Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah perkataan akal dalam ayat ini digunakan dengan betul ? 1 Akal yang tajam dan kreatif perlu dilatih supaya semakin mantap dan berkesan. 2 Akal fikiran yang tajam amat diperlukan oleh peserta pertandingan pantun ini. Dalam ayat ini, apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggantikan perkataan jadual? 3 Puan Alisa dijangka akan bersalin pada hari ini walaupun kandungannya belum cukup jadual. 4 Apakah maksud i seperti anjing menyalak bukit ii ular lidi nak telan naga iii sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina iv pelanduk dua serupa Terima kasih | 1. Boleh digunakan juga perkataan minda 2. akal = fikiran. Sila gunakan salah satu sahaja. 3. tempoh 4.i. Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. ii. Peribahasa yang betul ialah naga ditelan ular lidi bermaksud Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. iii.sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang, iv.dua orang yg seakan-akan sama rupanya | Tatabahasa | 06.10.2010 |
kata lain bagi tinta, pena, minda | Nur Kamarina, tinta - dakwat, Pena - pen dan minda - akal fikiran | Makna | 17.03.2010 |
1) PENGGUNAAN SLOGAN 'TERISI MINDA DENGAN KAMI' ATAU 'MINDA TERISI DENGAN KAMI' MOHON PENCERAHAN | Pada pandangan kami pihak yang mencipta slogan ini lebih arif mengenai makna/maksud yang hendak disampaikan. Apa yang dapat kami bantu ialah memberi maksud terisi ialah telah diisikan; minda bermaksud akal fikiran atau daya berfikir; dan dengan kami bermaksud bersama kami. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
nak minta tlg. bolehkah saya mengetahui maksud "ledakan budaya"? | Tidak ada makna frasa "ledakan budaya" dalam pangkalan data kami. Ledakan bermaksud letupan atau letusan dan juga boleh dikiaskan kepada sesuatu yang terbit atau timbul dariapa pertengkaran, peperangan dan sebagainya. Manakala budaya boleh dikaitkan dengan tamadun, peradaban dan kemajuan akal fikiran. | Makna | 05.03.2013 |
Munsyi, Pendapat yang disampaikan oleh remaja itu agak mentah dan sukar diterima. (adakah mentah sesuai digunakan? jika tidak, apakah istilah yang sesuai digunakan? TK) Suhu di dalam bilik komputer ini sungguh beku. (adakah beku salah dan wajar digantikan dengan apa?) TK banyak | Antara maksud mentah ialah belum sempurna akal, fikiran dan sebagainya. Perkataan mentah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Begitu juga dengan perkataan beku tidak sesuai digunakan dalam kontek ayat tersebut. Suhu lazimnya dikaitkan dengan panas atau sejuk. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang sesuai dengan konteks ayat yang digunakan.
| Tatabahasa | 21.07.2012 |
Mohon pihak DPB menjelaskan tentang maksud frasa "kecelaruan minda" dan apakah kaitannya kecelaruan minda dengan kehakisan nilai integriti. Terima kasih. | Makna keseluruhan frasa secara terperinci tidak ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanapun kecelaruan bermaksud tidak tentu arah atau kacau-bilau dan apabila dikaitkan dengan minda ini bermaksud akal fikiran yang tidak tentu arah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk makalah yang berkaitan. | Makna | 03.04.2011 |
definisi budaya dan bercinta | Maksud budaya merujuk Kamus Dewan edisi Keempat ialah tamadun, peradaban. 2. kemajuan fikiran, akal budi. 3. bersifat budaya, yang mengenai kebudayaan yang sudah maju (akal budi). Bercinta pula ialah menaruh rasa cinta atau berahi anatara lelaki dan perempuan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan edisi keempat. Harap maklum. | Makna | 27.08.2008 |
1) adakah penggunaan kata aliran betul pada ayat ini Aliran sungai di belakang rumah saya sungguh deras 2) apakah kata ganda yang tepat bagi jam tangan jam-jam tangan atau jam tangan-jam tangan 3) adakah penggunaan kata masam betul pada ayat ini Biskut dalam bekas itu sudah berbau masam 4) adakah penggunaan kata terdedah betul pada ayat ini Pintu hadapan rumah itu terdedah 5) ayat yang manakah betul Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbuk-tumbukan. atau Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan. atau Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan 6) adakah penggunaan kata mempertajam betul pada konteks di bawah mempertajam akal fikiran mempertajam skilnya mempertajam usaha 7) kenapa ayat ini salah seekor ikan paus dijumpai terhampar di tepi laut semalam | Berikut merupakan jawapan untuk soalan yang dinyatakan: 1. Ayat tersebut betul. 2. Kata ganda yang betul ialah "jam-jam tangan". 3. Penggunaan perkataan "masam" dalam ayat yang dinyatakan tidak betul kerana perkataan "masam" merujuk pada "rasa seperti cuka atau mempelam muda" dan " "keadaan berbau seperti pakaian yang tidak kering atau susu yang diperam" (Kamus Dewan Perdana, halaman 1419). 4. Ayat tersebut betul. 5. Ayat-ayat yang betul ialah "“Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan” dan “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan”. 6. Penggunaan perkataan "mempertajam" betul pada konteks yang dinyatakan kecuali pada frasa "mempertajam skilnya". Frasa tersebut perlu ditukar pada "mempertajam kemahirannya". 7. Ayat tersebut salah kerana perkataan "terhampar" bermaksud terbentang luas. Ayat yang betul ialah "“Seekor ikan paus dijumpai terdampar di tepi laut semalam". ” | Tatabahasa | 13.09.2023 |
maksud bagi Bual Bicara? | Kalau dilihat dari sudut kata, bual bermaksud: borak. Manakala bicara pula bermaksud: pendapat, fikiran, akal budi, muslihat dll. Frasa 'bual bicara' pula membawa maksud: perbincangan mengenai sesuatu pendapat atau buah fikiran. | Makna | 23.04.2009 |
Apakah perbezaan antara budaya dengan kebudayaan? Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan budaya bermaksud: i. tamadun, peradaban; ii. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya dan iii. bersifat budaya. Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi). | Makna | 05.04.2011 |