Kata |
Takrif |
Sumber |
balik adab | sl tiada adab, biadab, kurang sopan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adab | budi pekerti yg halus; tingkah laku yg baik; budi bahasa. kurang ~ tidak tahu adat; kurang sopan. beradab 1 baik budi bahasanya; sopan: Orang yg ~ tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. 2 telah maju tingkat kehidupannya. peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
adab tertib | budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adab | budi pekerti yg halus; tingkah laku yg baik; budi bahasa. kurang ~ tidak tahu adat; kurang sopan. beradab 1. baik budi bahasanya; sopan: Orang yg ~ tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. 2. telah maju tingkat kehidupannya. peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. | Kamus Pelajar |
adab | 1. tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan: dia seorang yg tinggi ~nya; kami berbual-bual juga dan masing-masing bercermat menjaga ~, supaya tidak berlaku langgar bahasa; 2. cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu: ~ pergaulan; ~ makan; ~ tertib budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan); balik ~ sl tiada adab, biadab, kurang sopan; ilmu ~ pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi pekertinya); beradab 1. mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan: kelakuannya spt orang tidak ~; 2. telah maju tingkat kehidupan (jasmani dan rohani), bertamadun: bangsa-bangsa yg ~; mengadabi beradab (bersopan, berbudi bahasa) terhadap orang lain, menghormati: ~nya sbg orang yg sopan; memperadabkan menjadikan beradab (bertamadun), memajukan tingkat kehidupan (sesuatu bangsa atau masyarakat) pd aspek jasmani dan rohani: ~ bangsa-bangsa yg terkebelakang; peradaban keadaan serta tingkat kemajuan pd kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dsb), tamadun: jangan membuang yg halus dan tinggi yg terdapat dlm ~ Barat; berperadaban telah mencapai peradaban (yg maju), bertamadun: dunia yg sofistikated lagi ~ ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurang adab | tidak tahu adat; kurang sopan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tahu adab | beradab; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balik adab | tidak tahu adat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ilmu adab | pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi pekertinya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biadab | 1 tidak tahu adab; tidak berbudi bahasa; kurang ajar: ~ benar budak ini. 2 belum maju lagi; masih kuno cara kehidupannya dsb: Pd zaman moden ini, masih ada lagi kaum-kaum yg ~. kebiadaban sifat atau keadaan biadab. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
grace | 3. (in pl) pleasing way of behaving or doing things, adab: she doesnt have any of the social ~s, dia tdk tahu sebarang adab sosial; 4. delay granted as a favour, period of time that remains, tempoh: I was to have paid up by today but then he gave me seven days ~, saya sepatutnya menjelaskan hutang saya hari ini tetapi dia memberi saya tempoh selama tujuh hari; 5. Gods mercy and favour, limpah kurnia: by the ~ of God, dgn limpah kurnia Tuhan; he relied on Gods ~ and wisdom, dia berharap kpd limpah kurnia dan hikmat Tuhan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
correctitude | n sopan, adab: he behaved with the utmost ~, dia berkelakuan dgn penuh sopan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
courteous | adj penuh /budi bahasa, adab, sopan-santun/; (of person) berbudi bahasa, beradab, bersopan-santun: a ~ welcome, sambutan yg penuh budi bahasa; they were ~ to me, mereka berbudi bahasa thdp saya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
custom | n 1. tradition of a society, adat (resam): local ~s, adat resam tempatan; to study the manners and ~s of the aboriginal people, mengkaji adab sopan dan adat resam orang-orang asli; 2. habitual practice, kebiasaan, kelaziman: it is the ~ in our family to celebrate birthdays and anniversaries, sudah menjadi kelaziman dlm keluarga kami merayakan hari lahir dan hari ulang tahun; 3. patronage, langganan: she withdrew her ~ and shopped elsewhere, dia menarik balik langganannya dan membeli di tempat lain. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
