Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
akibat dari betul atau akibat daripada atau akibat.....cth Akibat dari/Akibat daripada/Akibat kebakaran itu, ..... yg mana betul?Yang betul ialah 'akibat daripada' kerana keadaan yang menunjukkan puncanya.Tatabahasa13.06.2008
Tuan/Puan, Yang mana betul, "akibat dari" atau "akibat daripada" atau "akibat"? Terima kasih.Tidak perlu menggunakan kata 'dari' atau 'daripada' selepas penggunaan kata 'akibat'. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan lanjut. Harap maklum.Tatabahasa29.09.2009
Merujuk kepada arkib soalan No. 38. Para penternak lembu mengalami kerugian "akibat" penyakit kuku dan mulut yang menyerang ternakan mereka. Bukankah "akibat" patut digantikan dengan "kerana" ? atau "sebagai akibat"? Perkataan "akibat" ialah kata nama dan bukan kata hubung.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, akibat bermaksud hasil atau keputusan daripada sesuatu peristiwa, perbuatan, keadaan dan sebagainya. Oleh itu perkataan akibat boleh digunakan dalam ayat tersebut.  Tatabahasa03.10.2010
Kebakaran itu berlaku akibat daripada puntung rokok. atau Kebakaran itu berlaku adalah akibat puntung rokok. atau Kebakaran itu berlaku akibat puntung rokok. perlu ke guna kata 'daripada' selepas akibat ?Ayat yang betul ialah 'kebakaran itu berlaku akibat puntung rokok'. Tidak perlu menggunakan kata 'daripada' selepas penggunaan kata 'daripada'. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan lanjut. Harap maklum.Tatabahasa13.09.2007
saya chenurisa ceh-soh pelajar bahasa melayu ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna akibatAkibat membawa maksud hasil atau keputusan daripada sesuatu peristiwa (perbuatan, keadaan dan sebagainya).Makna28.10.2015
.....akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah negara. tuan/puan,betulkah penggunaan kata dalam ayat di atas? 'menyerang' sesuai digunakan dlm konteks ayat tersebut atau tidak?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menyerang juga membawa maksud 2. menimpa (penyakit dan lain-lain), me­nyebabkan sesuatu jadi sakit (rosak dan lain-lain): penyakit yg datang ~nya itu ialah hasil drpd perbuatan-nya sendiri.
Oleh itu, penggunaan menyerang dalam contoh yang diberikan boleh digunakan.
Tatabahasa05.08.2015
saya nak tanya tentang 'sebagai akibat' atau 'sebagai akibatnya',yang mana betul? 'Sebagai akibatnya, imej seseorang remaja akan tercemar.',ayat ini betulkah?Yang betul ialah akibat atau akibatnya - Akibat/Akibatnya, imej seseorang remaja akan tercemar.Tatabahasa16.06.2010
apakah perbezaan taraf kehidupan dengan tarfa hidup? 1. Kebakaran itu berlaku akibat budak2 bermain mercun. atau 2. Kebakaran itu berlaku akibat budak2 bermain mercun. perluke guna daripada selepas akibat atau 3. Kebakaran itu berlaku adalah/ialah akibat budak2 bermain mercun. mana satu betul ? tqTaraf hidup dan taraf kehidupan kedua-dua betul dan ayat yang pertama adalah lebih tepat dan betulTatabahasa28.08.2007
Yang mana betul; akibat daripada perkara itu atau sebagai akibat daripada perkara ituUngkapan yang betul ialah akibat daripada perkara itu.Tatabahasa02.02.2012
Soalan 1 Antara berikut yang manakah betul? A. Siti cedera akibat terjatuh dari basikal. B. Siti cetera akibat terjatuh daripada basikal. Soalan 2 Berdasarkan soalan 1, menagapakah adalah jawapan tersebut? Soalan 3 Perbezaan antara dari dan daripada. Sekian terima kasih.1. Siti cedera akibat terjatuh daripada basikal. 2. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Ciri-ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama "daripada" yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 268 untuk tujuan tersebut.Tatabahasa04.03.2015
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akibat

Peribahasa
418

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...