Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Majalah ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
IBUN ABADIUMUM
DUKAMU ABADIDUKAMU ABADI, kumpulan puisi pertama karya Sapardi Djoko, diterbitkan dengan jumlah yang terhad pada tahun 1969. Penerbitan kumpulan ini ditaja oleh Jeihan, pelukis dari Bandung. SASTERAKarya
JIHATY ABADI

JIHATY ABADI (1938-   ), penyair. Dia lahir pada 19 Mei 1938 di Titi Baharu, Alor Setar, Kedah. Nama sebenarnya ialah Yahya bin Hussin. Jihaty mendapat pendidikan awal di beberapa buah sekolah di Kedah iaitu di Tok Jalai, Kepala Batas dan Jitra (1947-1952).

SASTERATokoh
OSMAN ABADI

OSMAN ABADI (1930 1992), wartawan dan penulis skrip filem Melayu. Dia lahir pada 2 Mac 1930 di Raub, Pahang. Nama sebenarnya ialah Osman bin Mahmud Baginda. Dia mendapat pendidikan awal di Raub. Bapanya seorang tokoh nasionalis Pahang dan Osman banyak terpengaruh dengannya. Sejak dibangku sekolah lagi dia telah menunjukkan minat dalam bidang penulisan terutama rencana, puisi dan cerpen. Minatnya itu mendorong Osman Abadi menjadi pemberita sambilan Utusan Melayu yang ketika itu beribu pejabat di Singapura.

BUDAYATokoh
NIOBE

Niobe ialah permaisuri dalam mitologi Yunani yang

terkenal kerana perkabungannya yang abadi atas

kematian anak-anaknya. Niobe adalah anak Raja

Tantalus dan Permaisuri Dione, dan berkahwin

dengan Amphion, Raja Thebes. Dia bermegah

mengatakan disebabkan enam atau tujuh anak

lelakinya yang gagah dan enam atau tujuh anak

perempuan yang cantik-cantik, dia berhak

dimuliakan lebih daripada dewi Leto, yang hanya

mempunyai dua orang anak, Apollo dan Artemis.

Leto yang marah memerintahkan Apollo dan Artemis

membunuh anak-anak Niobe menggunakan panah.

Niobe sangat berdukacita dan menangisi kematian

anak-anaknya tanpa henti. Dewa yang kasihan

dengan keadaannya telah menukarkannya menjadi

batu yang mengeluarkan air seperti air mata.

Menurut sejarah, batu yang mempunyai air terjun di

bawahnya terletak di Gunung Sipylon di tempat yang

kini ialah Turki.

UMUM
NIRVANA

Nirvana ialah istilah yang digunakan dalam

setengah-setengah agama orang India, terutama

Buddha, untuk memerikan kedamaian dan rahmat

yang abadi. Dengan tercapainya nirvana, seseorang

itu terlepas daripada kitaran kematian dan kelahiran

yang menyakitkan dan berterusan. Kitaran ini

berlaku disebabkan oleh keinginan seseorang

individu terhadap duniawi seperti gilakan

kemasyhuran, keabadian, dan kekayaan.

UMUM
NIFLHEIM

Niflheim adalah dunia orang yang telah meninggal

dunia dalam mitologi Norse. Niflheim merupakan

sebuah kawasan ais, kabus, dan kegelapan yang

abadi. Dunia ini terletak di seberang Sungai Gjol,

jauh ke utara Midgard, di mana manusia tinggal.

Ketua dewa Odin membuang negeri dewi Hel ke

Niflheim. Di sini dewi itu menjadi pemerintah alam

baka, yang menempatkan roh mereka yang

meninggal dunia kerana penyakit atau kerana tua.

Roh pahlawan yang terbunuh dalam pertempuran

pergi ke tempat yang disebut Valhalla.

UMUM
ZENO ELEA

Zeno Elea (490? SM 430 SM) ialah

ahli falsafah Yunani yang tinggal di tanah jajahan

Yunani, iaitu Elea di selatan Itali. Dia

mempertahankan ajaran gurunya, iaitu ahli

falsafah Parmenides, yang percaya apa yang

wujud adalah satu, kekal abadi, dan tidak berubah.

UMUM
MUSSET, ALFRED DE

Musset, Alfred de (18101857) ialah dramatis dan

pemuisi Perancis. Kebanyakan dramanya ditulis

untuk dibaca dan bukan untuk dipersembahkan di

pentas. Musset paling dikenal kerana siri komedinya

yang bersopan santun. Karya-karyanya secara

kolektif dikenal sebagai Comédies et Proverbes.

Melalui gaya puitis dan lucu dia menggambarkan

fahamannya yang mendalam tentang tingkah laku

manusia. Dramanya memperkatakan penderitaan

cinta dan konflik yang abadi antara kesucian dengan

sindiran tajam. Karya Musset, Lorenzaccio (1834),

merupakan drama sejarah yang latarnya di Florence,

Itali. Ia dipentaskan buat pertama kali pada tahun

1896.

UMUM
BODHISATWA

BODHISATWA,  konsep penting  dalam ajaran Buddhisme.  Apabila ajaran Buddhisme berpecah kepada dua mazhab yang besar, iaitu Mahayana dan Hinayana (The ravadin), konsep bodhisatwa lebih menonjol dalam ajaran Mahayana.  Konsep bodhisatwa dalam ajaran Hinayana Buddhisme ditujukan kepada Gautama Buddha dlam kehidupannya sebelum dia mencapai tahap pencerahan (enlightenment).  Dalam ajaran Mahayana Buddhisme pula, bodhisatwa ditujukan kepada sesiapa yang telah menangguhkan mencapai nirwana untuk kepentingan dirinya, sebaliknya akan berkhidmat kepada masyarakat untuk seimbang mereka ke arah mencapai nirwana, iaitu mencapai kebebasan abadi.  Jelasnya, dalam ajaran Mahayana, bodhisatwa merupakan penaung kepada masyarakat dan pembimbing mereka ke arah mencapai nirwana.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abadi

Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.



Lihat selanjutnya...