Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
What is General Superintendent in Bahasa Malaysia. We have been using the word Pengelola Agung. Thank you for your help. | Istilah General Superintendent tidak ada dalam sumber rujukan. Walau bagaimanapun saya paparkan beberapa bentuk bentuk istilah yang mengandungi perkataan general dan padanannya dalam bahasa Melayu seperti Inspector General - Ketua Polis Negara, Auditor General - Juruaudit Negara, General Manager - Pengurus Besar, General Staff - Kakitangan Turus Am. Berdasarkan contoh-contoh tersebut tidak istilah yan menggunakan kata general diberi padanan Agung. Oleh itu, berdasarkan contoh yang ada padanan yang paling sesuai untuk General Superintendent ialah Penguasa Negara. | Istilah | 13.05.2009 |
Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang sesuai bagi "superintendent" untuk kegunaan di universiti (pendidikan)? Adakah nazir atau penguasa? | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "superintendent of schools" ialah nazir sekolah. Oleh itu, kami berpendapat istilah "nazir" lebih sesuai digunakan di universiti. | Istilah | 03.04.2014 |
a. Mesyuarat East Asia Hidrographic Commission (EAHC) pada 24 hingga 27 Feb 14 dikoordinasikan oleh Pusat Hidrografi Nasional. b. Rimland Pacific Superintendents Conference (RPSC) pada 16 hingga 19 Jun 14 dikoordinasikan oleh Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM. c. WPNS Senior Enlisted Leader Working Group (SELWG) pada 18 hingga 22 Ogos 14 dikoordinasikan oleh Bahagian Operasi dan Eksesais. d. Asia Pacific Submarine Conference (APSC) pada 8 hingga 11 Sep 14 dikoordinasikan oleh Markas Angkatan Kapal Selam. 9. Justeru, Pengerusi mengarahkan mesyuarat koordinasi dilaksanakan bagi membincangkan hala tuju terbaik untuk memastikan keempat-empat aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lancar, berkesan dan menepati objektif yang ditetapkan. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh TPTL. Pengerusi juga menghendaki Tim Induk yang ditubuhkan bagi setiap aktiviti membincangkan segala keperluan asas, implementasi dan pelaksanaan serta koordinasi aktiviti di dalam mesyuarat tersebut. 10. Pengerusi juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan kata nasihat kepada Ahli JLAKS yang baru, beliau menekankan keperluan kepada empat nilai teras TLDM iaitu Honour, Loyalty, Courage dan Pride. Pengerusi menyaran agar ahli JLAKS yang lain turut memberikan penekanan kepada nilai teras tersebut dengan harapan ianya dapat dipatuhi bagi meningkatkan kecemerlangan di dalam TLDM dan secara langsung TLDM akan dipandang tinggi oleh organisasi yang lain. | Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama. Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat. | Tatabahasa | 13.01.2014 |
Apakah padanan yang paling sesuai untuk Salvation Army dalam bahasa Melayu? Sama ada Angkatan Takhlisan atau Bala Keselamatan? Contoh konteks ayat AND WHEREAS the said Religious Society or Organisation has since been and is now known as The Salvation Army and the General Superintendent thereof has since been and is now known as The General of the Salvation Army:. Mohon pandangan tuan/puan. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah Salvation Army ialah Angkatan Takhlisan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 01.11.2023 |