Kata |
Takrif |
Sumber |
ahmar | Ar merah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angin ahmar | keadaan yg terjadi dgn tiba-tiba disebabkan saluran darah tersumbat, rosak atau pecah, yg mengakibatkan hilang kemampuan utk menggerakkan sesetengah anggota badan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
angin ahmar | keadaan yg timbul tiba-tiba apabila saluran darah ke otak pecah atau tersumbat, yg mengakibatkan kehilangan kemampuan utk menggerakkan sesetengah bahagian badan, strok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kardiovaskular | ist berkaitan dgn jantung dan saluran darah: Rawatan itu adalah utk mengurangkan risiko penyakit ~, spt sakit jantung atau angin ahmar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
angin | 1 udara yg bergerak: Kertas-kertas yg bersusun di atas mejanya habis berterbangan ditiup ~. 2 udara yg dimampatkan (spt yg diisikan ke dlm tayar dsb); Tayar kereta itu tidak cukup ~. 3 gas yg terdapat dlm tubuh badan (biasanya dikeluarkan ketika kentut atau sendawa). 4 udara secara umum: mengambil ~ berjalan-jalan menyedut udara bersih. ~ ahmar keadaan yg terjadi dgn tiba-tiba disebabkan saluran darah tersumbat, rosak atau pecah, yg mengakibatkan hilang kemampuan utk menggerakkan sesetengah anggota badan. ~ badai angin yg datang dr sesuatu jurusan hingga beberapa hari lamanya. ~ barat angin yg datang dr sebelah barat. ~ darat angin yg bertiup dr darat. ~ gila angin yg tidak tentu haluannya. ~ lalu khabar yg tidak tentu benar tidaknya. ~ laut angin yg bertiup dr laut. ~ paksa angin yg baik utk belayar. ~ puyuh (puting beliung) angin yg berpusing. ~ sepoi-sepoi (bahasa) angin yg bertiup perlahan-lahan. angin-angin khabar yg belum sah; desas-desus; khabar angin. angin-anginan orang yg kelakuannya tidak tetap. berangin 1 ada angin bertiup. 2 ada anginnya atau berisi angin: Tayar belakang basikal itu tidak ~. mengangin 1 memisahkan padi dr hampanya dgn menjatuhkannya dr tempat tinggi ketika angin bertiup: ~ padi. 2 menjadi angin (hilang lenyap). mengangini memasukkan angin ke dlm (tayar dsb); meniupkan angin pd; memberi berangin. menganginkan ki memberitahukan sesuatu tidak dgn terus terang; membayangkan. memperanginkan meletakkan sesuatu di tempat yg berangin; menjadikan berangin: Dia ~ kainnya yg basah itu di bawah kipas. peranginan; tempat ~ tempat beristirahat. anjung ~ anjung tempat duduk-duduk berehat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
angin | 1. udara yg bergerak (sehingga terasa gerakan atau alirannya): ~ kencang sekali hari ini; 2. hawa, udara; mengambil ~ berjalan-jalan menghirup (menikmati) hawa yg bersih; 3. gas yg terdapat atau berkumpul dlm perut dan usus: perutnya berasa kurang sedap kerana berisi ~; membuang ~ kentut; 4. ki desas-desus, khabar yg belum sah, gelagat bahawa sesuatu akan terjadi: ada ~ yg dia akan datang ke mari; 5. ki kosong, hampa, sia-sia: cakap ~; 6. kemungkinan, peluang, kesempatan: menantikan ~ baik; 7. sifat atau perangai yg tidak menentu (berubah-ubah tanpa sebab yg nyata): dia itu ada ~, kadang-kadang riang dan kadang-kadang muram; ~ ahmar keadaan yg timbul tiba-tiba apabila saluran darah ke otak pecah atau tersumbat, yg mengakibatkan kehilangan kemampuan utk menggerakkan sesetengah bahagian badan, strok; ~ badai angin ribut; ~ barat (barat daya dll) angin yg datang dr barat (barat daya dll); ~ bohorok (Sumatera) angin kering dan panas yg turun dr pergunungan; ~ (sorong) buritan angin yg datang dr buritan; ~ cekang kelat = ~ tegang kelat angin kencang; ~ darat angin yg datang dr darat; ~ ekor duyung angin yg datang dr berbagai-bagai jurusan; ~ gila angin yg tidak tentu arahnya; ~ gunung-gunungan angin besar; ~ haluan angin yg datang dr depan perahu; ~ hulu timur angin tepat dr timur; ~ indera bayu sl angin ribut; ~ kelambu menunggal angin utara yg membawa hujan; ~ kelambu sebelah angin utara yg tidak kencang dan tidak membawa hujan; ~ kepala angin utara timur laut; ~ lalu ki khabar yg tidak tentu benar salahnya; ~ langkisau angin puting beliung; ~ laut angin yg datang dr laut; ~ lintang angin kuat yg bertiup melintangi arah laluan kenderaan; ~ membakat = ~ menebing = ~ menumbuk kurung = ~ tumbuk kurung angin yg tepat dr buritan dgn ombak yg tinggi; ~ musim angin yg datang menurut musim tiap-tiap tahun; ~ paksa angin yg baik utk belayar; ~ pancaroba angin yg tidak tentu arahnya; ~ pasang pasang-pasang; ~ pengarak pagi angin pd waktu dinihari; ~ puting beliung = ~ puyu(h) angin yg berpusing-pusing; ~ ribut angin besar (bertiup dgn kencang), taufan; ~ sakal angin yg berlawanan dgn arah perahu; ~ salah angin yg tidak baik; ~ sapu-sapu = ~ sepoi-sepoi (bahasa); ~ selembubu ~ selung bubu angin yg berpusing; ~ sendalu angin yg sedang; ~ sepoi-sepoi (bahasa, basa) angin yg bertiup lembut; ~ sorong buritan = ~ turutan angin buritan; ~ taufan angin puting beliung; ~ tegang kelat sl angin kencang: maka baginda berbuat sebuah negeri terlalu besar, tujuh buah gunung di dalamnya, luas kotanya pd sepenampang sehari pelayaran ~ tegang kelat; ~ temberang buritan (haluan) angin yg serong dr buritan (haluan); ~ tenggara mandi angin keras dr tenggara; ~ tikus = ~ tukus angin pd awal angin tenggara; ~ timba ruang angin keras dr sisi perahu; ~ yahum angin tumbuk kurung; ~ berputar, ombak bersabung prb dikatakan bkn suatu perkara yg sangat sukar diselesaikan; ~ bersiru kami tahu prb Mn kami sudah tahu bahawa hal (niat) seseorang telah berubah; ~ tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam prb (Lampung) khabar-khabar yg ganjil itu tidak dapat disembunyikan (disimpan); ke mana ~ yg deras, ke situ condongnya = spt sepohon kayu, di mana ditiup ~, di sanalah ia condong prb dikatakan kpd orang yg tidak tetap pendiriannya; kalau tiada ~ bertiup takkan pokok ber-goyang = tak sebab kerana ~, pokok kayu maukah bergoyang prb tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal; tahu di ~ turun naik prb orang-orang yg arif bijaksana tahu akan keadaan susah atau senang; seangin sedikit sahaja, sekelumit; angin-angin 1. desas-desus, khabar yg belum sah; 2. gelagat; angin-anginan panas baran, lekas marah; berangin 1. ada angin: hari panas dan tidak ~; 2. diketahui orang sedikit-sedikit: setelah ~ hal itu, dia pun ditangkap polis; ~ keluar terbuka rahsia (khabar dll); berangin-angin duduk di tempat yg ada angin (supaya sejuk): kedua-duanya pun ~ di beranda; mengangin 1. ark menjadi angin (hilang lenyap); 2. bertiup angin; 3. menumpah-numpahkan padi drpd nyiru supaya yg hampa ditiup angin dan terpisah drpd padi yg berisi: petani itu sedang ~ padi; mengangini memberi berangin, memasukkan (meniupkan) angin, mengipasi; menganginkan, mengangin-anginkan 1. = memperanginkan menaruhkan di tempat yg berangin (utk menyejukkan atau mengeringkan sesuatu), mengipasi: tembikar itu dikeluarkan dr tempat pembakar dan dianginkan hingga sejuk; 2. membayang-bayangkan, menyatakan dgn samar-samar: isterinya ~nya supaya anak mereka dijodohkan saja dgn anak saudaranya; terangin 1. kena angin; 2. tampak angin-anginnya (gelagatnya); terangin-angin tersiar khabar angin (desas-desus); peranginan 1. tempat beristirahat atau berangin-angin (rumah atau bahagiannya); 2. = tempat ~ = kawasan ~ tempat utk beristirahat yg biasanya agak jauh dr bandar (spt di tepi pantai, di puncak bukit, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