graceless | adj 1. lacking grace in movement, canggung, kekok; 2. lacking elegance, unattractive, tdk menarik: squat, ~ furniture, perabot yg dempak dan tdk menarik; 3. lacking good manners, (of person) kurang /berbahasa, adab, sopan/; (of remark, comment, etc) kurang sopan: his ~ remarks embarrassed the other guests, kata-katanya yg kurang sopan itu menyebabkan para tetamu yg lain berasa malu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
consistent | adj 1. marked by harmony, regularity, continuity, tekal, konsisten: a ~ advocate of social reform, penyokong reformasi sosial yg tekal; an unimaginative but ~ player, pemain yg tdk berimaginasi tetapi tekal; well-thought-out and ~ arguments, hujah-hujah yg baik dan tekal; 2. in agreement, sejajar, selaras: behaviour that is not ~ with good manners, kelakuan yg tdk selaras dgn adab kesopanan; what you say now is not ~ with the statement you made last week, apa yg kamu katakan sekarang tdk sejajar dgn kenyataan yg kamu buat minggu lalu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
behave | vi 1. conduct os (in a specified way) berkelakuan, bertingkah laku; (foll by with courage etc) bertindak: stop behaving like a child, jangan berkelakuan spt kanak-kanak; he ~d with great courage during the fire, dia bertindak dgn beraninya semasa kebakaran itu; ~ + adv /towards, to/, berlaku + adv thdp: he ~d badly towards his wife, dia berlaku jahat thdp isterinya; 2. conduct os with propriety, berkelakuan baik, bersopan: the children are taught to ~, kanak-kanak itu diajar berkelakuan baik; know how to ~, tahu /adab, berbudi pekerti/; teach so. how to ~, mengajar sso /beradab, berbudi pekerti, bersopan/; 3. act in a particular way, bertindak: observe how the metal ~s under pressure, perhatikan bagaimana logam itu bertindak di bawah tekanan; 4. function in a particular way, tdk meragam: the car ~d well on the trip, kereta tersebut tdk meragam dlm perjalanan itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
mannerism | adab | Kesusasteraan | Tiada | Tutur kata atau tingkah laku watak yang khusus dalam drama. |
hikayat | hikayat | Kesusasteraan | Tiada | Suatu bentuk genre sastera Melayu tradisional berbentuk prosa atau separa prosa yang biasanya mengandungi cerita yang panjang. Sebagai suatu bentuk genre, hikayat bersifat bebas isi dan struktur, iaitu boleh digunakan untuk membawa pelbagai tema dan jenis karya. Contohnya fabel, roman, epik, sejarah, adab dan hagiografi. Oleh itu, hikayat mempunyai pelbagai fungsi, antaranya sebagai hiburan, pengajaran, adab, dan dakwah. Hikayat dicirikan oleh unsur-unsur kecerekaan dan khayalan. Walau bagaimanapun, ada hikayat yang agak faktual seperti cerita yang berkait dengan tokoh sejarah dan peristiwa sejarah. Contohnya Hikayat Sultan Ibrahim Ibnu Adham dan Hikayat Raja Pasai. Kebanyakan karya hikayat berfokus pada perihalan istana atau golongan bangsawan. Berdasarkan etimologi istilah hikayat, dapat diandaikan bahawa karya hikayat hanya muncul dalam dunia Melayu pada zaman selepas kedatangan Islam. Contohnya Hikayat Amir Hamzah, sebuah epik warisan Islam dianggap sebagai salah satu hikayat Melayu yang terawal. Oleh sebab hikayat muncul selepas kedatangan Islam, maka karya hikayat biasanya bertulisan jawi. Karya lisan yang berjudul Hikayat ialah karya lisan yang telah ditulis. Sastera hikayat kebanyakannya berbentuk sintesis kerana sastera ini muncul dalam latar budaya sinkritik, peribumi Hindu-Islam. Contoh karya hikayat sintesis ialah Hikayat Indera Putera. Walaupun sastera hikayat tidak lagi popular selepas kurun ke-18, namun judul hikayat masih digunakan untuk memerikan beberapa jenis karya baharu. Contohnya, Abdullah Munsyi menggunakan judul hikayat untuk karya autobiografi dan catatan perjalanan. Beliau juga menggunakan judul tersebut untuk tulisannya yang bersifat ilmiah, contohnya Hikayat Dunia (geografi), Hikayat Kapal Terbang, Hikayat bintang, Hikayat Eropah. Malahan karya novel yang awal juga menggunakan judul hikayat contohnya Hikayat Faridah Hanum dan Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan. Hikayat berasal daripada perkataan Arab hikayah bermaksud cerita-cerita sejarah, atau haka bermaksud menceritakan, mewartakan dan memberitahu. Lihat juga cerita binatang, epik, fabel binatang, hagiografi, roman. |
