Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
skin creamCecair pekat yang disapu pada lapisan luar kulit (epidermis) untuk melembapkan kulit, melindungi kesan terbakar akibat terik matahari, mencegah proses penuaan atau untuk tujuan rawatan tertentu. Krim ini terdiri daripada campuran bahan kimia tertentu sama ada yang diperoleh secara tabii atau sintetik. Bagi penggunaan yang lebih berkesan, krim ini disediakan menggunakan kaedah nanoteknologi, iaitu beberapa bahan kimia dikapsulkan dalam sfera kaca atau gel bersaiz nanometer.
Cooper pairKeadaan pasangan elektron yang terikat bersama-sama pada suhu rendah dalam bahan superkonduktor. Pasangan ini terbentuk akibat kewujudan daya tarikan kecil antara elektron melalui interaksi elektron-fonon dan menyebabkan aras tenaga pasangan elektron ini mempunyai tenaga yang lebih rendah daripada tenaga Fermi. Teori kewujudan pasangan ini dikemukakan oleh ahli fizik Leon Cooper yang telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1972 bersama-sama dengan John Bardeen dan John Shrieffer dalam bidang superkonduktor.
self-cleaning windowKeadaan tingkap kaca yang disaluti filem tipis nanozarah titanium dioksida yang tidak memerlukan bahan pencuci untuk membersihkannya. Salutan zarah titanium dioksida mempunyai dua sifat. Pertama, zarah ini menyerap sinaran ultralembayung daripada cahaya matahari yang memberi kesan fotomangkinan untuk memecahkan kotoran bahan organik. Kedua, salutan tersebut menjadikan permukaan kaca bersifat hidrofilik. Titisan curahan air yang jatuh ke atas permukaan tersebut akan bergabung sambil menarik kotoran jatuh ke bawah. Tingkap seperti ini menjimatkan kos pencucian tingkap bangunan tinggi, di samping mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat penggunaan bahan pencuci.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akibat