speech | n 1. faculty of speaking, pertuturan: the stroke deprived him of his ~, angin ahmar telah merosakkan pertuturannyahave the power of ~,mempunyai kebolehan bertutur: in some childrens books animals have the power of ~, dlm sesetengah buku kanak-kanak, binatang mempunyai kebolehan bertutur; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
mobility | n 1. ability to move freely, pergerakan, mobiliti; (over distance) mobiliti: his ~ was impaired by a stroke, pergerakannya terjejas akibat kena angin ahmar; the use of aircraft greatly improved the villagers ~, p | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
cerebral hypoxia | hipoksia serebrum | Perubatan | Tiada | Kekurangan oksigen dalam serebrum disebabkan obstruksi aliran darah ke serebrum, kenaikan tekanan intrakranial akibat pendarahan otak, kanser otak, sembab otak atau angin ahmar), hipotensi, pegun kardiopulmonari dan kekurangan oksigen dalam darah. |
cerebral ischaemia | iskemia serebrum | Perubatan | Tiada | Kekurangan aliran darah ke serebrum disebabkan obstruksi aliran darah ke serebrum, kenaikan tekanan intrakranial (akibat pendarahan otak, kanser otak, sembab otak dan angin ahmar), hipotensi dan pegun kardiopulmonari. Lihat juga hipoksia serebrum. |
geriatric anaesthesia | anestesia geriatrik | Perubatan | Tiada | Subbidang anestesiologi yang berkaitan dengan pemberian bius kepada pesakit geriatrik, iaitu pesakit yang berumur lebih daripada 65 tahun. Golongan ini biasanya mengalami penyakit seperti sakit jantung, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, bronkitis, bronkiektasis, emfisema, kegagalan fungsi ginjal dan osteoporosis. Pemberian ubat perlu dilakukan secara berhati-hati kerana margin keselamatan ubat yang terhad mudah menimbulkan komplikasi dan kesan sampingan. |
atherosclerosis | aterosklerosis | Perikanan | Tiada | Penebalan dan pembekuan arteri, yang disebabkan oleh kerosakan sel. Penggunaan asid lemak tak tepu seperti yang terdapat di dalam minyak ikan dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan aterosklerosis seperti serangan jantung, kegagalan buah pinggang dan angin ahmar. |
Styrax benzoin | kemenyan | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis pokok dalam famili Stryracaceae. Tumbuhan ini biasanya tumbuh dalam hutan tanah pamah hingga hutan bukit. Daunnya jenis ringkas, tersusun berselang, permukaan bawah daun diliputi bulu putih halus. Bunganya kecil berwarna putih. Buahnya berbentuk leper. Kandungan kimia utamanya ialah asid benzoik. Kemenyan juga ialah damar yang terdapat pada batang pokok ini. Damar yang telah keras berwarna perang, kelabu dan hitam. Asid benzoik bersifat antibiotik, antiseptik dan mengawet. Kemenyan dimakan atau asapnya dihidu untuk merawat angin ahmar, pitam selepas bersalin, masalah dalam perut dan usus, buasir, membantu membuang kahak, melawaskan kencing, mewangikan badan dan afrodisiak. Kemenyan ditabur dalam air mendidih kemudian asapnya dihidu untuk merawat selesema, radang peti suara, bronkitis dan masalah pernafasan. Kemenyan juga digunakan secara luaran untuk merawat luka, kudis, bisul, kurap, luka selepas berkhatan, mengatasi masalah kulit kering dan alahan. Air rebusan kulit batang diminum untuk m |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
angin I | angin (bkn penyakit): ~ ahmar angin ahmar. | Melanau Mukah | |
sael, pesael | pertuturan yg kurang jelas akibat angin ahmar. | Melanau Mukah | |
belilel | suara tidak normal spt suara orang yg terkena serangan angin ahmar. | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
ahmar | [ah.mar] | احمر |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahmar |
|
|