literature | kesusasteraan | Kesusasteraan | Tiada | Karya bersifat imaginatif yang tampil dalam bentuk prosa, puisi, dan drama, sama ada berbentuk sastera bertulis ataupun lisan. Pada awalnya, kesusasteraan mencakupi karya sastera dan bukan sastera, tetapi kini cakupannya lebih meluas kerana kesusasteraan juga merujuk kepada pelbagai bentuk karya seperti undang-undang, falsafah, sejarah, roman, kitab, adab dan sebagainya. Sifat kesusasteraan dapat dilihat dari aspek ekstrinsik dan intrinsiknya. Ditinjau dari sudut ekstrinsik, kesusasteraan ialah satu institusi budaya yang menampung nilai-nilai masyarakat. Karya sastera dapat memperlihatkan perubahan nilai budaya yang dilalui oleh sesebuah masyarakat mengikut peredaran zaman, dan dapat bertahan sepanjang zaman serta menjadi wadah untuk menyampaikan dan melestarikan nilai-nilai tradisi. Jika ditinjau dari aspek ekstrinsik, kesusasteraan boleh diertikan sebagai hubungan antara teks dengan pengarang, dan antara teks dengan khalayak. Dari satu segi, kesusasteraan merupakan luahan persepsi dan peribadi pengarangnya, manakala dari perspektif yang lain, kesusasteraan bukan luahan peribadi pengarangnya, justeru teks dianggap sebagai karya yang menyisihkan pengarangnya. Kesusasteraan dapat membangkitkan pengalaman estetik dan meninggalkan kesan kepada emosi khalayak secara terkawal dan tidak menggerakkan khalayak untuk bertindak. Justeru, pornografi dan propaganda tidak dapat dianggap sebagai karya sastera kerana bahan-bahan itu mendorong khalayak untuk bertindak negatif. Kesusasteraan secara umumnya berbeza dengan sains, sejarah, dan falsafah kerana kesusasteraan mempunyai sifat intrinsiknya yang tersendiri. Kesusasteraan dianggap sebagai objek seni yang dibina oleh bahasa, dan bersifat unik, utuh kendiri, dan autonomous. Kesusasteraan juga mempunyai sifat-sifat yang ada pada karya seni seperti keseimbangan, komposisi, dan struktur. |
classic | klasik | Kesusasteraan | Tiada | Kategori karya sastera yang bermutu tinggi yang lahir daripada tamadun Yunani dan Romawi. Karya sastera diakui memiliki keunggulan dan kehebatan sepanjang zaman. Karya sastera klasik bukan sahaja menampilkan pemikiran yang besar tetapi juga memperlihatkan estetik seni yang tinggi bagi bangsa yang melahirkannya. Biasanya, pengarang yang menghasilkan karya klasik merupakan seniman yang mewakili genius zaman silam bagi bangsa berkenaan. Antara karya yang dianggap klasik dalam sejarah kesusasteraan Barat termasuklah karya Homer, Iliad dan Odyssey dan karya karangan Shakespeare bertajuk Hamlet dan Romeo and Juliet. Karya Jane Austen berjudul Pride and Prejudice merupakan contoh karya klasik dalam sejarah kesusasteraan Inggeris. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, karya yang dianggap klasik umumnya muncul atau lahir dalam era kesusasteraan istana di Pasai, Aceh dan Johor-Riau. Karya berkenaan merupakan nukilan pengarang istana yang dianggap sebagai golongan genius Melayu pada zaman silam. Antara karya yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, dan Tuhfat al-Nafis. Ketinggian nilai karya ini terletak pada ketinggian pemikiran yang mendasari penulisan karya tersebut. Aspek penting yang diketengahkan dalam karya termasuklah sejarah, adat-istiadat, kepercayaan, sosiopolitik, undang-undang, adab sopan dan sebagainya. Di samping itu, karya klasik memperlihatkan ketinggian seni kesusasteraan Melayu zaman silam yang kaya dengan kehalusan bahasa, ketajaman pemikiran, kekayaan pengalaman, dan keindahan pengucapan. Ketinggian mutu karya bagi suatu bangsa ada kalanya berlaku dalam suatu tempoh masa tertentu yang dianggap sebagai periode klasik bagi hasil kesusasteraan bangsa tersebut. Karya yang tergolong dalam periode itu merupakan karya zaman keemasan dalam sejarah bangsa tersebut. Zaman Abasiyah dianggap zaman keemasan dalam tradisi kesusasteraan Arab tradisional. Abad ke-16 hingga abad ke-19 boleh dianggap sebagai period klasik dalam sejarah kesusasteraan Melayu tradisional. |
