Meligas juga dikenali sebagai lumba abah-abah, merupakan satu perlumbaan kuda yang popular. Dalam meligas, setiap kuda menarik pemandu yang berada di dalam kenderaan ringan beroda dua yang dikenali sebagai sulky. Meligas popular di Australia, Kanada, New Zealand, dan Amerika Syarikat, serta kebanyakan negara Eropah. Berjuta-juta orang menyaksikan perlumbaan meligas setiap tahun. Kebanyakan perlumbaan berlangsung di trek perlumbaan yang besar di mana orang ramai boleh bertaruh ke atas kuda. |