Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
assalamualaikum, nama saya azlin.. saya ingin bertanya..jika baru mendaftar KPBDBP, bagaimana saya nak tahu keputusan permohonan pendaftaran tersebut dan agak-agak berapa lama masa di ambil untuk menunggu keputusan pendaftaran? sebab saya baru mendaftar khidmat pengesahan bahasa tadi, jadi saya agak keliru sikit.. trima kasihPuan akan menerima e-mel yang menyatakan sama ada permohonan tersebut diluluskan atau tidak diluluskan. Sila masuk semula sistem dan klik menu permohonan. Bagi permohonan yang tidak disahkan, sila buat pembetulan seperti yang dikehendaki dan hantar semula permohonan tersebut. Bagi permohonan yang disahkan, sila klik pada "No. Pengesahan" untuk mencetak Sijil Pengesahan Bahasa. Permohonan akan diproses dalam tempoh satu hari dan bergantung pada jumlah permohonan yang terdapat dalam sistem.Lain-lain28.01.2014
Hi DBP Team, saya ingin bertanya jika ada apa-apa updates mengenai pertanyaan saya sebelum ini iaitu berkenaan terjemahan 'Inverse ETF' pada 15/05/2019. Adakah pihak Tuan sedang berbincang atau bagaimana? Agak-agak bila ya saya boleh dapat jawapan? Terima Kasih & Selamat Berpuasa.Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)”. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “inverse” yang dipadankan sebagai songsang (Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu). Cadangan kami bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)” ialah Dana Dagangan Bursa Songsang.Istilah27.05.2019
kata ganda semu ialah apa? Ada perkataan ini?Menurut Kamus Dewan Perdana, perkataan “semu” bermaksud seakan-akan benar, wujud dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya adalah sebaliknya, tipu daya atau muslihat dan lebih kurang atau agak-agak. Kata ganda bagi “semu” ialah “semu-semu” yang membawa maksud lebih kurang atau agak.Makna11.02.2022
Betulkah formulae Agak + Kata Adjektif + Sekali?Formula yang betul ialah Agak + Kata Adjektif
seperti contoh yang berikut:
1) Agak Dalam
2) Agak Cantik
Tatabahasa22.08.2023
apakah maksud simpulan bahasa bagi serkap jarang? saya sudah mencari di dalam kamus tapi tiada ,jadi saya berharap agar DBP boleh membantu saya .terima kasihMaksud  simpulan bahasa "serkap jarang" ialah menuduh (meneka dan lain-lain) secara sembarangan atau agak-agak sahajaMakna12.06.2016
Agak mengelirukan penggunaan 2 perkataan berasingan yang memberikan satu maksud. Contohnya, 'reka bentuk' vs 'rekabentuk' (design). Kenapa tidak wujudkan 2 perkataan sedia ada untuk digabungkan membawa 1 maksud baharu? Contoh, 'matahari' vs 'mata hari'. Bukankah lebih senang untuk ingat dan guna.Saya kurang jelas dengan pertanyaan tuan. Untuk makluman, ejaan yang betul ialah reka bentuk, bukan rekabentuk. Sekiranya "rekabentuk" ini ditemukan dalam mana-mana teks atau data, itu ialah ejaan yang tidak tepat.Ejaan23.05.2021
agak kebiru-biruan.(BETULKAH AYAT INI?)kebiru-biruan ...

Perkataan agak tidak perlu dimasukkan kerana kebiru-biruan bermaksud agak biru; seakan-akan biru.
Tatabahasa24.09.2012
Perkataan yang manakah betul? A) menaksir B) mentafsirKedua-dua perkataan "menaksir" dan "mentafsir" adalah betul.  Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berlainan.  "Menaksir" bermaksud  mengira atau menghitung jumlah, harga dan lain-lain atau maksud keduanya ialah menyangka atau mengagak dengan me­lihat-lihat keadaan; atau menilai secara agak-agak; atau mengagak. "Mentafsir" pula bermaksud menerangkan atau menjelaskan  maksud ayat Quran atau hadis, atau memberikan penjelasan atau me­nghuraikan sesuatu perkara.
Tuan/puan boleh melayari www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat berkaitan bahasa atau makna perkataan.
Lain-lain16.11.2016
Badan budak yang berambut pendek itu ialah agak kurus. Ayat di atas tidak gramatis, oleh itu manakah jawapan yang betul bagi jawapan di atas: 1. Badan budak yang agak kurus itu berambut pendek. atau 2. Badan budak yang berambut pendek itu agak kurusAyat yang lebih gramatis ialah "Badan budak yang berambut pendek itu agak kurus".Tatabahasa21.06.2011
As salam, Saya ingin tahu cara menulis elipsis dengan betul.Perlukah ada jarak sebelum dan selepas tanda elipsis. contohnya, yang mana antara berikut yang betul? A. Saya ... agak keliru. (Jarak sebelum dan selepas elipsis) B. Saya...agak keliru. (Tiada jarak) C. Saya ...agak keliru. (Jarak sebelum elipsis) D. Saya... agak keliru. (Jarak selepas elipsis) Terima kasih.Alaikumussalam.  Cara penulisan elipsis untuk konteks ayat yang dijadikan contoh ialah kaedah A, iaitu perlu ada jarak sebelum dan selepas:  Saya ... agak keliru.Lain-lain08.01.2015
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agak