Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
AGAM

AGAM, kawasan yang terletak di lereng Gunung Singgalang dan Merapi,

berhampiran pantai barat Sumatera, Indonesia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
RUMAH AGAM

Rumah agam ialah rumah zaman dahulu yang

dihargai kerana seni bina dan keseniannya yang

indah atau kerana ia dikaitkan dengan sesebuah

keluarga yang penting. Terdapat ratusan rumah

seumpama ini di Britain dan Ireland yang dibina

pada zaman yang berlainan sejak ratusan tahun

yang lalu.

UMUMUmum
AL-IMAM

AL-IMAM, majalah bulanan agam Islam bertulisan Jawi yang diterbitkan di Singapura pada 23 Julai 1906.

SASTERAKonsep
NORTHAMPTONSHIRE

Northamptonshire ialah kaunti Inggeris yang

kecil yang terdiri daripada kampung-kampung

dengan rumah batu yang indah, rumah agam

bersejarah, rumah golongan bangsawan, dan gereja

yang mempunyai puncak menara zaman

pertengahan yang indah. Untuk lokasi

Northamptonshire, lihat England (peta politik).

Kaunti ini terkenal kerana pengeluaran kasut dan

pakaian. Bandar industrinya terletak berhampiran

bahagian tengah kaunti ini. Bentuk muka buminya

berbeza-beza daripada padang rumput yang luas

dan rata di Lembah Nene yang lebih rendah hingga

dikelilingi bukit yang landai di bahagian tenggara.

UMUM
LARAS

LARAS, pembahagian Minangkabau menurut dua tradisi politik atau fratri dasar menukar adat. Menurut tradisi adat, Minangkabau disebut juga sebagai daerah Laras yang Dua, Luak Yang Tiga. Laras yang dua itu ialah Bodi Caniago dan Koto Piliang, manakala luak yang tiga itu ialah Agam, Limapuluh Kota dan Tanah Datar. Jika luak ialah pembahagian kawasan menurut adat, laras pula ialah perbezaan dua tradisi politik negeri. Walaupun negeri-negeri daripada kedua-dua laras tersebut terdapat di ketiga-tiga luak, namun secara ideal, Agam dianggap sebagai wilayah Bodi Caniago, Limapuluh Kota, dan Koto Piliang, manakala Tanah Datar mewakili kedua-duanya. Dengan maksud lain, Tanah Datar ialah luak tempat kedudukan Raja Tiga Sila iaitu Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat, dan Besar Empat Balai iaitu Bendahara, Machudum, Tuan Kadhi dan Indomo. Kesemuanya merupakan unsur integratif. Dalam konsep adat Minangkabau, Bodi Caniago dan Koto Piliang merupakan dua unsur daripada alam Minangkabau yang tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya bersifat saling melengkapi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAdat
BUKITTINGGI

BUKITTINGGI, kotamadya yang terletak di Propinsi Sumatera Barat, di dataran tinggi Agam, yang ketinggiannya 927 m daripada aras laut dan keluasannya 24.90 km persegi dengan jumlah penduduk 86 771 orang.  Kotamadya ini asalnya dikenal sebagai Kota Tri Arga yang bererti kota tinggi gunung iaitu Gunung Merapi, Singgalang dan Sago.  Bukittinggi terkenal dengan bangunan Jam Gadang yang dibina di tengah-tengah kota oleh seorang Belanda bernama Rookmaker pada tahun 1926.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
LIMAPULUH KOTO

LIMAPULUH KOTO, salah satu daerah inti kebudayaan Minangkabau atau disebut juga Luak nan Tigo iaitu Agam di sekitar kota Bukittinggi, Tanah Datar di sekitar kota Batu Sangkar dan Limapuluh Koto  di sekitar kota Payahkumbuh. Pada masa pemerintahan Belanda, Luak nan Tigo, termasuk Limapuluh Koto disebut padangsche bovenlanden, iaitu daerah yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Sebagai daerah inti kebudayaan Minangkabau, penduduk Limapuluh Koto mengamalkan sistem adat Koto Piliang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA

ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA, perkembangan agam Islam di Semenanjung Malaysia yang bermula pada abad ke-12. Islam di Semenanjung Malaysia tidak terpisah daripada perkembangan Islam di Alam Melayu baik dari segi sejarah mahupun gerakannya. Bukti kedatangan Islam di Sumatera Utara sejak tahun 1113 melalui mubaligh Abdullah Arif seperti mana yang tercatat dalam Hikayat Aceh, merupakan rentetan kedatangan Islam ke Pasai pada tahun 1292. Sumber China pula mencatakan dua utusan Pasai bernama Hassan dan Sulaiman yang bertaraf menteri beragama Islam dihantar ke negeri China. Rentetan seterusnya membuktikan Islam di Semenanjung Malaysia berlaku sebelum tahun 1303 (702 H.) sebagaimana terbukti pada Batu Bersurat Terengganu dan beberapa tempat yang lain di Alam Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ISLAM DI JAWA

ISLAM DI JAWA, perkembangan agam Islam di Jawa yang mula bertapak di beberapa bandar pesisir utara sejak abad ke-11. Agama Islam dibawa oleh para pedagang Islam yang berdagang di pelabuhan seperti Gresik, Jepara, dan lainnya. Dari sana, agama Islam disebarkan kepada penduduk Jawa. Seterusnya, pusat pendidikan agama dan pesantren didirikan oleh penduduk tempatan. Selanjutnya, agama Islam disebarkan melalui pusat pendidikan agama dan pesantren. Antara pemimpin di Jawa yang telah menerima dan mengembangkan agama Islam termasuklah Raden Patah (Raja Islam pertama di Jawa), Sunan Gunung Jati (Sultan Cirebon pertama) dan Maulana Hasanudin (Raja Banten pertama).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
TUANKU NAN RENCEH

TUANKU NAN RENCEH (   ?   - 1820-an), salah seorang pelopor gerakan padri di Minangkabau pada awal abad ke-19. Tuanku nan Renceh berasal dari Bukit Kamang, Agam, Sumatera Barat. Dia adalah salah seorang murid Tuanku nan Tuo di Koto Tuo, yang paling terkemuka. Dia ikut dalam gerakan pembaharuan Kembali Kepada Syariat yang dilancarkan oleh Tuanku nan Tuo.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agam