Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah perkataan "ad hoc" kata serapan bahasa Latin bahasa Melayu? | Ya, perkataan ad hoc berasal daripada bahasa Latin. | Lain-lain | 18.01.2015 |
ada atau tidak istilah 'ad-hoc; dalam BM | Ada ejaan ad hoc dikekalkan ejaan dan diitalikkan. | Istilah | 18.12.2011 |
istilah 'hands-on' dalam BM | Ad hoc diterjemahkan sebagai ad hoc (dikekalkan ejaan dan diitalikkan), iaitu sesuatu perkara yang dilakukan untuk tujuan tertentu tanpa perancangan awal. | Istilah | 18.12.2011 |
Tuan, Saya ingin bertanya sama ada terdapat pilihan istilah lain yang boleh digunakan bagi perkataan yang berikut agar dapat memudahkan pemahaman pembaca dalam kalangan orang awam: i. Intralogistic solution (selain intralogistik); ii. Antitrust requirement (selain keperluan antitrust atau antipakat); iii. Ad-hoc publicity (selain publisiti secara ad-hoc). Terima kasih. | Berikut merupakan cadangan istilah bahasa Melayu untuk perkataan seperti yang di atas: 1. Intralogistic solution: Penyelesaian intralogistik 2. Antitrust requirement: Keperluan antipakat 3. Ad-hoc publicity: Publisiti ad hoc Walaubagaimanapun, padanan istilah bergantung pada konteks penggunaan ayat. | Istilah | 28.01.2020 |
apa yang di maksudkan dengan " Ad Hoc" | Berkenaan sesuatu perkara yg dilakukan utk tujuan tertentu tanpa perancangan awal. | Makna | 12.11.2009 |
Tuan/Puan, Perlukah perkataan "tentang" diulang bagi ayat di bawah? BI *whether any member or office-bearer of the SRC or of an ad hoc committee of the SRC... BM *tentang sama ada mana-mana anggota atau pemegang jawatan JPP atau tentang sesuatu jawatan JPP atau tentang sesuatu jawatankuasa... Sekian, terima kasih. | Pengulangan perkataan dalam sesuatu ayat bergantung kepada keperluan sama ada perlu atau tidak perkataan tersebut diulang. Untuk persoalan tuan, terjemahan yang betul ialah: ... sama ada mana-mana anggota atau pemegang jawatan JPP atau jawatankuasa ad hoc JPP ... | Makna | 22.09.2021 |
Salam. Saya ada pertanyaan: 1. Dalam kamus dewan perdana, kenapa ada entri guna huruf italik, sontohnya avalanche, avant-garde, boulevard. Ini dah diterima sebagai bahasa Melayu ke? Kalau dah terima kenapa perlu italik lagi? Jika guna dalam urusan rasmi, perkataan ini perlu italik atau tidak? Kenapa boulevard tak italik pula dalam kamus dewan keempat? 2. Kenapa ada dua entri renaisans dan Renaissance? Kalau Renaissance kata nama khas (sebabhuruf besar), perlu ditalikkan lagi ke seperti dlm kamus? Penggunaan yang betul zaman renaisans atau zaman Renaissance? | 1. Benar. Terdapat kata pinjaman yang sudah diterima masuk dalam bahasa Melayu seperti ad hoc, vis-à-vis, avalanche, avant-garde dan boulevard. Namun, ejaan bagi kata-kata tersebut perlu mematuhi Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992) dsb. Dalam susunan entri kamus, kata-kata pinjaman yang masih dikekalkan ejaannya daripada bahasa asal (khususnya daripada bahasa Perancis dan Eropah) perlu diitalikkan atau ditulis miring/condong. Penggunaan rasmi bagi kata-kata ini juga perlu diitalikkan atau ditulis miring/condong. Untuk lebih jelas dan keselarasan, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008: 303-336) dan kamus terkini, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). 2. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan dua kata ini: renaisans kata nama kelahiran semula sesuatu, terutamanya yang berkaitan dengan bidang budaya atau seni: Renaisans budaya ini memang masih pada tahap awal. Dalam syarahan ini, topik yang saya pilih adalah tentang renaisans bangsa kita. Renaissance Sejarah kata nama tempoh antara abad ke-14 dgn abad ke-17 di Eropah apabila berlakunya kebangkitan dan pemulihan budaya, seni dan sastera. Perbezaannya ialah satu kata dieja/mematuhi sistem ejaan Rumi bahasa Melayu dan satu lagi dikekalkan ejaan bahasa asalnya. Lihat takrif dan penggunaannya berbeza. Ada yang kata umum dan satu lagi kata nama khas dalam bidang Sejarah. Kita akan menemui kata-kata tersebut dalam teks bahasa Melayu. Zaman Renaissance digunakan bagi maksud dan konteks/bidang Sejarah. | Ejaan | 10.05.2023 |
Saya ada kekeliruan, dalam terjemahan, andai kata teknik terjemaha nitu merupakan pinjaman/serapan sepenuhnya/tulen, dan perkataan itu terakam di dalam entri kamus dewan/prpm. adakah perkataan sebenar perlu dimiringkan atau tidak kerana telah dipinjam sepenuhnya. Contohnya: golf, prima facie serta kata nama khas dalam bahasa asing. Terima Kasih. | Menurut Buku Gaya Dewan Edisi Keempat (halaman 153), huruf condong digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Contoh: prima facie, lingua franca, mala fide, ad hoc, ad lib. Jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada di dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu dicondongkan. Contoh: suai padan (copy fitting) kebebasan seni (poetic licence) kos sut (marginal cost) | Tatabahasa | 14.12.2023 |