lipur lara | lipur lara | Kesusasteraan | Tiada | Genre sastera rakyat bercorak cerita yang panjang yang mengisahkan keperihalan hidup warga istana. Pada dasarnya, cerita lipur lara ialah cerita fantasi kewiraan yang memerihalkan kehidupan alam kebangsawanan, terutamanya tentang percintaan putera-puteri raja, pengembaraan dan peperangan yang harus dilalui putera raja yang dianggap sebagai wira dalam cerita, untuk mendapat puteri idamannya atau objek pencariannya yang lain. Perjalanan putera raja sering membawanya ke negeri-negeri yang jauh, termasuk dunia kayangan. Dalam perjalanan, putera raja akan bertempur dengn pelbagai makhluk termasuk gergasi, geruda, jin dan peri. Untuk mencapai hajatnya, putera raja mendapat pelbagai bantuan, termasuk alat magis atau sakit. Cerita sentiasa berakhir dengan kemenangan wira dan kejayaannya memiliki puteri yang diimpikan atau memperoleh objek pencariannya. Tujuan cerita adalah untuk menghiburkan hati yang lara. Justeru, karya ini memberikan keutamaan kepada aspek yang dapat menimbulkan keindahan dan kekaguman. Di samping penampilan motif ajaib dan spektakular, cerita ini juga dipenuhi dengan pelbagai hiasan, iaitu istana, taman bunga, rupa paras, pakaian, deskripsi yang rinci dan lewah tentang adat-istiadat dan adab istana. Cerita lipur lara biasanya disampaikan secara lisan oleh seorang tukang cerita (penglipur lara) profesional yang dikenali dengan pelbagai gelaran, contohnya Awang Batil atau Awang Belanga (di Kedah dan Perlis), dan Tarik Selampit atau tok Selampit (di Kelantan). Persembahan tersebut diiringi alat muzik seperti belanga atau selampit. Lipur lara dikenali juga sebagai roman rakyat atau roman istana. Antara cerita lipur lara ialah Hikayat Inderaputera, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Malim Dewa. Lihat juga cerita pari-pari. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
adab | adab [adab] | Melanau Dalat | |
loklak | dibei adab [dibey adab] | Melanau Dalat | |
adab | beradab baik budik bahasak, ba'adat. | kedayan | |
adab | budik bahasak; | kedayan | |
basa I | adab; 1 tingkah laku serta kata yg halus, budi pekerti yg sopan: ~siyen diak angai gak a adabnya baik terhadap orang; 2 cara sso berkelakuan: ~ pegaul jegem a adab bergaul dgn orang; | Melanau Mukah | |
siruk | adab | TETAW | |
Kamus Parsi.indb moral surly ومخا هناخ ثاثا Kamus Parsi.indb 10 5/18/11 9:02 AM 11 )akhīran‚ betāzegī( ىگزاتب ،ًاريخا )edāre( هرادا )edāre‚ daftar( رتفد ،هرادا )edāme dādan( نداد همادا )adab( بدا )adabiyyāt( تايبدا )adīb( بيدا )arzān( نازرا )arzesh‚ arzyābī( یبايزرا ،شزرا )ersāl kardan( ندرک لاسرا )arghavānī( ىناوغرا )orkīde( هديکرا )arre( هرا )az [zamān[( )نامز( زا )az( زا )asās‚ pāye( هياپ īnjā( اجنيا )eyvān( ناويا ini di sini beranda, anjung this, these here veranda ناويا اهنيا ،نيا Kamus Parsi.indb 18 5/18/11 9:02 AM 19 )bā( اب )bā adab( بدا اب )bābā, pedar( ردپ ،اباب )bā jor’at( تأرج اب )bā ḥowṣele( هلصوح اب )bā ḥayā( ايح اب )bād( داب )bādbādak( کدابداب )bādbezan( نزبداب )bā deghghat( تـ ّ قد
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
adab | [a.dab] | ادب |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
adab , beradab | polite | باادب | bā adab |
kesopanan | politeness | ادب | adab |
biadab | impolite | بیادب | bī adab |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata adab |
|
Puisi |
---|
|
Saya tidak membakar arang, Abang mengepit si bunga dedap; Saya tidak kata sebarang, Kerana abang tak tahu adab.
Lihat selanjutnya... |
|