya masih segar dalam ingatannya' tidak perlu ditambah dengan perkataan 'apa' kerana 'apa' merupakan kata tanya.Tatabahasa26.08.2007
Imbuhan dalam ayat aktif yang melibatkan penggunaan kata "beri" sedia maklum seperti yang berikut: Ayah memberikan hadiah itu kepada ibu. Ayah memberi ibu hadiah itu. Dalam ayat ini, imbuhan yang betul adalah jelas. Penentuannya juga mudah, iaitu berdasarkan kedudukan subjek dan objek dalam ayat. Bagaimanakah pula jika ayat pasif dibina dengan kata tersebut? Contoh: 1. Pelajar itu perlu diberi/diberikan perhatian khusus oleh guru kelasnya. 2. Kambing itu sedang diberi/diberikan makan oleh tuannya. 3. Maklumat itu diberi/diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab. 4. Ahmad diberi/diberikan hadiah sempena ulang tahun kelahirannya. Apakah panduan yang dapat digunakan bagi menentukan imbuhan yang gramatis dalam konteks ini pula? Muhammad Qamarul Akmal bin Abd Wahab Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad Tarikh: 30.1.13Dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 201, jelas menyatakan bahawa apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Ayat yang betul ialah:
1. Pelajar itu perlu diberikan perhatian khusus oleh guru kelasnya.
2. Kambing itu sedang diberikan makanan oleh tuannya.
3. Maklumat itu diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab. 
4. Ahmad diberikan hadiah oleh ayah sempena ulang tahun kelahirannya.
Tatabahasa30.01.2013
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akmal