Liga Arab ialah sebuah pertubuhan Arab antarabangsa yang dibentuk pada bulan Mac 1945, rentetan daripada peristiwa Perjanjian Iskandariah yang telah ditandatangani pada 20 Syawal 1363 H. bersamaan 7 Oktober 1944. Ia juga lanjutan daripada persetujuan yang ditandatangani oleh tujuh orang raja dan pemimpin Arab di Kaherah pada 8 Rabiulakhir 1364 H. bersamaan 22 Mac 1945 M. |